Tuesday 7 April 2020

Redhaku..

حسبي الله ونعم الوکيل
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

February yg tersakiti..🌹
Hendak  ditelan pahit, nak diluah sayang.
terkadang..ku berbisik biarlah  ia terpendam
Di lubuk hati yang paling dalam.
Sesekali...
Biarkan diri menangis
Mencurah rasa menghambur gundah.
Mencari secarik senyuman
di balik mata yang berkaca...
....
Kekuatan yg kucari agar diri ini mampu menapak lagi..
ku nanti penuh harapan yg menggunung
Tapi..
No card
No flowers
No gift
Dan February 14 berlalu ..
tanpa senyuman dan memory manis untuk dikenang sebagai azimat
kebahagiaan ulangtahun yang ke-5..
Dalam sendu yg bertandang teringat pesanan sahabat we can’t never change people..yang hadir kini tidak sama dgn yg lama..mungkin aku yg perlu berubah..mengikut arus lebih menyenangkan..
...
Ujian hati tidak berhenti..kerana sedikit kekhilafan..adab dan akhlak diungkit sesedap rasa..
No calls
No messages
teramat terluka namun ku maafi jua..
Kerna bagiku memaafkan bukan kerana dirinya atau diriku tetapi kerana Allah akan memberi ‘sesuatu’ dengan kemaafan itu..

March yg diuji 🌹
Corvid19 mengajar pengertian ‘isteri yg terbahagi’. Maha pencipta menguji makhluknya kini...
Dan aku terus di sini bersama anak2..begitulah maqam sufla..tiada nilai..hanya Allah swt tempat aula dan segalanya

April yg dilalui🌹
Suara azan dari surau taman di bawah sana  pada pagi ini amat sayu kedengaran.
Lantunan suara bilal "صلوا في بيوتکم" menyedarkan aku betapa kita hidup pada hari ini dalam suasana yang sungguh tidak seperti dahulu. Apakah rahsia dan hikmah di sebalik apa yang berlaku? Hanya orang berfikir sahaja yang mengetahuinya. Wahai umat manusia! Sedarlah kita bahawa ini semua adalah peringatan daripada Allah kepada kita yang selama ini hanyut dalam dosa...agar kita kembali ke pangkal jalan, agar kita bertaubat dan betul-betul bertaubat, betapa kita manusia yang kerdil ini tidak mampu melawan kuasaNya.