Wednesday 19 August 2009

ramadhan al-mubarak

sya'ban sudah hampir melabuhkan tirainya maka tersingkaplah cahaya ramadhan lagi rahmah yang dinanti-nantikan oleh umat beriman..berdebar rasa di hati tertanya-tanya sendiri..sehari lagi ku akan bertemu dengannya..bagaimanakah keadaan ku nanti ..sempatkah aku bersamanya ...apakah ramadhan ini yang terakhir buatku atau akan bertemukah lagi aku dengannya..hanya Dia yang Maha Mengetahui..
namun..doa tetap di hati moga hubbyku ..familyku..sahabat2ku..juga semua umat ini dapat meraikan ramadhan kali ini dengan penuhan rahmat lagi diberkati dan bukan yang terakhir..insyaAllah..

semalam..
sesuatu yang tidak pernahku terfikir dan terjangkau untuk kulakukan..
sungguh tiada niat di hati melukakan hati sesiapa ..
dan tidak juga aku ingin menyakiti ..
namun disebabkan maslahah semua maka aku suarakan juga walaupun pahit untuk diterima..
moga hasratku itu tidak disalah erti oleh insan-insan yang ku hormati lagi ku sanjungi..

hari ini...
sempena kedatangan ramadhan yang mulia ini...
aku dengan rasa rendah hati memohon kemaafan di atas segala salah dan khilaf yang telah kulakukan buat semua insan yang mengasihi..menyayangi..mengenali..diri ini..
moga ketenangan dan keberkatan ramadhan menjadi milik ita semua..

Thursday 13 August 2009

innalillahi wa inna ilayhi raji'un

firmanNya yang bermaksud: apabila datang ajal mereka tidak dilambatkan walau sesaat dan tidak dipercepatkan ....

berita pemergian vokalis rabbani yang tak akan kembali lagi kuterima dengan hati yang sebak dan pilu..hanya doaku panjatkan moga dia dirahmatiNya di alam sana..

masih jelas di ingatan kenangan bersama rakan2ku ketika di maktab mahmud dan di univ suatu waktu dulu..nada murni dan the zikr merupakan our favorite nasyid group ..lagu2nya sentiasa mengiringi kami ketika mengadakan rihlah ataupun khemah ibadat..kami bersama2 mengalunkan zikir munajat bersama suara emas allahyarham..liriknya bukan sahaja sedap didengar tetapi bait2nya juga menyentuh hati dan membentuk peribadi indah
pernah juga aku berdikit2 mengumpul duit kerana berhajatkan koleksi nasyid allahyarham..

..ketetapan yang pasti..
kita semua akan pergi..
pergi yang tak akan kembali..
hanya Dia yang pasti bila kita akan pergi..

......al-Fatihah........