Wednesday 30 January 2008

terangkatnya ilmu meninggalnya ulama

Datuk Ishak Baharom meninggal dunia
di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini


30/01/2008 5:51pm

SHAH ALAM 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas hampir 21 jam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.50 petang akibat pendarahan dalam kepala.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.


Dibawah ini adalah wawancara antara Sdr Ahmad Zain selaku pengarang Majalah Tamadun yang sudah dihentikan penerbitannya dengan Dato Ishak Baharom suatu ketika dahulu.


TAMADUN: Apa kegiatan Dato' setelah tidak lagi memegang jawatan Mufti Negeri Selangor?


DATO' ISHAK BAHAROM: Semenjak disarakan pada penghujung 1997, saya terus melibatkan diri dalam dakwah, dengan berceramah dan lain-lain yang berkaitan dengan dakwah. Patut diingat bahawa persaraan saya pun akibat daripada dakwah. Sebagai seorang kakitangan kerajaan; dalam ceramah dan dakwah kita memperkatakan tentang kebenaran. Ia adalah satu perkara yang mesti sentiasa ditonjolkan. Dengan itu ada pihak yang terkena dan tidak menyenangkan pihak pemerintah, sehingga saya pun disarakan. Dalam ucapan perpisahan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) saya mengatakan bahawa saya akan terus berdakwah; kerana dakwah telahpun menjadi darah daging saya. Jadi sehingga hari ini saya terus berdakwah, sebagai pendakwah bebas.

Apakah Dato' menerima jemputan, dan di manakah Dato' berceramah berikutan larangan pihak kerajaan pada masa ini?


Alhamdulillah, sebenarnya boleh dikatakan saya tidak cukup masa untuk memenuhi undangan. Saya berdakwah melalui ceramah ini boleh dikatakan ke seluruh negara. Walaupun ada larangan, tetapi dakwah ini adalah satu tuntutan dan dikehendaki oleh kebanyakan orang yang mencintai agama. Jika tidak boleh, mereka akan mencari jalan supaya dapat diadakan juga. Walaupun ada orang yang tak hendak, tetapi pada masa yang sama ramai yang mahu mendengar ceramah-ceramah dakwah ini. Suka saya memetik kata-kata YB Dato' Ismail Kamus yang mengatakan apabila seseorang itu digam maka dia akan menjadi lebih laku.

Pada pemerhatian Dato', apakah masalah sosial di Selangor yang perlu diselesaikan segera?


Pada masa saya masih menjadi Mufti dahulu, saya dapati memang banyak masalah sosial di negeri ini. Selangor adalah negeri yang termaju di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan. Masalah keruntuhan moral telah saya senaraikan, terutamanya di Lembah Kelang dimana para remaja mencari rezeki di kilang-kilang, samada kilang Jepun, Korea ataupun Amerika.

Saya dan kakitangan ketika itu, seperti para penguatkuasa, membuat kajian permasalahan ini beberapa tahun. Saya senaraikan pelbagai masalah yang timbul. Saya dapati banyak maksiat seperti khalwat, perzinaan, buang anak, minum arak, berjudi, rasuah dan lain-lain menjadi-jadi. Antaranya juga, maksiat hebat berlaku di kalangan anak-anak remaja Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik, yang mendedah aurat.

Mereka berpakaian sehingga tiga suku telanjang, dan disaksikan oleh segala bangsa. Kalau yang menontonnya mereka yang sudah berumahtangga, akan bangkit nafsu, dan apabila pulang ke rumah mungkin dapat diselesaikan masalah naluri manusia itu. Tetapi jika berlaku pada remaja, dan terangsang, ke mana mereka akan pergi? Mungkin ke tempat pelacuran. Atau jika pekerja kilang, mungkin akan timbullah pelbagai masalah sosial.

Jadi pada saya itu adalah keutamaan yang saya lakukan di JAIS. Tetapi jika yang itu pun telah 'tersangkut', program yang diatur sehingga tujuh atau lapan perkara lagi turut tertangguh. Maka maksiat pun terus berlaku dan ada di antaranya semakin berkembang dan menjadi-jadi. Hatta apabila dia (Perdana Menteri) mengistiharkan negara Islam pun, ia masih terus berlaku. Jadi pada saya jika mereka mengistiharkan negara Islam, tetapi perkara itu leluasa berlaku, ia samasekali sungguh tidak sesuai.

Dalam konteks negara kita, jika mahu dikatakan negara Islam apakah perkara yang paling utama patut diperhati atau diberi keutamaan?


Saya setuju dengan pandangan Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mengatakan jika mahu dianggap negara kita sebagai negara Islam, perlembagaannya mestilah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Itu yang nombor satu. Kemudian barulah disebut perkara lain, seperti yang diisukan (orang politik) pada masa ini. Jika ketua negara orang Islam, ada masjid, ada sekolah agama dan sebagainya, tetapi perlembagaannya bukan berdasarkan Islam, ia sepatutnya menjadi persoalan pokok; tidak sebagaimana hari ini dimana kita masih lagi menggunakan perlembagaan Barat yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadith.
Jika mahu kata kita negara Islam, nombor satu sekali dari segi kemungkaran, itu patut dibersihkan dahulu. Jika kita mendakwa negara kita negara Islam, tetapi kemungkaran dan kemaksiatan masih berlaku dan kadang-kadang dianjurkan oleh pemerintah sendiri...

Dato' maksudkan perkara-perkara seperti menutup aurat...


Tentang menutup aurat, nampaknya kehidupan mereka (pemerintah) sendiri tidak mencerminkan apa yang dikehendaki al-Quran dan al-Hadith. Apabila kita menegur supaya mereka mengamalkan sebagaimana yang dikehendaki agama, mereka sebaliknya menuduh ulamak ekstrim, puak pelampau; sedangkan kita tidak menambahkan hukum-hukum Tuhan walaupun sejengkal. Mereka menuduh macam-macam.

Apabila kita tidak ikhlas mahu melaksanakan hukum Islam, saya takut akhirnya kita membuat perkara yang mencemarkan nama Islam pula. Kerana apabila orang luar memandang apa yang berlaku di negara kita, mereka akan terkeliru. Ambil sahaja contoh, al-Quran dan al-Hadith melarang keras arak dan perjudian. Tetapi di negara kita premis-premis perjudian semakin bersemarak. Orang tahu bahawa di negara kita terdapat tempat judi terbesar di Asia Tenggara.

Jika kita kerajaan Islam sebenar, ini adalah dua perkara yang menjadi musuh Islam. Rasulullah s.a.w berkata bahawa arak merupakan sumber atau ibu kepada kemaksiatan. Apabila terdapat ibu, maka ia akan beranak-pinak, bercucu dan bercicit. Apabila arak menjadi kemegahan, pelbagai maksiat akan berlaku, perzinaan berlaku dan apa-apa kemaksiatan akan berlaku.

Jika kita ambil contoh di Kelantan dan Terengganu, dimana tempat-tempat arak itu disediakan di tempat-tempat tertentu untuk orang bukan Islam, dan melarang orang Islam mendapatkannya...

Ya, jika belum boleh diharamkan, kita letakkan di tempat-tempat terhad untuk orang bukan Islam. Jika terdapat orang Islam yang minum arak, mereka hendaklah dihukum berat. Sudah 44 tahun kita merdeka, premis arak dan perjudian masih berleluasa. Keinginan untuk 'mengecilkan' arak dan perjudian nampaknya tidak ada.

Baru-baru ini terdapat komen di media massa, kononnya negara kita termasuk di antara dua negara Islam termaju, selain Turki. Apakah Dato' dapat kesan kemajuan di Turki, sebagai perbandingan?


