Sunday, 22 April 2018

moga rahmatMu melimpah


Hidup ini tidak semudah dan seindah yang dirancang. Banyak liku-liku ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi dan dihadapi. Di sebalik senyuman yang terukir di bibir, tersembunyi pelbagai kisah suka dan duka. Semuanya mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah. Jangan hilangkan kebergantungan kita kepada Allah. Berserah dan bertawakkallah kita kepadaNya. Selalulah bersyukur dan berterima kasih. Jangan sekali-kali kita berburuk sangka padaNya. Semoga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat dan kasihan-belasNya.
حسبنا الله ونعم الوكيل, نعم المولى ونعم النصير۔

.........
Andainya dapatku ekspresikan kehidupanku dlm lukisan spt Van Gogh. .keperitan dan kepedihannya dihargai setelah tiada. .
namun, aku hanya mampu mencorak jauh di sudut hati tanpa diterjemahkan krn aku tidak mampu utk menyakiti sesiapa. .Cukup di penghujung usia yg berbaki menghargai segalanya.. Moga rahmatNya sentiasa melimpahi

No comments: