Wednesday 17 June 2020

move on

Allahuakbar Subhanallah 
Ampunkan aku kerna terkadang Aku rasa letih
tak kuat
rasa ingin mengalah
rasa penat dengan semuanya...
Tapi.. ya Rabb
Aku hanyalah seorang hamba
wajib ikut peraturan dan jalanMu
..hidup mesti diteruskan
dengan mengharap redhaMu


Sunday 14 June 2020

segerak usia

Waktu remaja dahulu suka berkawan. Memiliki ramai kawan karib. Akrab sehingga mengikut mereka balik ke kampung ketika cuti hujung minggu.Sikap peramah dan suka bergurau adalah menifestasi semulajadi dalam diri. Apabila berkahwin dan memiliki keluarga, kesibukan mengurus rumah tangga itu membataskan perhubungan.Satu persatu mereka hilang ditelan arus waktu. Diri mulai belajar hidup sendiri tanpa keriuhan sahabat bertanya khabar seperti dahulu. Lama kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan. Kehilangan demi kehilangan mengadap diri silih berganti.Tiba-tiba hati menjadi takut untuk mendekati dan mengakrabi sesiapa sahaja kerna dibimbangi sejarah lalu akan berulang...tafsirlah  apa sahaja tentang diriku kerana kita berdiri di batas takdir yang berbeza.

Monday 8 June 2020

kenangan lockdown

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭

Copy paste juga utk senarai perkara2 yg berlaku yg mghiburkn hati

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB /blog saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Di sini saya listkan sepanjang PKP, PKPD,PKPB apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kita semua rindu masa kena kurung kt rumah hari tu ..😂😂😂

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.

2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.

3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).

4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.

5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian).

6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!)

7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah

8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (funny  hahaha!)

9. Dah semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).

10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.

11. Sidang parlimen dewan negara & dewan rakyat sehari je

12. Overloaded barang2 yg dipesan secara dalam talian.
13. Frontliners jaga kita

14. Tak bagi rentas negeri..pakat rinduuuu la pulak kat emak ayah (sedangkan selama ni ada yg jarang2 balik kampung)

15. Stay at home n stay safe..zikir rakyat normal baru😊

16. Work from home jadi new norm

17.raya Eid Fitr  sehari je ..ini paling sedihhhh

...tambah lagi laaa kalau ada😂

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

#CnP...

Friday 5 June 2020

Eid al Fitr Mubarak

Day 80 CMCO 13 Syawal 1441H
simpan di sini sebagai kenangan..
since 2009 anak2 tidak beraya dgn insan yg  bergelar ayah d hari raya pertama..Alhamdulillah kerana pandemic ini, diberi ruang oleh Allah..anak2 ceria sgt, thx to my love