Sunday 29 September 2019

tiada rasa


Aku tidak diajar bermulut manis dan berbuka-muka
Kalau suka aku katakan...
Kalau benci Aku tunjukkan...
Kalau sayang , aku buktikan...
Kalau disakiti, Aku akan ingat..
Kalau kecewa, aku perlihatkan...
Kerana Aku bukan orang yang suka memberi senyuman kebohongan.


Sketsa semalam..
.. biarlah ia berlalu walau berbekas di hati...
Su..mi  part time..tanyalah hatimu, keberadaanmu?kasih sayangmu?tidak perlu dibohongi.. jawapan itu ada padamu..
.. menyuarakan rasa ingin meletak noktah kerjaya..tapi yg disoalkan..savingku ada???
.. Aku percaya utk maqam ulya kau sanggup berkorban nyawa namun tidak padaku..

Saturday 21 September 2019

hatinya..

Kekuatan pada wanita adalah sebuah hati..jagailah dan doakanlah pada Allah minta Dia jaga hatinya..kerana sekali hatinya berubah selamanya2 berubah dan tidak kembali pd asal
... hati isteri yang sentiasa mengalah untuk segalanya menjadi mudah diwaktu kesusahan... berkorban melepaskan segalanya untuk kebahagian walaupun tak dihargai..
..semudah itu d tolak ke tepi segala hak d nafi..kuatlah wahai hati Allah tidak pernah  biarkan kau sendiri..In shaa Allah
semoga Allah memberi kekuatan dan kebahagiaan dalam  hidupnya..
dikurniakan hati yg sentiasa redha

Monday 16 September 2019

ajarilah aku..

Duhai  sahabatku,
Sinisnya sindiranmu..tajamnya lidahmu..pedihnya tertusuk dalam ..kalimah yg engkau ungkap ini bukan pertama kali ku dengar..terasa hinanya diri ini di matamu ..kurang ajarkah??mengapa tidak terbit sekelumit rasa utk bertanya mengapa harus berlaku begitu? tingginya statusmu..

Duhai sahabatku
Benar, insan ini sering membuat kesilapan sengaja mahupun tidak..begitu juga denganmu..tahukah engkau tindakanmu bersama maqam ulya sering melukakan..

Duhai sahabatku
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegurmu. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum Aku krn tidak bersetuju denganmu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan aku, lupakanlah.

Duhai sahabatku
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana  maruahmu.

Duhai sahabatku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur.
Semasa membuat teguran, ingatlah insan ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah insan didepanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada diriku ini. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu.

Duhai sahabatku
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang insan ciptaan Allah yg punya hati dan jiwa. Bimbinglah insan ini dengan penuh rasa cinta walau beribu kali kekhilafan.. Dia juga sering  terluka namun kerna kasih, hatinya  membiarkan ia berlaku pergi dgn pasrah  dan redha.


Maafkan Aku krn tidak sesempurna spt maqam ulya
Maafkan aku krn tidak sesempurna maqam ulya
Maafkan aku krn tidak sesempurna maqam ulya
Aku hanyalah maqam sufla..selamanya

Saturday 14 September 2019

HPU914

Alhamdulillah..,
Ketelusan itu benda yang wujud dalam jiwa yang mahu, hanya diri dan Tuhannya sahaja yang tahu. Jiwa yang lain usahlah ditelah, kerja Tuhan usahlah digagah.