Kemajuan sepatutnya diukur dengan ukuran Islam. Orang Barat memandang kemajuan itu dengan kacamatanya. Jika kita menurut Barat; kemajuan yang didewa-dewakan itu adalah ukuran mereka, yang batil. Kita biasa mendengar di Barat dan Jepun yang dikatakan maju itupun berlaku banyak bunuh diri. Pada saya pengiktirafan yang dibuat oleh Barat ini kita katakan ada udang di sebalik batu. Ada tujuan tersembunyi. Mereka mahukan Islam cara mereka, Islam yang longgar di sana sini. Di Turki parti Islam tidak dibenarkan. Bahkan seorang ahli parlimen yang menutup aurat dilarang memasuki parlimen. Inilah yang disukai Barat dan dikatakan mereka sebagai kemajuan.

Jadi tujuannya ialah supaya Barat dapat mengawasi kemajuan Islam dan dapat memperkudakan kita menurut kemahuannya..

Y
a, mereka memang tidak menyukai ulamak yang benar-benar mahukan Islam, umpamanya menyekat kemungkaran dan kemaksiatan yang jelas bertentangan dengan Islam. Tentang kemajuan kita tidak ada pilihan lain, kita bukan membuta tuli atau fanatik.

Jika kita percayakan Allah, beriman dengan rukun iman dan kita hidup dengan peraturan Islam, akan dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Ia terbukti baik di bidang apa sekalipun - ekonomi, pendidikan atau politik. Mahu tidak mahu jika ambil cara hidup atau peraturan Islam, kita akan dapat kejayaan dunia dan akhirat.

Bagaimana dengan tudingan bahawa orang mengaji agama militan dan pelbagai istilah lagi?


Pada zahirnya saya nampak ulamak-ulamak dipersenda dan dihina, nampak macam dia sakit hati pada ulamak. Kemudian dia menyentuh perkara berkaitan Islam seperti sekolah pondok, sekolah Arab dan kegiatan-kegiatan keagamaan seperti usrah dan tazkirah, tetapi disentuhnya dengan cara yang negatif dan tidak menyenangkan hati. Hinggakan kes Black Metal baru-baru ini pun disalahkan para ustaz, kononnya tidak mengajar agama dengan betul. Kononnya para ustaz mengajar membenci pemimpin dan membenci kerajaan. Sedangkan perkara-perkara itu tidak wujud.

Mengapa tuduhan begitu berlaku?


Ustaz atau guru-gura agama kadang-kadang menerangkan maksud ayat yang mengatakan perbuatan yang begini tidak betul dan bersalahan dengan kehendak agama. Barangkali secara kebetulan kesalahan itu dibuat oleh pihak tertentu. Jadi mereka pun mengatakan para ustaz anti kerajaan. Sebenarnya mereka yang kepanasan seolah-olah terkena diri sendiri. Apa sahaja yang dibuat golongan agama jadi serba tidak kena.

Contoh terbaru apabila ada pelajar kita belajar di negara Pakistan. Ketika itu negara Afghanistan sedang hebat berperang dengan kuffar Russia. Ada sedikit pelajar kita yang berjihad bersama-sama tentera Afghanistan menentang Russia. Tetapi pada hari ini mereka pula dilabel dengan pelbagai label buruk. Sebagai orang Islam, di mana sahaja orang Islam ditindas atau dizalimi, maka wajib bagi kita memberi sumbangan atau dalam isu Afghaniastan/Amerika ini dipanggil jihad, berdasarkan hadith yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang Islam sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dirinya sendiri".

Mengenai konsep jihad, apa pandangan Dato'?


Di mana ada Islam di situ harus ada jihad. Tetapi hari ini perkataan itu secara tiba-tiba menjadi perkara buruk dan salah. Padahal Islam mengajar jika orang Islam di muka bumi ini dizalimi, ditindas, kita kena tunjuk simpati dan buktinya sekali. Bukan sebaliknya. Apabila mereka pulang ke tanahair, mereka dituduh terlibat dengan gerakan militan dan ditangkap, dan tidak di bawa ke mahkamah.

