Sunday 18 October 2020

..real life


Para pensyarah ni kebanyakannya masa mesyuarat/aktiviti petang Jumaat beria bagi ucapan have a nice weekend/enjoy your weekend bagai. Tetapi sepanjang weekend siang dan malam, group whatapps aktif macam biasa dengan task/planning/arahan/perbincangan. Gambar dalam status socmed tengah masak/berkebun/makan2 kononnya having a good time, realitinya behind the scene sibuk menjawab WA, emails, voice call, semak tesis, draft. Most of lecturers sleep less than 6 hrs a day. Ambil cuti untuk siapkan kerja menjadi perkara biasa. Kononnya bercuti bersama keluarga di resort, lepas ambil gambar di luar resort, up status, kemudian masuk bilik hotel mengadap laptop! 


Janganlah terpedaya dengan post di socmedia dan rasa kerjaya ini sangat santai 8-5. Ada pensyarah memilih untuk up status di socmed aktiviti yang fun sahaja/mengenai kerja sahaja/fun & work/ silent readers/ tiada account socmed langsung. Sebab itu bila student tidak menjawab call/msg masa weekend ada pensyarah tidak boleh 'brain'. How do we survive and still smiling? Because we love our job, passionate and take it as responsibility not as burden. Lecturers' brains just can't stop thinking about work. Badi masa buat Phd nampaknya masih ada sampai pencen! Dah pencen pun ada yang sambung lagi jika ada yang masih memerlukan khidmat.


P/s-opinion above is gathered from my own observations and non-randomized casual chats. Not from a proper study design and no statistical analysis was conducted. Therefore, may not represent 100% of lecturers' population.