Friday 30 November 2018

Pesan mama

Destinasi akhir...

Ada orang mampu memandu sendiri kenderaan untuk ke destinasi tanpa sesat jalan atau salah jalan dengan hanya berdasarkan signboard pun boleh sampai dengan baik. Ada orang menggunakan aplikasi waze dan sebagainya untuk ke destinasi. Ada orang yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke destinasi maka dia mengambil inisiatif menumpang kenderaan awam atau menyewa kereta atau menggunakan kemudahan grab. Pasti pemandunya perlu tahu jalan ke destinasi kerana bertanggungjawab ke atas penumpangnya.

Begitulah kita bila ingin ke destinasi akhir... Jika tidak tahu jalan kita cari arah dengan menggunakan sebanyak mungkin petunjuk untuk ke sana... Al-Quran adalah aplikasi penunjuk jalan manakala Nabi pula sebagai Pemandu ke destinasi akhir... Dalam situasi akhir dunia,  pastinya ulama' adalah pemandu kita...
Moga kita semua selamat sampai ke destinasi akhir mengikut direction jalan yang betul...wallahu musta'an...

Tuesday 27 November 2018

..successful

Banyak sesi viva telah dipengerusikan. . cumanya sesi kali tidak seperti biasa kebetulan bidang kajiannya menarik dan bermakna bagi aku...kajian kritik bible oleh ulama tafsir. .
Alhamdulillah setelah enam tahun berjuang, akhirnya kejayaan miliknya dgn status tesis cemerlang.  Mubarak !!

Monday 26 November 2018

Kerinduan yg tak bertepi

 Mama rindu sangat kat Ammar Aiman ni..
❤❤❤❤






..kembalilah

Ke mana hilangnya diri sejatimu yang dahulu?
.
Dirimu yang ceria...
tiada dendam dan benci...
penuh kasih sayang...
.
Lalu pulanglah sebelum kau dipanggil pulang
.
#bicarainidemiilahi

Saturday 24 November 2018

Hatinya tersentuh lagi..

Dia tidak mampu lagi berjiwa besar kerna..

Dia tidak mampu senyum lagi dikala kedukaan dan kesedihan..
Ingin sekali dia  memaafkan namun hatinya tidak mampu memaafkan dikala disakiti..
Dulu dia bahagia meniti saat dinasihati tapi kini dia tidak mampu menerimanya dikala hati terluka.

Jiwanya rapuh krn tidak mampu mengalah dikala ketegangan..
Dia tidak mampu memberi dikala tiada..
Tiap bicaranya sering disalahtafsir.. dari itu dia sudah kehilangan kata, takut tuturnya menyentap hati, lantas diam adalah pilihan..
namun itu juga disalah erti...
Dia bngung memikirkan semuanya utk mereka hingga tiada yg tinggal utk dirinya

..luahan hatinya utk merungkai gelodak jiwa dikatakan berkira..
Tiap langkahnya pincang diungkap satu persatu tanpa koreksi bagaimana bermula dan kenapa ia berlaku...

..dalam hatinya sedar pasti berbeza maqam ulya dan sufla mana mungkin sama
Dia menyimpan semuanya bersama lara jiwa..

Dia kini termangu keseorangan
  mungkin lelah
kerna salah diletakkan ats bahunya
..hanya Illahi dia berserah segalanya
 

Happy belated birthday

Sanah helwah abang. .
Sedikit terlewat meraikan hari abg dilahirkan..(Nov 6 97'...20 thn yg lalu..) Alhamdulillah mama dianugerahkan abg dlm hidup mama. .
Doa mama moga abg menjadi shabab soleh dan muslih..
Terima kasih abg kerana setia di sisi mama..
setia bersama mengharungi susah senang kehidupan ini..
 setia mendengar luahan rasa hati mama. ...setia melindungi mama dan adik2 tika fitnah melanda. .
Mama sayang abg angah n adik sepenuh hati mama.. ❤❤❤






Friday 23 November 2018

Tazkirah hati

❤❤❤❤

Ketika kita menyakitkan hati orang dengan kata-kata yang pedih dengan keadaan kita sedar, pernah terfikir ia akan kembali kepada kita?. Apabila ada sekelumit rasa kita lebih baik daripada orang lain, ketahuilah ALLAH itu Maha Lebih Mengetahui. Naikkan semangat diri.  Sebarkan kata-kata yang baik.