Sepatutnya mereka dibawa ke mahkamah untuk diadili. Tetapi apa yang jadi sekarang, mereka ditahan di bawah ISA..Pada saya dan pada orang yang beriman, ISA ini adalah satu kezaliman. Apatah lagi kita mengaku negara Islam, tetapi ISA masih berjalan. ISA tidak boleh berhimpun dengan Islam, kerana mereka menahan orang tetapi tidak boleh ditanya sebabnya, kerana tiada perbicaraan mahkamah.

Seorang Islam itu lahir dalam keadaan suci, dan membesar dalam keadaan suci. Apabila kita menuduhnya seperti perompak atau pembunuh, haruslah dikemukakan saksi yang lengkap, yang cukup membuktikan bahawa dia seorang perompak atau seorang pengganas. Kalau tidak ada bukti, atau bukti itu meragukan, mengikut undang-undang Islam ia dibuang kes.

Kita kena kekalkan seseorang itu dalam keadaan bersih sebagaimana asalnya. Tetapi ISA tidak memberi peluang seseorang itu membela diri. Ini juga secara tidak langsung menggalakkan orang untuk menuduh sewenang-wenangnya seseorang yang belum tentu bersalah. Mereka boleh menuduh sembarangan dan menangkap sesiapa sahaja yang disyakki. Apakah kerajaan suka sekiranya rakyatnya bersikap begitu? Contohnya kes Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI). Pada asalnya kita katakan beliau adalah 'seorang yang bersih dan suci'. Dia dituduh berzina dan meliwat. Sepatutnya hendaklah didatangkan bukti yang sahih.

Dan jika kita mengatakan bahawa kita mengamalkan Islam, bawalah kes DSAI ini ke mahkamah syariah. Saksi-saksinya hendaklah mengikut kehendak Islam. Tidak boleh didatangkan saksi upahan, orang fasik. Orang yang mendatangkan keraguan tidak boleh ditampilkan. Ia nampak sangat bercanggah dengan kehendak Islam. Ia adalah satu penganiayaan dan kezaliman.

Boleh kita sentuh sedikit tentang hukum hudud dan lain-lain yang berkaitan?


Pada saya jika kita tidak tahu jangan kita persenda-sendakan atau memperolok-olok hukum Tuhan. Allah berfirman yang bermaksud bahawa seseorang yang beriman itu apabila Allah dan Rasul menghukum begitu atau begini, maka tiada pilihan lain baginya, itulah hukum yang sebaik-baiknya.

Antara ciri sebuah negara Islam ialah mengutamakan bahasa Arab. Bagaimana penggunaannya di negara kita?


Bahasa Arab yang berkaitan dengan al-Quran patut digalakkan dan dipertingkatkan, baik di pondok, sekolah rakyat atau sekolah kerajaan. Sebuah negara Islam wajib memberikan galakan atau sokongan untuk orang mendalami bahasa ini, kerana secara tidak langsung menggalakkan orang memahami kandungan al-Quran. Tetapi yang saya tengok, apabila sesebuah sekolah rakyat dikatakan hendak dipertingkatkan oleh kerajaan, pelajaran agamanya semakin lama semakin tirus (mengecil). Jadi banyak sekolah agama rakyat yang ragu-ragu untuk menyerahkan kepada kerajaan.

Apa komen Dato' terhadap keadaan masjid kita yang dikawal ketat oleh kerajaan dan parti yang memerintah?

Saya dapati semakin hari semakin hilang fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan agama. Hari ini masjid mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan kuliah agama. Saya percaya semakin lama ia akan semakin memalapkan masjid. Akhirnya orang awam semakin lama semakin jahil dan penakut, kerana pensyarah atau guru agama tidak dapat menerangkan agama, umpamanya apakah erti jihad mengikut al-Quran dan al-Sunnah? Kepimpinan cara Islam itu bagaimana? Hukuman hudud itu sebeanaranya bagaimana dan sebagainya.

Sudah ramai yang tidak minat lagi mengikuti kelas-kelas agama. Jika ada kuliah agama pun balik-balik berpusing tentang ibadat sahaja; tentang sembahyang, puasa, zakat, haji. Jika ada sedikit mahu bercakap tentang undang-undang hudud, akan keluar arahan mengatakan ia salah dan tidak boleh atau dilarang. Ini menyebabkan ilmu tidak berkembang.

