Friday 28 April 2017

..pesanan baginda

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍂
Alhamdulillah
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

@2 Syaaban 1438H

Bermanis Muka Ketika Bertemu

Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
Islam itu mengambil berat tentang hal kebaikan, walau sekecil mana amalan kebajikan dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.  Umat Islam dilarang memandang enteng perkara-perkara kebajikan walaupun sekadar senyum semasa bertemu dengan kawan-kawan dan saudara-saudara seagama, kerana senyuman itu juga akan mendapat balasan pahala.  Senyuman boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.
Sumber : Kitab Riyadh als Salihin


Monday 24 April 2017

..tika sendu

Ku katakan pada hatiku..saat rasa sedih..pandanglah langit, 
...Ingatlah Allah sentiasa ada..tika rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta..
Andai rasa berputus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
...Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah Maha Berkuasa..
...andai rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan aku sendiri..☺☺


Sunday 23 April 2017

..catatan 24 March yg lalu..

.....

Sejak akhir ini... Bebanan tugasku agak bertambah... Penat juga makin berganda... Tidur pula agak terganggu... Jua makan yang tidak menentu... Semuanya gara-gara sibuk dengan urusan manusia...

Ada ketikanya keutamaan diabaikan... Masa emas bersama keluarga terlepas... Keperluan diri ternafi... Bahkan tanggungjawab agama hanya tertunai yang wajib sahaja... Sunatnya entah ke mana...

Benarlah kata pujangga... 'Hubungan dengan Allah terbina secara tolak ansur... Hubungan dengan manusia selalunya dengan berkira-kira'. Jika tidak mampu solat berduri... Dibolehkan solat duduk... Jika ada uzur yang menghalang azimah... Maka rukhsah dilakukan dengan izin syarak...

Namun tidak begitu dengan manusia... Walaupun sudah tertunai yang sepatutnya... Masih dikata belum berpada... Walau sudah jelas memberi jawapan... Masih dikira banyak beralasan... Walau berkali-kali tangan dihulur... Masih dianggap hanya sekali...

Justeru apa yang perlu kulakukan?
........Terus mengayuh perlahan-lahan tanpa menoleh kepada suara-suara sumbang di angin lalu..
        Allah ya Rabb
...bantulah aku

..rinduku

Usah difikir benda yang lepas  kerana ia boleh mengundang air mata, dan usah difikir pada yang akan datang, kerana ia boleh  mengundang kebimbangan, sebaliknya hadapilah hari ini dengan senyuman, kerana ia boleh membawa kegembiraan...

..titipan doa sayangku dari Al Haram


Alhamdulillah....hari ni selepas selesai ibadah tawaf dpt bertafakur kjap depan multazam. Yang ambik kesempatan itu utk doakan khusus utk syg....insan yg yang igati n rindui sgt2.

Dalam doa tu pertama yang mohon supaya allah berikan kesihatan n walafiat....syg sembuh dari segala penyakit. Dgn itu syg akan dpt beribadah dgn lebih sempurna.

Yang juga doakan agar syg diberikan rahmat n nikmat agar jdi insan solehah n sentiasa dilindungi oleh allah.

Yang juga doakan agar rumahtangga kita terus diberkati n diberikan kebahgiaan yg berterusan sehingga jannah.

Yang juga doakan supaya allah ampunkan semua dosa2 syg n jadikan syg insan terpilih.

Yang juga doakan supaya allah  berikan kekuatan n tingkatkan kesabaran yang agar yang jdi suami yg lbh baik utk syg n insyaallah dgn itu dipohon moga ada manfaat n syafaat utk syg supaya Allah masukan syg ke syurga nanti.

Amin ya rab.

..at Al Rawsha