Jika kita mengkaji cara Nabi Muhammad SAW sebagai individu, baginda adalah seorang yang sentiasa mendorong orang lain membuat perubahan diri. Dan juga, memberitahu larangan dengan cara berhikmah mahupun ketegasan. Jika Nabi marah, ada caranya. Baginda adalah motivator yang berpengaruh.

Ya, kita perlu membezakan cara komunikasi berdasarkan situasi dan jangan sampai orang menjauhi kita. Tanpa kita sedar, setiap masa kita adalah inspirator atau motivator atau apa sahaja termanya, kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Jangan menegur orang apabila kita merasa kita lebih baik dari orang lain.

Kita disuruh BERCAKAP BAIK atau pun DIAM. Kenapa kita tak disuruh BERCAKAP BENAR atau pun DIAM?. Bercakap benar belum tentu baik. Contohnya kita cakap "Makcik dah tua ingatlah mati, tak payahlah pergi tenguk wayang". Cakap itu benar tapi tidak baikkan?.

Tidak boleh garangkah kalau menegur dan memperbetulkan kesalahan orang?..Boleh. Garang boleh, nak perli atau nak kutuk. Cuma hanya selepas itu orang sudah tidak mendekati kita. Sayang dakwah kita jika tidak didengari atau dijauhi. Menggunakan ayat betul untuk mengajak kepada kebaikan, lebih berimpak tinggi.

Air liur dikeluarkan oleh lidah yang tidak bertulang. Ketajaman ibarat pedang yang dihunus. Perkataan baik tidak semestinya boleh menggoncang dunia. Mungkin jadi perang saudara. Menjaga hati orang lebih utama. Moga ALLAH rahmati dan ampuni kita.

Status kita di Dunia ini barangkali berbeza pendidikan, latar belakang, minat, pendedahan ilmu agama, kerjaya dan lain-lain. Namun kita semua sama sahaja, apabila berdiri di hadapanNYA. Lantas masih perlukah kita berasa lebih suci daripada orang lain?.


Thursday 22 November 2018

Minda Tuan Guru

Minda Presiden PAS

ICERD: MEMPERKENALKAN SIAPA DIRINYA

ICERD merupakan ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayu, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.

Isu ini laksana batu besar yang dihempas ke dalam lubuk air yang tenang dan disangkanya tiada buaya. Apabila dihempas menampakkan semuanya, muncul di permukaan air segala yang ada di dalam lubuk itu. Rupanya ada buaya, ular, belut, ikan besar dan kecil termasuk sampah sarap yang menyampah.

Ada yang membuat kenyataan yang tegas dan berani, ada juga yang berpura-pura dan ada yang menunjukkan kebodohannya. Lebih malang ada juga yang menunjukkan sikap oportunis, laksana menangguk di air yang keruh bagi mengangkat diri umpama ‘political animal’, yang boleh hidup di semua alam.

Huraiannya, ada yang menyatakan dengan tegas wajib ditolak dan mustahil dilaksanakan dengan maksud bagi menutup pintu. Ada juga yang memberi jalan lagi pada masa akan datang apabila tiba masa yang sesuai, mafhumnya tidak menolak ICERD.

Rasulullah S.A.W. memberikan panduan kepada penganut Islam yang beriman dan budiman:

مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

“Sesiapa yang mahukan keredhaan Allah walaupun dimarahi manusia, nescaya Allah meredhainya, dan Allah menjadikan manusia meredhainya. Barangsiapa yang mahukan keredhaan manusia walaupun dimurkai Allah, nescaya Allah murka terhadapnya dan dijadikan manusia juga memarahinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tegasnya bahawa kita wajib menolak dan mengharamkan ICERD selama-lamanya, kerana kita mempunyai takrif yang merdeka daripada pengaruh penjajah dan jahiliah khususnya terhadap perkataan diskriminasi, hak, keadilan dan kebenaran.

Takrif kita mengikut ilmu mantiq (asas ilmu falsafah yang betul) disebut jami’ dan mani’, bermaksud mencakupi maksud yang sebenar dan menolak perkara yang tidak benar kepada sesuatu istilah bagi sesuatu takrif.