Jadi mereka mahukan Islam dalam bentuk mana?


Saya teringat kata Rasulullah s.a.w bahawa apabila tiba akhir zaman, Islam tinggal pada nama, al-Quran tinggal pada tulisan sahaja. Masjid-masjid tersergam indah tetapi penghayatan atau pemakmurannya tiada. Ini sangat membimbangkan kita. Sedangkan Rasulullah pernah sifatkan bahawa majlis-majlis ilmu di masjid itu sebagai 'taman syurga'. Tetapi sekarang 'taman syurga' ini hendak disempit dan disekat-sekatkan. Bila hendak diadakan ceramah, kena mohon permit. Ia bercanggah dengan kehendak Allah dan Islam.

Saya suka mengingatkan apa yang dikatakan Allah dalam Hadith Qudsi yang bermaksud: "Barangsiapa memusuhi ulamak-Ku maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka." Ini yang menakutkan kita. Kita berperang dengan peluru, tetapi Tuhan memerangi dengan mala petaka. Kalau kita tengok, mala petaka silih berganti berlaku di negara kita - daripada jerebu, penyakit menyerang binatang, virus JE, ekonomi merudum dan pelbagai lagi. Tidak habis-habis silih berganti, akibat menyerang dan menghina ulamak. Tanpa ulamak, orang ramai akan buta agama dan buta al-Quran. Kenapa mahu menghina dan memperlekehkan ulamak!

Akhir sekali, mengapa DAP takut dengan negara Islam yang dicadangkan PAS?


Sebenarnya kita sendiri belum dapat menjelaskan Islam dan negara Islam sebenar kepada bukan Islam, tentang keindahan atau keadilan Islam, dengan lisan dan amalan, sebagaimana dakwah itu dikatakan bil lisan wa bil hal. Kita perlu tunjukkan macamana keindahan dan keadilan Islam. Peluang memang ada, tetapi pemerintah yang sedia ada hanya mencari keduniaan semata-mata. Sedangkan mereka sudah 44 tahun berkawan dengan orang Cina dan India melalui politik.

Ini apa yang berlaku ialah orang Islam juga yang menakut-nakutkan orang bukan Islam, seperti kata mereka "ini hudud PAS" atau "jika dipakai undang-undang Islam banyak orang yang kudung tangan dan banyaklah tangan hilang". Sedangkan dengan mengamalkan hukum hudud, negara akan menjadi aman.

Saya menyeru kepada mereka supaya kembali kepada Islam yang syumul, bukannya mengambil sebahagian sahaja. Jika kita mahukan kebahagiaan dan keadilan sebenar, kita kena mengambil Islam kesemuanya. Jika kita mengambil separuh-separuh, ibarat membuat kek yang sedap dan bahannya begini begini sehingga 12 bahan, tetapi kita tidak mahu mengambil semua, kita ambil 7 atau 8 bahan sahaja, tentulah tidak rasa sedap sebagaimana yang diharapkan, kerana kita tidak mengambil ramuan keseluruhannya. Siapa yang bersalah?

Semoga Roh Bekas Mufti Negeri Selangor Dato'Haji Ishak bin Baharom ini ditempatkan bersama para nabi dan syuhada di syurga nanti. Semangat beliau tetap bersama kita...

Saturday 26 January 2008

Imam's Horse


emm...baru balik dari sport hall..letih juga..
biasanya weekend je lah masa utk kami semua nak enjoy with our kids..
kami bermain kat badminton court univ..booking dari jam 1 hingga 4..
bolehlah kalau setakat nak lepas tension..
bagi muslimatnya pula..sambil beriadhah
..juga adalah hari utk kami
menambah ilmu..study circle muslimah biasanya bermula jam 3ptg..
tak ramai yang dapat hadir..mungkin masing2 ada hal agaknya..
di sini kupaparkan petikan dari 'noonswansea' sebuah kisah yang padaku agak lucu tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam ..


