..anyone can carry any burden..however hard until nightfall.. anyone can do his work however hard for one day..anyone can live sweetly..patiently ..lovingly..purely..till the sun goes down.turns to the Creator without doubt...and this is all life really means If you lose your way..believe in a better day..trials will come..But surely they will fade away..if you just believe..What is plain to see Just open your heart..and let His love flow through
Saturday, 9 June 2018
Kembara anak2 mama di bumi UK
Malam ini ke 25 ramadhan. .
Tetiba terasa ingin berkongsi sedikit coretan kembara awal pendidikan anak2 mama. .
Abang sempat bersekolah di PASTI hampir 8 bulan sebelum kami bertolak ke UK dalam bulan 9..angah baru masuk usia 2 tahun dan adik pula 9bln...belum boleh berjalan lagi. .
Abg tak sempat bersekolah rendah kebangsaan di Malaysia.. Tapi dgn PASTI abg bersemangat nak belajar. .Abg suka pakai kopiah.. kadang2 tu sampai nak tidur pun abg tak nak tanggalkan
...Alhamdulillah sewaktu sampai di sini, abg sudah boleh bersekolah pada hari ke 3 kami di Newcastle upon tyne...angah n adik stay kt rumah. .
aku risau juga sebab abg tak tahu langsung berbicara dalam English. Hanya bahasa melayu shj yg dia boleh. So ditanya sejauh mana dia nak ke sekolah . Dia sangat suka tapi risau dengan penguasaan bahasanya...hari pertama balik, abg excited sgt..macam2 dia citer. .tentang cikgu dan kawan2..playground. .lunch box. .lunch pack..
Abg kata dia ada hanya ada satu guru kelas yang mengajar semua subjek..(terlupa nama )😉..Mulanya aku pelik juga tapi rupa2nya hanya subjek-subjek yang spesifik seperti pendidikan jasmani sahaja yang dibantu orang lain.
Abg suka belajar kt sini sbb ada uniform yg pelbagai warna. .semuanya percuma.. walau pun ada uniform tetapi tidaklah terlalu restrict macam di Malaysia atau terlalu bebas macam di US.
Dalam kelas abg boleh dikatakan sebagai kelas International kerana pelbagai latarbelakang murid-murid. British, Polish, Turkish, Ukrainian,Arab,Pakistani, Bangladesh, Republic Chez …etc. Muslim mungkin 2-4 orang dalam kelas tersebut...hari2 seterusnya abg sudah ramai kawan. .
Setiap pagi aku wajib hantar dan tunggu sehingga teacher datang ambik di gate. .Kat sini parents wajib hantar anak2 bagi Year 1 hingga yr 4. Cikgu hanya melepaskan anak-anak bila nampak muka penjaga.
Kat sini tiada pengawas yang ambil nama pelajar lewat. Pelajar lewat akan di isi dalam form dan yang akan dikenakan denda nanti bukanlah pelajar. (tapi mak ayah yang terima surat. Dah kenapa mak ayah hantar lewat). Bercakap pasal denda, sekolah-sekolah di England berbeza sikit dengan Scotland. Kalau mak ayah tak hantar anak tanpa sebab yang kukuh boleh dikena denda berbentuk duit yg boleh dikatakan tinggi jugak nak bayar). Aku dapat rasakan guru dan kanak-kanak terlalu rapat...oleh kerana abg belum menguasai bahasa inggeris, abg disediakan teacher pembantu bukan kelas khas atau diasingkan spt sistem di tanahair..
Aku nak share sikit tentang silibus
Kalau diperhatikan di sini aktiviti banyak bermain sambil belajar terutama peringkat awal sekolah. Apa yang diutamakan adalah kanak-kanak boleh express dan share kreativiti. Tapi bukan bermakna silibus tiada. Yang pasti semua anak Malaysia akan suka sekolah sebab:
1. Tiada buku teks yang berat pun nak bawa. Hanya buku latihan (itupun semua subjek combine je satu buku).
2. Kerja sekolah dalam seminggu hanya diperuntukkan sejam-2 jam dan kebiasanya kerja tersebut dalam pemantauan ibubapa. “NO HOME WORK” bila CUTI SEKOLAH PANJANG sebab cuti memang lah untuk cuti.