Maka takrif diskriminasi, hak dan keadilan mengikut fahaman kita yang beragama Islam, bahkan semua yang beragama adalah berbeza dengan kalangan yang tidak beragama. Kita tetap berkeyakinan bahawa takrif kita adalah relevan sepanjang zaman.

Adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah. Dalam masa sama, tanpa menafikan hak kaum lain yang masih banyak terbiar. Selain itu juga, memberi hak istimewa kepada kaum wanita kerana peranannya menjaga anak yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

Apa yang dicatat dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan. Ketetapan ini tidaklah tersasul seperti teori Barat yang dibanggakan oleh pengikutnya sehingga memelihara hak asasi binatang dengan melupakan hak asasi manusia.

Berlaku di Amerika Syarikat, negara yang dianggap paling menjadi contoh di kalangan yang memperjuangkan konsep tersebut (diskriminasi, hak dan keadilan), kini meletakkan kaum penduduk asal yang dinamakan 'Red Indian' itu sudah dilupakan, kerana mereka dibiarkan hidup dalam keadaan dipinggirkan daripada pembangunan serta dibiarkan di tepi jalanan.

Berbanggakah wanita kita sehingga dijadikan bahan iklan barangan murah? Bermula daripada kalangan yang mahu menjual sabun, rokok dan kertas tisu, sehinggalah kereta berjenama yang paling tinggi harganya, tetapi dipaparkan gambar wanita untuk dieksploitasikan.

Ada di kalangan yang buta Al-Quran dan Hadis membuat kenyataan bahawa hak istimewa tidak disebut di dalam kedua-dua sumber syara’ itu. Hakikatnya di dalam Al-Quran telah dinaskan hak istimewa daripada bahagian Dzil Qurba (keluarga Rasulullah S.A.W.) yang diharamkan menerima zakat tetapi dibolehkan dari sumber yang lain. 

Al-Quran juga menyebut hak istimewa anak yatim. Begitu juga hak orang bukan Islam tidak diwajibkan zakat harta yang tidak boleh dihapuskan kewajipannya terhadap orang Islam, tetapi mereka boleh dikenakan cukai yang boleh dihapuskan apabila tiada keperluan.

Ada juga hadis yang memberi hak istimewa kepada wanita Islam yang meninggalkan solat tetapi tidak diwajibkan qadha’, kerana keuzuran bulanan yang menjadi nalurinya, tiada pada kaum lelaki dan lain-lain lagi.

Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sedia ada yang berkaitan halangan melakukan diskriminasi terhadap bukan Islam yang berkonsepkan hak keadilan dan persamaan, sudah memenuhi keperluan masyarakat majmuk di negara kita yang lebih baik berbanding daripada ICERD. Oleh yang demikian, kita sudah merasai betapa keamanan telah wujud di negara ini, tanpa peduli terhadap perakus yang sentiasa mahu memuaskan hawa nafsunya sahaja sehingga mengganas dengan sifat fanatik yang melampau. Apa yang berlaku adanya kelemahan dalam aspek pelaksanaan, boleh diselesaikan dengan cara kita tersendiri, yang tidak memerlukan kita mengubah perkara dasar.

Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan dan hak beragama lain telah menjadi kontrak sosial yang sudah mencukupi mengikut nalurinya. Umat Islam wajib menolak konsep Liberal yang menyamakan semua agama, kerana sifat semua penganut agama wajib percaya bahawa agamanya sahaja yang benar, bukan dianggap agama yang dianutnya sama sahaja dengan agama lain. Maka perlu difahami perbezaan di antara menegakkan kebenaran terhadap agama masing-masing dan hak kebebasan menganut agama masing-masing.

Begitu juga konsep Barat yang menghalalkan LGBT dengan menganggap berlaku diskriminasi jikalau kita mengharamkannya kerana kepercayaan semua agama mengharamkannya disebabkan bercanggah dengan fitrah kejadian manusia. Kalau diizinkan boleh menyebabkan merebaknya penyakit yang sangat berbahaya kepada individu, keluarga dan masyarakat. LGBT hanya layak di negara yang tidak beragama.

Adapun kepada kita, adalah menjadi keyakinan bahawa mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.

Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara. Anggaplah mereka daripada kalangan yang membawa dan memperjuangkannya adalah petualang yang wajib disanggah dan ditentang.

Akhirnya, ICERD adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ

“Berwaspadalah, nanti kamu akan dipengaruhi mengikut jalan yang salah, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah kamu diajak masuk ke dalam lubang biawak, kamu ikut juga (sehiggalah kamu sesat binasa)”. (Muttafaqun ‘Alaih)

Maka umat Islam, umat yang beragama, kaum Bumiputera dan semua bangsa hendaklah bersatu menentang agenda ICERD, kerana konsepnya yang sebenar tidak beragama dan berkemanusiaan. Jangan terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS   

Bertarikh: 14 Rabi’ul Awwal 1440 / 22 November 2018

Sunday 18 November 2018

..seakan pudar

..jst beautiful
..bait2 puitis bagaikan coretan hati tentang kehidupan yg dilalui..
ada waktu terasa begitu indah dan     diawangan. .
...ada ketika ianya seperti tiada harapan kelansungan..
   ia bersatu dalam perjalanan sebelum berangkat pergi. .
.......
................
Hakikatnya, tiada yang setia di sisi..
dulu mungkin mencurah cinta tanpa rasa curiga..
namun kini ia hilang tanpa jejak....
     tiada madah bicara penenang jiwa. ..seakan sepi tiada hati tiada seri
Hakikatnya,  masih di sini. .cuma tiada lagi 'sahabat' sehati


Saturday 17 November 2018

kabar autumn

❤...izinkan dirimu memaafkan
        kerna tujuan hidupmu
                  bukan untuk mereka
    tetapi kerna DIA
...besarkan cinta....
     besarkan rasa ingin bahagia
        .... Lalu akan kecil lah segala ketidaksempurnaan...
.......
           Hanya DIA yang Maha Sempurna



Wednesday 14 November 2018

..indah dan bahagia

Assalamualaikum wbt buat anak2 mama yg tercinta.. Abg angah n adik.. Apa kabar semua?  Moga sentiasa istiqamah dlm iman. .
Hari ini ingin mama luangkan masa berkongsi bahagia mama ketika menunaikan umrah 23/10 - 2/11 yg lalu..

Alhamdulillah dgn izinNya, mama bermusafir lagi ke sana biarpun tanpa ditemani insan2 tercinta,  tetapi krn rindu yg sentiasa mekar pd baitullah dan junjungan Rasulullah saw mama tekadkan niat dan semangat.

Sudah seminggu mama balik..apa2pun, setelah kembali semula ke Bangi.. mama sendiri dalam fasa rehat dan rawat dalam lebuhraya kehidupan. Betulkan kembali jadual harian, muhasabah apa yang terbabas, terlajak, tersalah. Polish balik emosi yang tercalar, kutip balik hati yang retak jatuh berkeping keping. Iya, kehidupan ini kan ujiannya bersimpang siur. Yang terpaling penting adalah baik pulih hati. Sebab di sini ada nya energi jiwa mama..

Alhamdulillah sewaktu di sana, wlp mama diuji dgn keuzuran yg amat membataskan pergerakan, namun mama tidak mengalah.  Tipulah kalau mama kata tidak mengeluh dgn 'ketidakselesaan'itu..
Namun satu nasihat Rasulullah saw yg mama pegang kukuh di saat hati kecewa. .Allah tidak membebani ujian pd yg tidak mampu. .
Jadi bersyukurlah krn mama dipilih antara hamba2Nya..terus mama redha.. Apatahlagi sahabat mama berpesan doa insan dlm keuzuran pantas dimakbulkan Allah.. sehingga ada dari kalangan jemaah yg datang berjumpa mama mohon supaya mama mendoakan mereka juga. . Allahuakbar!  terasa kerdilnya mama dgn permintaan itu.

Untk pengetahuan anak2. auntie Ros sekeluarga yg banyak menolong dan merawat mama. Keluarga mereka amat membantu dan memahami.. Satu pesan mama sblm terlupa anndainya mama tiada nanti peliharalah ukhuwah anak2 dgn semua sahabat mama

Alhamdulillah semua urusan mama sentiasa dipermudahkan Allah. Especially ketika dlm al-haram.. Dalam kesakitan mama menapak ke sana dgn harapan berada di dataran... selalunya mama akan solat di hadapan mengadap Baitullah tanpa halangan sesiapa. ..Allahuakbar! Besarnya anugerah itu.