An Imam was selling his horse in the market.
An interested buyer came to him and requested if he could get a test ride.
The Imam told the man that this horse is unique.
In order to make it walk, you have to say 'Subhanallah'.
To make it run, you have to say 'Alhamdulillah' and to make it stop, you have to say 'AllahuAkbar'.
The man sat on the horse and said 'Subhanallah'.
The horse started to walk. Then he said 'Alhamdulillah' and it started to run.
He kept saying 'Alhamdulillah' and the horse started running faster and faster.
All of sudden the man noticed that the horse is running towards the edge of the hill that he was riding on.
Being overly fearful, he forgot how to stop the horse.
He kept saying these words out of confusion.
When the horse was just near the edge,
he remembered 'Allahu akbar' and said it out loud.
The horse stopped just one step away from the edge.
The man took a deep breath, looked up towards the sky and said 'Alhamdulillah'!.



Tuesday 22 January 2008

International evening day



hari ni fynonbdr primary school mengadakan international evening day meraikan students n parents around the world yg. study kat sini..kabarnya 15 country..
food testing n presentation dari parents memeriahkan suasana



Thursday 10 January 2008

The shipwreck


Dear my lovely kids...

something I want to share with...














(kenangan di hadapan big ben london)

the only survivor of a shipwreck was washed up on a small, uninhabited island.
He prayed feverishly for Allah to rescue him,
and every day he scanned the horizon or help,
but none seemed forthcoming.
Exhausted, he eventually managed to build a little hut out of driftwood
to protect him from the elements and to store his few possessions.
but then one day, after scavenging for food,
he arrived home to find his little hut in flames,
the smoke rolling up to the sky. the worst had happened; everything was lost.
he was stunned with grief and anger. ''Allah, how could you do this to me!'' he cried.
early the next day, however, he was awakened by the sound
of a ship that was approaching the island.
it had come to rescue him.
'' How did you know I was here?''
asked the weary man of His rescuers.
'' We saw your smoke signal'' they replied.














(kenangan di London Eye)

O my dearest..
It is easy to get discouraged when things are going badly.
But we shouldn't lose heart, because Allah is at work in our lives,
even in the midst of pain and suffering.
Remember, next time your little hut is burning to the ground-
it just may be a smoke signal that summons The Grace of Allah.






Wednesday 9 January 2008

Salam awal muharram



Di kesempatan yg ada ini, kami ingin mengucapkan
'Selamat menyambut 1 Muharram 1429 Hijriah' pada semua .
Semoga segala pengisian perjalanan lalu menjadi teladan bekalan perjalanan seterusnya, insyaAllah.

Disisipkan di sini, bait2 peringatan buat diri(ku) yang sering terlupa.


Abdullah bin Umar r.a berkata, bahawa ketika dia sedang
duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang
lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah:
“Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.” Kemudian lelaki itu bertanya lagi:
“Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”
Jawab Nabi s.a.w.:
“Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.”


Indeed, the sacred month of Muharram is a blessed and important month.
It is the first month of the Hijri calendar and is one of the four sacred months concerning which Allah says,
Verily, the number of months with Allah is twelve months (in a year),
so it was ordained by Allah on the Day when
He created the heavens and the earth; of them, four are sacred.
That is the right religion, so wrong not yourselves therein)
(At-Tawbah 9: 36)


The Prophet (S.A.W) said,
“Fasting the day of `Ashura' (is of great merits),
I hope that Allah will accept it as an expiation for (the sins committed in)
the previous year” (Muslim).

Moga hari ini, hari yang terbaik dari hari semalam
dan moga hari esok lebih baik dari hari ini
May Allah bless us


Tuesday 8 January 2008

Kenangan di Villamora and Faro




















dari gibraltar lebih kurang jam 7 pm kami bertolak pula ke villamora portugal...target dalam 4 hours sampai lah di sana...
sepanjang perjalanan dari highway sevilla andalucia..
kelihatan di kiri dan kanan jalan dipenuhi pohon2 zaitun dan bunga matahari..
deretan rumah bertaburan bagaikan mutiara indah berwarna putih begitu mengasyikkan...subhanallah cantiknya..
alhamdulillah..perjalanan kami dipermudahkan Allah..dan lebih kurang jam 12 malam kami tiba..rupanya kat sini jamnya lewat satu jam dari andalucia.
esoknya selepas bermain di tepi pantai villamora kami bertolak ke Faro, antara bandar terkenal di Portugal. Oleh kerana masing2 dah letih ..kami sekadar pusing2 bergambar , beli postcard dan souvenir untuk dibawa pulang..


Tuesday 1 January 2008

Tour de la Andalusia Spain

dari 06 June 2007- 10 June 2007

bermula dari Sevilla ..bermalam di granada..
seterusnya ke cordova keesokan harinya..
berikutnya menginap di malaga..
mendaki jabal tariq di gibraltar..
seterusnya ke portugal menginap di villamora

tak terjangkau di fikiranku
bahawa suatu hari nanti..
aku akan menjejaki bumi yang pernah ditakluki oleh tentera Muslim di zaman kerajaan Abbasiyah..





my hubby bergambar kenangan bersama ust. muhaimin
dan ust. zuhdi di belakang al-hamra'





view dari atas perkampungan El-Albaicin... di belakang kami ialah the palace al-Hamra'.
El Albaicín pula ialah the old Moorish quarter of the city. It's located on a hill facing the Alhambra and there are dramatic views of this area from the palace's famous rose gardens.


with my best friends forever..seri, kak wan , adik n kakak



menyelusuri perjalanan ini
aku terpaku melihat mengamati dan meniliti
dan kucuba memahami..
apa yang tersurat dan apa yang tersirat
peninggalan syuhada' beratus tahun dahulu..

namun kini..
kota al-hamra' di granada..madinah al-zahra'..
al-cazabar di cordova..jabal tariq ibnu ziyad..di gibraltar
ahhh...khazanah dan warisan itu bukan milik muslimin lagi..
keangkuhan ..kealpaan ..kemewahan..dan kecintaan
membelenggu umat pada dunia

maka..yang tinggal kini
hanyalah untuk dibangga yang 'tidak berbekas'
sayu dan pilu menusuk di hati..
namun kutetap memanjat doa pada Illahi..
moga suatu hari nanti ia kan kembali kepada mukmin jua..
insyaAllah

Majlis Korban dan Aqiqah


kurakamkan di sini sambutan majlis Eid al-Adha di Lampeter buat kenangan di hari esok..
ramai juga tetamu yang dijemput termasuklah arab2 muslim yang berada di sekitar sini
ada yang datang dari swansea
ada yang dijemput dari carmathen
dari msd london pun ada
sibuk jugalah rakyat Lampeter
kami diminta memasak dua menu utama
emm..ni yang pening nak pikir apa menunya..
akhirnya ..jadilah masak merah, masak kurma dan nasi beriyani bombay..
semuanya 'meat base'..maklumlah raya korban katakan..
teringat aku pada budak arab si mustafa anak dr. abbas..bila dia buka lid container..first container tu nasi aku..nasi daging beriyani bombay..the next nya pun nasi daging juga..and the followingnya pun nasi daging lagi..masyallah meat again katanya....aku senyum je...


life is a gift and we must be thankfull to Allah
never blame any day in your life..
good days give you..happiness
bad days gives you..experience
worst days gives you..a lesson



petangnya kami meraikan birthday party untuk nabihah anak ust. razaliegh&nahar dan fatima al-zahra' anak seri&ust.zuhdi ..
juga majlis selawat dan cukur rambut si adam ..the latest new born baby



nasyid performance from kids of Lampeter..
semuanya sporting nak tunjuk bakat
masing2




anyway..million congratulations to wargalampeter
dan
semoga majlis kita diredhai dan diberkati
Illahi hendaknya..