Sunday 29 November 2020

??

Bila hati disakiti..hanya ada dua pilihan untuk kita, 

rawatilah luka itu dengan kemaafan atau biarkan sahaja 

Saturday 28 November 2020

sederap langkah

 Adakalanya, tidak selalu ceria, sebab setiap anjakan langkah sentiasa menyuruh Aku dan dia belajar dan menyusun cara, bahawa perubahan usia dan lingkungan, beza penerimaan dan beza juga kesan keluarnya dalam bentuk perangai dan sikap. Laksana Tin dan Zaitun yang setiap satu menghibahkan rasa yang berbeza dan perlu dirasakan. Bukan sebatas pada zahirnya, pahit dan manis, namun kesannya selepas merasakannya.

5 tahun ini, bagi sebahagian orang mungkin dinilai terlalu pendek, dan mungkin sudah dirasa lama bagi yang lainnya. Panjang dan pendek usia berumahtangga, biarkanlah, pastikan berapapun lamanya, matlamat dalaman yang dicitakan, sakinah mawaddah wa rahmah itu, terwujud dan dirasakan dengan komunikasi sebagai jambatan. Menyimpan semuanya dalam bingkai ibadah, dan mengharap reda-Nya. 

Laksana masa, ia boleh dimengerti dengan apa sahaja, namun masa itulah bahagian daripada pilar-pilar kehidupan, yang telah bermula dan akan berakhir di dunia ini. Yang padanya, ada pilihan, kepercayaan Tuhan atas manusia sebagai khalifah, ada fungsi dan kerja-kerja tertuntun agama untuk akhirnya pasti akan diminta pertanggungjawaban di hadapan-Nya nanti. 


Tuesday 24 November 2020

Ada hikmahnya

 Siapapun tidak suka talaq!

Namun, apakah hikmah pensyariatannya?

.

وَإِن يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ ۚ وَكَانَ 

اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا

Maksudnya: Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Nisa’: 130)

Jika talaq ini digunakan sebagai cara yang terakhir dalam keadaan genting ini, maka ia adalah penyelesaian yang amat perlu yang tidak dapat dielakkan lagi walaupun ia amat pahit dalam banyak keadaan.

Namun, jika menggunakan talaq untuk perkara yang tidak baik bagi memuaskan hawa nafsunya, maka talaq itu dianggap halal, yang amat dibenci oleh Allah. Hanya Allah yang mengetahui perkara yang baik-baik dari yang tidak baik dan kepada-Nya dikembalikan semua perkara.



Thursday 19 November 2020

titian kemaafan

Hidup lah seperti pepohon rendang yang berbuah lebat..

Dilempari batu ,direntap..

namun masih menggugurkan buahan manis yang mengembirakan

Begitulah  hidup ini..

Teruslah berbakti dan berbudi

Biarpun dirimu disakiti,

Kerana Allah jualah 

Sebaik2 Pemberi Balasan 

Atas Setiap Perbuatan..

       terima kasih sahabat atas pesananmu