Thursday, 5 April 2018

Rapuh

Malam tadi menerima pesanan dari sahabatku spt mengerti apa yg aku lalui kini, katanya:

Hati kita ini umpama seperti bulan. Dari jauh kelihatan cantik bersinar cahaya. Namun bila didekati terlihatlah lubang-lubang yang ada.

Lubang-lubang itu umpama sakit dalam hati kita. Ada trauma yang lalu yang tidak dilepaskan, ada kelukaan kecil atau besar yang masih belum sembuh.

Iya, selalu orang melihat kita seperti bulan, menyangka kita bahagia sempurna segala. Sedangkan hakikatnya hati kita ada lubang lubang kesedihan. Sebab itu mudah sangat terjadi tekanan, kecamuk emosi berpanjangan.

Bagaimana mahu menutup lubang kelukaan itu? Bukan harapkan pasangan, ibu ayah, kawan baik atau sesiapa sahaja. Tapi kita sendiri yang boleh merawatnya.

Bermula dengan satu tindakan yang sangat power jika berterusan dijadikan amalan. Iaitu sayangi diri sendiri.

Bangun pagi lihat cermin. Rasai getaran syukur saat lihat wajah dan fizikal kita. Terima kasih Allah ciptaku sebaik kejadian. Terima kasih diriku, selalu ada bersamaku di saat orang lain meninggalkanku. Selalu menjagaku di saat orang lain menyakitiku. Selalu menguatkanku di saat orang lain menghenyak lemah emosiku.

Kata sahabatku lagi, senyum dan puji diri sendiri. Usah berkira untuk beri ganjaran pada diri atas segala perkara baik yang kita lakukan. Jangan kedekut. Ganjarkan diri dengan apa yang kita suka..
Terima kasih sahabat atas tazkirah yg menyejukkan minda dan hatiku..

No comments: