Thursday 12 March 2020

ur memories..

Sebuah kenangan dari sahabat




Friday 6 March 2020

bertabahlah duhai sahabat

9am..deringan bertalu, rupanya dari sahabat Di Utara..
Aku lebih banyak mendengar..sesekali terdengar sayu di hujung talian..dari riak suaranya Aku tahu airmatanya mengalir laju..tak mahu dia larut dgn perasaan sesekali cuba bergurau, dia tertawa tapi aku tahu sekadar mengambil hatiku..
Sahabat aku faham gelora jiwamu..aku tahu gelodak rasamu..tidak mudah bagimu melaluinya..namun  itulah jalan yang ditentukanNya..
Sahabat aku ngerti hatimu amat merinduinya..sakitnya rindu itu kerna ia tak kembali lagi di sisimu, namun ia tetap hidup dlm jiwamu kerna dia sebahagian dirimu
Akhirnya, hanya mampu ku ungkap..sahabatku, kita tidak akan pernah melupakan akan sesuatu yg hadir kerana kita hidup dalam ingatan..jangan nafikan nanti ia menyiksakan

Doaku sentiasa mengiringimu sahabat, terima kasih kerna sudi berkongsi rasa denganku

Monday 2 March 2020

appreciation to my beloved

Catatanku enam tahun yg lalu kembali melintas d wall aku seakan mengerti kemelut rasa ini..terima kasih Illahi mengurniakan Aku anak2 yg soleh, menjagaku merawatku..sungguh tiada daya melainkan asbab dariMu..

Abg n angah..
 anak2 mama yg dicintai dan amat dihargai, abg n angah menjadi tongkat kiri dan kanan saat kaki ini tidak mampu menjejak..serving lunch n dinner on bed..ia mengingatkan kehidupan mama suatu waktu dulu yg pernah dilalui..kemudian kita sama2 watching tv, sudah lama kita tidak berkumpul begitu..borak2 chatting pelbagai topic..

Abg n angah
Tidak setiap orang yang engkau cintai akan membuatmu bahagia dan tidak setiap orang yang engkau benci akan membuatmu bersedih.
Pisau meskipun nampak halus, menyentuhnya akan membuat terluka.
Ubat meskipun rasanya pahit, tapi dapat menyembuhkanmu.

Dalam hidup… banyak perkara yang kita lakukannya kerana terpaksa… atau terpaksa lakukannya… kadang-kadang… kita berasa suka dengannya… dan banyak ketikanya kita berduka… namun… itulah realiti hidup… ia tidak semudah mencoret di atas sehelai kertas… atau melakar di atas sekeping kanvas…

Hakikatnya… cabaran tu mesti ditempuh… kerana… ujian dan fitnah yang mendatang tu… adalah proses mendidik jiwa… manusia diuji untuk menjadi tabah… bukan untuk mengalah… jika tindakan kita salah… kita beristighfar dan memohon ampun kepada Allah… jika kita teraniaya… jadikan kesempatan doa dan munajat untuk memohon pembelaan dariNya… justeru Rasulullah S.A.W pernah bersabda: ‘Manusia itu jenis suka berlaku salah… dan sebaik-baik pelaku salah adalah orang yang sentiasa bertaubat dari dosanya”

Abang n angah
Mama attach kenangan kita d sini..spending time with u,kita enjoy dgn western 🥘
Mama amat bersyukur dgn kurniaan Allah ini..







Beradab dgn Allah swt

⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼

8 Rejab 1441H

Firman Allah SWT:



وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَٰكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ [الأعراف : 143]

Ertinya: "Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)." (Surah Al-'Araaf: 143)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s berbicara denganNya! Setelah Baginda menyempurnakan tempoh yang telah ditetapkan!

2. Nabi Musa a.s memohon untuk melihat Allah! Namun Baginda tidak mampu untuk melihatNya! Bahkan gunung menjadi hancur lebur!

3. Nabi Musa a.s jatuh pengsan! Setelah sedar, Baginda segera bertasbih dan bertaubat kepada Allah! Baginda mengakui keimanan kepada Allah!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Menjaga adab bermunajat dengan Tuhan adalah satu kewajipan! Menjaga adab berbicara! Menjaga adab berdoa kepada Allah!

2. Kita adalah makhluk ciptaan yang amat lemah! Kita tidak mampu untuk melihat Allah di dunia! Kita akan melihatNya di akhirat!

3. Kita perlu memperbaharui keimanan kepada Allah! Bertasbih dan bertaubat kepada Allah adalah tanda keimanan!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita menjaga adab bermunajat dengan Allah! Menjaga adab berbicara! Menjaga adab berdoa kepada Allah!

2. Hendaklah kita mengakui kelemahan diri kita! Jangan meminta perkara yang mustahil!

3. Hendaklah kita memperbaharui keimanan kepada Allah! Bertasbih memuji Allah! Bertaubat kepada Allah!

Ya Allah Maha Suci Engkau, kami bertaubat kepadaMu, ampunkanlah segala dosa kami, sesungguhnya kami beriman kepadaMu. Aamiin.

والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين


Sunday 1 March 2020

01032020 ulama n umara

Note1
Benar..teramat sakit diperlakukan sebegini..kekhilafan dikatakan kurang ajar...dihalau dan dihina sudah jadi ‘menu  jiwaku’..begitulah kehidupanku kini..
..saat jiwa yg tak menentu..tersilap langkah menuruni tangga, tanpa sedar Aku sudah dipapah ke kereta..Aku tertanya2 apa yg berlaku?? Aku tak mampu melangkah..innalillah ..Alhamdulillah ada yg datang membantu..terima kasih ya Rabb menghadirkan insan2 yg baik dlm situasi itu..
Terima kasih ya Rabb, putera n puteriku sentiasa di sisi saat aku amat perlukan.

Note 2
Allah ya Rabb..menyaksikan perustiwa bersejarah hari ini
Doaku, Allah Merahmatimu Tuan Guru.
Terlalu lama langkahmu mendidik ummah. Terlalu kental kesabaran menghadapi mehnah.
Kejian cacian malah makian Dirimu hadapi saban masa demi sebuah perjuangan demi keizzahan Islam.
Kini Perdana Menteri memohon Aura dirimu untuk memimpin doa sebagai simbol 'Fathul Putrajaya'.
Kami menyaksikan semangat juangmu untuk Agama ini tidak pernah malap.
Lilitan serbanmu membangkitkan semangat luar biasa hari ini.
Tanpa sedar Air Mataku mengalir.
Sungguh luar biasa perasaan ini.
Aura Ulama Memasuki Istana Negara.

Allahu Akbar