Ummu Ammar tertekan dan membalas dengan penuh emosi
"Sayang... kalau di akhirat Allah tanya kenapa saya jadi isteri derhaka..orang pertama yang akan saya cari ialah awak syg.. awak yang menyebabkan saya jadi isteri derhaka!" 😭
************
Dialog ni sangat mendalam sebenarnya. Islam bukan agama hukum hakam sahaja. tapi cara hidup....inilah yang dikatakan kesan shaping process.
seorang anak yang fitrahnya baik boleh bertukar menjadi anak yang panas baran bila mana dalam perjalanan hidupnya sering melihat ibu ayahnya bersengketa.. akaun emosi negatifnya sedikit sebanyak memenuhi dan dan akhirnya menzahirkan tindakan negatif pada dirinya. bukan sepenuhnya salah si anak. mak ayah juga penyumbang pada kesan sikap anak. Pada kesalahan si anak ada dosa mak dan ayah juga.
isteri yang lemah lembut barangkali boleh menjadi kasar bilamana emosinya terguris dengan sikap pasangannya. Isteri bukan tak tahu pahala dosa tapi tak mampu nak bertahan dengan sikap suami yang tidak memahami barangkali.
Benarlah cara orang bertindak balas pada kita bergantung pada cara rangsangan (stimulus) yang kita berikan (ewahhh, ala ala Biologi punya pernyataan😅)
my self-reflection: manusia bertindak balas melalui sikapnya berdasarkan kesan shaping process dan unfinished bussiness (stress, trauma, etc) yang dilalui dalam kehidupannya.
Penyelesaiannya: kalimah toyyibah dan kasih sayang ❤
No comments:
Post a Comment