Tuesday 31 December 2019

Hari2 yg berlalu



Tinggalkan hari-hari itu, buatlah apa yang kamu mahu...
perelokkanlah diri apabila qada’ itu menghukum

Janganlah kamu bimbang akan insiden malam-malam itu...
maka (ketahuilah) insiden-insiden dunia tidaklah kekal

Jadilah kamu yang benar-benar sabar ke atas ujian...
dan (jadilah) akhlak sifat kamu pemaaf dan yang menepati

new chapter

2019 kian berganjak pergi.Semoga perginya membawa segala duka nestapa.Semoga 2020 menghamparkan cerita bahagia dari jendela hidupku ..New chapter of life start tomorrow...
Wishing everyone Happy New Year 2020!
This new journey is still unknown.. but lets be thankful for the best and memorable journey in 2019.
It was hard n beautiful as well..  This new step in this new year might be heartbreaking.. but sometimes  might be new step to wonderful new life.. something new..I am excited but scared as well.. stepping into new milestone need courage.. i hope the best to all of u in our future 2020..
It might not go smooth as plan.. and it might also hurt in the middle but i know i will go through this.. with my family, friend, and Allah S.W.T.. with me..
Never lost hope.. never give up.. even when its hard.. allways look at postive side.. this journey without challange is not a journey..
May Allah S.W.T allways be with us.. in this new year and new resolution...we be better person than 2019..
So Happy New Year guys.. welcome to the chapter of life...

Monday 30 December 2019

Gerhana matahari

BAGAIMANA GERHANA MENGGENTARKAN HATI ORANG YANG BERIMAN??

Semalam hari berlakunya gerhana, ramai yang mengingatkan tentang hadis: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda kekuasaan Allah. Tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kehidupan sesiapa, namun ia sebagai peringatan dari Allah untuk MENGGENTARKAN hamba-Nya” [Sahih al-Bukhari].

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana kejadian gerhana merupakan peringatan yang sepatutnya menggentarkan hati kita, sedangkan ia merupakan proses normal alam yang sering berlaku sejak dahulu dan telah dijangka waktunya oleh pakar angkasa?

1.    Gerhana merupakan salah satu petanda wujudnya Tuhan yang mentadbir alam semesta. Dalam al-Quran Allah kerap menyuruh kita merenung kejadian alam semesta sebagai petanda kebenaran Allah dan al-Quran.

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar” [Fussilat: 53].

2.    Alam semesta ini dari sebesar-besar galaksi sehingga sehalus tiupan angin semuanya berjalan mengikut aturan dan kitaran tertentu. Matahari dan bumi yang berlari laju ini juga tidak terasa pergerakannya walaupun kadar kelajuan bumi mengelilingi matahari sepantas 107,200 km/jam dan matahari pula bergerak sepantas kira-kira 720,000 km/jam.

وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ...لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
“Matahari itu beredar ke tempat yang ditetapkan baginya…Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya berenang pada orbit masing-masing” [Yasin: 38-40].

3.    Adakah kita merasakan bahawa peredaran berbilion bintang dan galaksi ini berlaku secara semula jadi tanpa ada Yang Maha Kuasa mengaturnya?
Bagaimana galaksi dan bintang yang terlalu banyak ini ‘berlari laju’ tanpa ada pertembungan, pintasan, kegelinciran?
Siapakah yang mengatur semua ini??
Tentunya Allah Tuhan Alam Semesta!
Laluan ‘marathon’ alam semesta ini begitu teliti dan terancang. Jalan yang segala galaksi dan bintang lalui ini tidak saling bertindih atau bersilang di sebalik komet yang banyak dilancarkan di angkasa.
Gerhana matahari atau bulan ini hanya sebahagian kitaran kecil sahaja!

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡحُبُكِ
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang pelbagai” [al-Dzariyat: 7].

4.    Orang yang beriman mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa aturan yang agung ini akan berakhir suatu hari nanti sebagaimana yang telah diberi peringatannya oleh Pentadbir Alam Semesta ini.

فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ * وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ * وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ * يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ
“Apabila (pada hari kiamat berlaku) pemandangan menjadi terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan hilang cahayanya, dan apabila matahari serta bulan dihimpunkan bersama! (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia: Ke manakah hendak melarikan diri??” [al-Qiyamah: 7-10].

Ya, gerhana yang begitu indah dilihat ini tatkala matahari dan bulan tersusun rapi, suatu hari nanti akan bertembung antara satu sama lain menjadikan pemandangannya begitu ngeri sekali pada hari yang cukup menggentarkan manusia, iaitu HARI KIAMAT!

Justeru Nabi SAW ketika melihat gerhana, baginda kelihatan sangat takut dan segera menyeru para Sahabat untuk bangkit menunaikan solat, memperbanyakkan istighfar, berdoa dan bersedekah.

Tidakkah kita sebagai muslim yang memiliki sekelumit iman berasa gentar apabila teringat akan penghujung dunia ini di kala gerhana??

-Dr. Kamilin Jamilin-
#TadabburHadis

Hols @ KT


cari batik utk ayah n mak
Stunning View frm Primula hotel












                                                         
                                                              think wisely b4 oder
                                                    All alone ..room service make me smile
rezeki dari MAS..syukur
                                                        About to leaving KT..

Wednesday 25 December 2019

Day 11

Alhamdulillah n finally I’ve got home
Benar, ibadah itu adalah hubungan antara kita dan Tuhan. Untuk kita menunaikan hak Allah.
Tapi jangan lupa. Dalam melaksanakan ibadah, ada hubungan antara kita dan hamba Tuhan yang lain perlu dijaga. Untuk kita tunaikan hak sesama manusia; hamba Allah.

Menyakiti orang lain atas nama ibadah, bukan dari ajaran Nabi.
Mengasari orang lain kerana ibadah bukan petunjuk dari Nabi.

‘Tamak’ dalam kebaikan itu bagus. Tetapi apalah namanya kebaikan andai ia dilakukan dengan keburukan.

Fahamilah bahawa pahala diperoleh dengan cara mulia, justeru ia juga perlu dilaksanakan dengan cara mulia.

Day 10

In the morning 15, prepare n get ready to d airport , will depart at 2pm frm Amman to Abu Dhabi..2hrs InshaAllah.. but it’s worrying me bcz haven’t got boarding pass to KL yet..soon arrival I will get it at counter desk..





Day 9

Today 14/12/19, heading to visit sayyidina Abdul Rahman Auf companion of Rasulullah a mankind person and Nabi shuaib who was sent to Madyan n ashab aykah. 
He spoke Arabic, as well HUD, Salih n Muhammad saw...
Jst visit shrine/maqam of Nabi Syuaib
About 11am we arrived Dead Sea 
Shopping kat balad
Teringat kenangan bersama Mak ayah n anak2..2013 kami berumrah n spent bersama Adik syed sekeluarga d sini