Ada 3 benda suami nak kena tahu bila isteri mengadu sakit pinggang.
1 - Sekitar 2 minggu sebelum haid, sel telur akan keluar daripada permukaan ovari. Proses ini kita panggil sebagai ovulasi.
Pendarahan kecil di sekitar ovari menyebabkan isteri mengalami sakit dan lenguh lenguh di bahagian bawah perut dan pinggang.
Untuk kenalpasti, tanya isteri samaada sakit pinggangnya pada belah kanan atau belah kiri. Jika sebelah kanan, maknanya ovari belah kanan yang mengeluarkan sel telur pada bulan itu. Kalau sakitnya belah kiri, ovari belah kiri yang mengeluarkan sel telur pada bulan itu.
Tidak semua orang perempuan dapat menentukan sakit ovulasi secara spesifik. Yang dia tahu pinggang dia sakit, rahim dia mencucuk cucuk.
Jadi tak payah fikir banyak, tugas suami masa tu urut urut dan picit je.
2 - Sesudah fasa ovulasi, gangguan yang lebih ganas kita panggil sebagai PMS, atau nama panjangnya Premenstrual Syndrome, berlaku lebih kurang 10 hari sebelum haid.
Sesiapa yang terkena serangan pms, superwomen kelas pertama pun boleh berubah menjadi kuba guling. Rasa nak bermalasan je sepanjang hari.
Suami kena bersedia dengan perisai sabar, biasanya isteri akan mudah hilang fokus pada kerja rumah, cepat penat, emosi mudah berubah (kejap gelak kejap nangis), lemah semangat, dan mudah kembung perut.
Ringan ringankanlah tangan. Isteri anda sedang berperang dengan ketidakstabilan hormon. Bawa bertenang dan sabar, kurangkan beban isteri di dalam rumah, inshaAllah selepas tu, isteri akan kembali stabil.
.
3- Sesudah PMS, hormon si dia bakal bertambah kacau. Kemuncak sakit bulanan isteri ialah SENGGUGUT, iaitu semasa haid. Efek hormon prostaglandin menyebabkan rahim mengecut ngecut untuk mengeluarkan darah haid.
Jadi jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi dia tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup dan tiba-tiba nak menangis. Sebab senggugut ni bukan saja menyakitkan, tapi mengganggu emosi isteri.
Benda biasalah kalau satu hari dia banyak berehat tahan sakit dan ambil MC, segala urusan harian boleh tergendala.
.
Senggugut ni tak lama, dalam sehari dua dah lega. Cuma hati hati ya, senggugut yang sampai muntah muntah dan pengsan, kena segera dapatkan rawatan doktor.
Kita bukan setakat bimbang pesakit akan penat, namun yang paling kita risau kalau ada penyakit lain yang menyebabkan senggugut bertambah teruk.
.
Tanda-tanda penyakit yang menjadikan senggugut bertambah teruk :
1) Fibroid. Fibroid atau ketumbuhan akan menyebabkan keradangan pada rahim serta memburukkan lagi senggugut yang sedia ada.
2) Bukaan pangkal rahim yang sempit. Ini lebih kepada masalah anatomy badan. Pangkal rahim yang sempit akan menyebabkan rahim berusaha keras mengeluarkan aliran darah haid yang bercampur ketulan darah.
Kebiasaannya selepas bersalin, senggugut akan berkurangan. Ini kerana setelah melahirkan anak, bukaan pangkal rahim akan berubah, menjadi sedikit luas. Jadi bukaan pangkal rahim yang luas akan memudahkan darah haid dan ketulan darah keluar dengan lancar.
3) Endometriosis. Endometriosis ialah darah haid yang berkumpul di kawasan SELAIN DARI ORGAN RAHIM. Contohnya darah haid yang berkumpul di organ ovari atau tiub fallopio.
Bahaya ke Endometriosis ni?
- Yup. Bahaya. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan mandul!
.
Jadi, suami kena 'alert' dengan perubahan isteri, kalau dah sampai teruk sangat senggugut nya, bawa bawalah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Bukan sengaja isteri mengadu tak ada mood, sakit situ sakit sini setiap bulan. Masa ni lah si isteri perlukan sokongan suaminya sendiri.
Bayangkan betapa banyak gangguan hormon yang isteri kena sesuaikan diri setiap bulan, itu belum luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan.Bermacam macam.
Baik dari luka episitomi, luka czer bahkan lebih dahsyat luka puting berdarah semasa menyusukan anak. Semua itu menyebabkan emosi kacau. Sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
Semoga bermanfaat.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye.
Sekurangnya suami ada 'hint' waktu mana mood isteri ok, waktu mana tidak.
No comments:
Post a Comment