Mama nak anak2 tahu setiap waktu mama akan sebut nama anak2 juga nama ayah. . mama luahkan dlm doa bahawa mama rindu sgt dgn kalian...mengharapkan yg terbaik dan dihimpunkan kita bersama dlm firdausi. .setiap kali berdoa kalian adalah yg terpenting dan tidak ditinggalkan sehingga terkadang mama lupa berdoa utk diri sendiri..

Antara hobi mama dlm masjid, duduk di tangga sambil merenung baitullah.  Itulah perlakuan mama setiap kali umrah atau haji. Teringat kata2 arwah nenek ketika pertama kali berumrah pd tahun 1994 kpd mama ' dari kecik sampai besar suka duduk ats tangga.. mai sini pun tak tinggal....'..mama hanya senyum saja saat itu..
Hanya Allah yg tahu betapa tenangnya jiwa dan hati ..Ya semuanya begitu indah dan bersatu dlm rohani.

...anak2 mama ingat tak kenangan kita berumrah pd 2013 bersama atok tokwan Pjang Mjang sekeluarga... Indah sgt kan waktu itu.. Kita sama2 melakukan tawaf. .bersa'i bersama.. Lucunya bila adik kata kenapa nak pusing2 kiub ni. .dah letih nak berhenti boleh? ?Lantas Pjang pegang tangan adik teruskan bertawaf sambil menerangkan apa tujuan ibadah itu.. Abg n angah relax n cool jer.. Selesai rukun kita bertahallul then Pjang ajar cara minum air zamzam mengikut sunnah Nabi. .Mama terharu sgt saat melihat anak2 bahagia. .
Balik dari umrah kita jalan2 di Jordan, ziarah gua al kahfi, dead sea dan pelbagai tempat dan kebetulannya winter. Salji sangat heavy. .Anak2 mama betul2 enjoy bermain salji krn mama dapat merasakan masing2 rindu kawan2 dan snowball matches di UK...alhamdulillah ats anugerah itu..
Hmmm. .panjang pulak story mama kali ini..
InshaAllah mama sentiasa doakan kita dijemput lagi ke sana..might be on november nxt year...doakan sama2

























Tuesday 13 November 2018

Minda tuan Guru

"PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan. Ketahuilah bahawa mudah sahaja bagi PAS untuk mengerahkan  berjuta rakyat di jalan raya, sekiranya Parlimen ini disalahgunakan untuk mengiktiraf  agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera.

Sepatutnya ICERD dihadapkan ke arah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka. Bukan diterimaa di negara Malaysia yang telah wujudbya penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini. Jangan dilanggar lampu merah yang sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan peha."

Ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika membahaskan Bajet 2019 di Parlimen, 13 November 2018.

Monday 12 November 2018

..alone n lonely

..maafkan aku kerna tersalah menilai..sindiran dan hinaan membuatku makin jauh dari mengerti. .kini langkahku tempang.. hatiku bercabang. .
Maafkan aku kerna saat ini dimensi cintaku tidak seperti dulu..

biar ia luruh


..andai bisa untuk aku undurkan ,namun taqdirNya mengatasi segala..
Tingginya harapan bersama impian indah kan berbunga di musim autumn. .
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan. .bagai dedaunan kekeringan luruh menyelimuti bumi england, begitu juga hati dan persaan...nampak indah namun layu..banyak cerita yang mestinya kau saksikan di tanah dingin salju. . 
Airmata tak mampu ditahan mengalir laju dalam kekeliruan. .Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan.. hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti seperti menjadi saksi pengembara kerdil ini menangis sedih dengan doanya moga tiada lagi yg seterusnya. .

Sunday 11 November 2018

..ia mengalir dlm hati

Anggap Saja Hujan ini Adalah Aku

anggap saja hujan ini adalah kenangan,
meski rintik yang sedetik, tapi mampu
mengingatkan

anggap saja hujan ini adalah kerinduan,
meski rintik yang setitik, tapi mampu
mempertemukan

anggap saja hujan ini adalah aku,
meski sudah tak lagi deras, tapi tetap
membekas