Jadi apa yang dia belajar? Anda pasti terkejut dengan apa yang anak anda belajar. Nampak je macam main. Antara komunikasi yang saya ingat.
1. Mereka berbicara soal ‘FAIRTRADE’. Bapak nya pulak terpaksa google cari apa dia FairTrade. Pembelian hasil pertanian bagi membantu farmer to get better deal (banyak dari developed country). So kalau pergi pasar, buah-buahan fairtrade yg dia mintak cari.
2. Berbicara pasal human aid. Bagi mana menolong negara yang susah. Kadang-kadang hasil kerja mereka di hantar di Negara Afrika/Asia Tengah yang kebuluran atau peprangan bagi membuatkan mereka ada nilai kemanusiaan.
3. Ada sekali bila ke sekolah, diberitahu mama ”You know mama, when we breathe we use oxygen, and we release carbon dioxide. Oxygen made by plants. So we need them”. Terkejut aku bukan dengan kata-katanya. Tapi lebih kepada apa yang diaplikasinya. Cuma aku bertanya kembali , “Who create plant” ? supaya setiap yang dipelajarinya akan dikaitkan dengan faktor penciptaan.
4. Boleh berbicara berkenaan solar system dengan terang jelas.
5. Boleh kenal tulang-tulang dalam sistem anatomi badan dalam medical term yang terpaksa mak ayah sekali lagi kena google.
6. Bila bercerita pasal sejarah, boleh bercerita sejarah VIKING dengan baik. Hebatnya di sini mereka bukan belajar sejarah secara menghafal tetapi menghayati dengan disambung dalam subjek lain seperti craft (buat Viking punya kereta, topi, istana dlll).
7. Dalam subjek agama, mereka lebih tekankan menghormati agama lain termasuk Islam. Pernah dipanggil parent beragama Islam untuk menunjukkan cara-cara berwuduk di dalam kelas. Jangan risau jika ada aktiviti gereja (kadang-kadang perhimpunan sekolah di buat di situ), sebab kita boleh kecualikan anak kita dari aktiviti tersebut anytime.
8. Berbicara mengenai sukan olimpik dan atlet dari yang anda suka dari negara anda.
-REWARD SYSTEM-
Sebab tiada periksa, maka tiadalah penyampaian hadiah atau apa-apa yang berkaitan. Reward kebanyakkan adalah berbentuk sticker. Yang menarik byk reward tu bukan dari sudut akademik tetapi dari sahsiah. Dan satu lagi yang menarik setiap reward yang dapat akan turut menyumbang pada group(rumah sukan) anda. Kalu tengok cerita Harry Porter Grryfindor vs Slytherin itu. Gitulah rupanyer.
Kalau hari sukan sekolah tak perlu beria-ria, tapi aktiviti menarik. Hadiah sekali lagi sticker ().
-FEES-
1. Free. Hatta nak mintak derma 2 pound (lebih kurang 2 ringgit kita – jangan convert) pun ayat penuh manis dalam kata-kata.
2. P1-P3 makanan free. Vegetarian pun ada. Tapi abg lebih selesal bawa bekal
3. Kalu ada aktiviti nak mintak pakai baju certain tema pun ayat berhati-hati. Tak perlu beli baru , pakai apa yg ada. Kalu tak ada boleh pakai apa sahaja.
4. Segala-galanya Free
Adakah pendidikan UK TERBAIK? Ya dan Tidak…cabarannya lebih kritikal bila anak-anak di sekolah menengah. Adakah pendidikan di UK membuat kanak-kanak suka sekolah dan cintakan ilmu ?SUDAH PASTI YA.
Bila berbicara tentang puasa Alhamdullilah abg boleh berpuasa. .kami inform dulu teacher dan mereka concern n faham. Dalam masa yg sama aku sentiasa bekalkan lunch box ke sekolah incase dia lapar...
Bila tanya hari pertama dia puasa...abg tak lapar ke " I am really hungry but I am try to keep thinking the poor people that doesn't have food too eat"....
...cukup dulu di sini.. Banyak lagi titian journey anak2..InshaAllah di lain waktu pula ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment