Monday 30 April 2018

Nasihat ulama

SURAT TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN AYAH

Kamu juga seperti anak-anak saya,

Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.

Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.

Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga PH.

Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.

Bersama PH juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya.

Kajian politiknya mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.

Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.

Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza. Tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa yang berbeza. Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.

Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya.

Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang.

Saya bacakan untuk semua firman Allah:

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ (46)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain yang akrab), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di Akhirat).” (Surah As-Saba’: 46)

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

“Pengajaran yang diambil daripada sesuatu ayat adalah berdasarkan maknanya yang umum bukan semata-mata bergantung kepada sebab penurunannya yang khusus.”

Beberapa orang yang berusia yang bersama Hasan Al-Banna dan Al-Maududi, masih hidup panjang usianya hanya mengeluh kepada saya. “Apa nak dibuat?”. Jawab saya: “Selamatkan sekadar yang dapat”.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Syaaban 1439 / 30 April 2018

https://berita.pas.org.my/surat-terbuka-kepada-anak-anak-pemimpin-yang-meninggalkan-perjuangan-ayah/

politik n kehidupan

Politik & Kehidupan

Politik ialah sesuatu yang tak dapat dihindarkan dari setiap individu. Dari awal hidup seseorang bermula dengan pendaftaran sijil lahirnya untuk memiliki taraf mastautin disesebuah tempat hinggalah sijil kematian bagi membolehkan seseorang yang telah meninggal dapat diuruskan. Semuanya ditentukan oleh dasar politik.

Kos sara hidup samada harga minyak, makanan, pakaian, lampin,susu dan penjagaan anak, yuran pengajian, kos perubatan, taraf kehidupan sosial, peluang pekerjaan dan segala macam lagi semuanya berkait rapat dengan politik.

Politik itu pula dipegang oleh ahli yang datang dari pelbagai latarbelakang kefahaman. Maksud saya ialah bagaimana institusi asal yang mengajar dan membentuk kefahaman beliau dalam berpolitik.

Biasa kita dengar ungkapan “politik itu kotor”. “Pelajar jangan berpolitik”. “Agama dan politik tidak boleh dicampur aduk”. Dalam keadaan berbeza pula kita dengar “agama dan politik tidak boleh dipisahkan”. Begitu juga ungkapan “menggunakan agama demi kepentingan politik” dan lain-lain.

Satu perkara yang menjadi persamaan semua ini dalam berpolitik ialah memilih kepimpinan dan mengurus hal ehwal tadbir rakyat. Cara untuk capai matlamat ini yang mungkin berbeza.

Kefahaman yang berbeza ini akan membentuk cara ahli politik yang terpilih mengurus tadbir rakyat bawahannya. Maka jadilah urus tadbir tersebut kotor atau bersih, menindas atau membela memberi kesempitan hidup atau kesejahteraan.

Merekalah yang akan terlibat secara langsung dalam menentukan dasar-dasar urus tadbir rakyat dan negara. Justeru berwaspadalah dalam membuat pemilihan.

Dalam membuat pilihan ini kita juga dengar saranan supaya pilih yang paling ringan antara dua mudharat ( أخف الضررين  ). Adakah hanya dua pihak sahaja yang boleh dipilih? Jika kedua-duanya memberi mudharat tidak adakah pihak lain yang boleh memberi maslahah dan manfaat?

Kaedah fiqh ( أخف الضررين  ) ini digunakan pada ketika berlakunya fitnah. Manakala fitnah yang dimaksudkan di sini ialah suasana kacau bilau, huru hara  dan sebagainya yang memberi mudharat kepada kehidupan. Lantaran itu seseorang individu perlu membuat pilihan kepada perkara yang paling kurang impak keburukan yang akan berlaku ke atas dirinya.

Sedangkan dalam syariat Islam pula, syariat itu sendiri adalah merupakan maslahah dan manfaat kepada manusia.  Dalam kata lain ia adalah lawan keadaan dharurat. Maslahah ini ialah segala perkara yang membabitkan hal kehidupan paling asas atau dharuri, keperluan atau hajat, mencantik atau memperelokkan keadaan dan seterusnya memelihara agama, jiwa, harta dan aqal.

Seorang muslim sejak awal lagi faham mengenai tanggungjawab hukum taklif. Sebagai mukallaf yang telah cukup umur, sempurna aqal fikiran, bebas membuat pilihan dan tidak  dipaksa, maka setiap saat kehidupan akan tertakluk dan berada dalam hukum samada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Dalam masjid kita mengabdikan diri pada Allah begitulah juga diluar masjid pada ketika bekerja,  bermain, bersantai dan lain-lain urusan kehidupan duniawi. Hukum yang lima ini tetap kita berada didalamnya. Ganjaran dosa dan pahala tetap menjadi perhitungan akhir.

Dalam senario politik tanah air, PAS sangat konsisten dengan dasar untuk melaksanakan syariat Allah. Yakin bahawa dengan syariat Allah sahaja yang dapat memberi kemaslahatan kepada kehidupan manusia sejagat.

“Celanya” PAS hanyalah kerana hukum hudud yang terdapat dalam syariat Islam yang ingin dibawa. Sedangkan ia hanyalah adalah sekelumit dari kebaikan besar yang ingin dibawa tetapi disalah-ertikan mengikut cara kita memahaminya.

Islam ini bermula dengan lafaz wahyu iqra’ atau bacalah. Jelas sangat kunci untuk memahami agama ini ialah membaca dengan nama tuhan yang menjadikan kita. Dalam berpolitik juga kita perlu membacanya dengan nama Tuhan Yang Menjadikan segala sesuatu.

Usaha murni ini berdepan dengan pelbagai tohmahan dan alasan. Persepsi dibentuk untuk memburukkan bahawa ia bukan keperluan, tidak sesuai, bukan keutamaan dan lain-lain. Apa beza dahulunya persepsi yang dibentuk ialah “ramai rakyat kelantan akan kena potong tangan” dan “abislah batu dan pasir di negeri tersebut digunakan untuk merejam orang.”

Sampai hari ini orang yang membina persepsi ini tetap konsisten dan istiqamah dengan pendiriannya. Malangnya ada kalangan kita yang “mudah lupa” dan terkhilaf dalam memilih wadah untuk beristiqamah.

Kita terperangkap antara perkara benar yang ingin dibawa dengan persepsi sasar yang melalaikan.

Wahai abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak yang aku pernah bersua atas nama Allah. Aku masih disini seperti dahulu. Usia sahaja tidak lagi seperti dahulu. Semakin hari semakin dekat dengan kematian. PAS memerlukan sokongan dan dokongan demi dasar yang dibawa. PAS tetap teguh dengan dasarnya. Pemimpin datang dan pergi. Kekhilafan bukan noktah untuk tidak lagi bersama. Ayuh teguh dan rapatkan semula saf-saf yang ada.

-UNO-

#MalaysiaSejahtera

Saturday 28 April 2018

Thursday 26 April 2018

The journey of PhD

WHAT A PHD IS AND WHAT IT IS NOT

After having completed a PhD degree myself, and having supervised, co-supervised and examined a number of PhD students over the years, I would like to offer some humble advice and pointers to those aspiring to pursue a PhD degree themselves. I find that many students misunderstood the purpose of getting a PhD degree and the commitments and sacrifices that it calls for.

A PhD is the highest academic and research degree from a university. I have seen both remarkable successes and disappointing failures amongst students pursuing this academic accolade. It takes more than just brain power to complete a PhD.

A degree by research is very different from a degree by coursework. A course degree whether at the undergraduate or masters level is heavily structured. A student just have to be disciplined and rigorous in following this predetermined structure regimentally, without much creativity required from him or her. Of course, creativity is demanded from the student in completing assignments and projects but the demand is nothing close to what is required for a PhD degree.

The most important prerequisites for pursuing a successful PhD program are passion, inquisitiveness, creativity, discipline, persistence, perseverance and meticulousness (or attention to detail). I did not mention intelligence not because it is not important, but because it is less important than the other attributes I mentioned. At least, it is in my book. Others may feel differently.

Of those many attributes, I consider passion the most important. Some students start out enthusiastically but loses steam halfway through or towards the end. They lack passion or the love of knowledge. Ever heard of the saying, "when the going gets tough, the tough gets going?" Success in a PhD is simply that. The harder it becomes, the harder you will strive. Sometimes, you do not see the light at the end of the tunnel but you still keep looking for it because you know it is there. When you love what you do, failure is not an option.

Some people do PhD for the wrong reasons. Some take up postgraduate because they could not secure a job after their first or second degree. Some do it because the jobs they have taken up require them to acquire a PhD, for e.g. an academic or a research post. These cannot be the sole reason for pursuing a PhD. You cannot force yourself to do a PhD. You must want to do it badly enough. You cannot force yourself to love something; you must love or want something bad enough to force yourself to get it.

The PhD is an academic journey. There will be failures but mainly successes along your way. You may encounter some foes but mainly friends in the same boat as yourself. It always help to be in a group of students to share both your setbacks and achievements. Working alone in a silo is the worst you can do to yourself. There are certain things you want to discuss with your fellow students that you cannot discuss with your supervisor; matters that are either academic or personal.

Your supervisor is your mentor, guide and consultant, not your teacher. He cannot teach you your PhD knowledge, you have to teach yourself through his guidance and wisdom. He is more your friend than he is your master. He does not dictate to you what you must do, he merely points you in the right direction. At the end of your PhD journey, you would have been more knowledgeable on the subject of your research than your supervisor. I have heard of students not being able to complete their PhD because they could not get along or see eye to eye with their supervisor. This is the worst scenario that can happen to you. If you do not have a supervisor you can work with, you will not get your PhD no matter how good you are or how hard you work. So, choose your supervisor well, not just the university you want to do your PhD in. Just a few months back, I met a doctoral graduate who told me that to be supervised by this one professor carries more prestige among his peers in the working world.

A PhD degree needs sacrifices, especially when you are a family person; a wife, mother, husband or dad. Family is always important and should always be your priority. However, you and your family members must be willing to make sacrifices that are necessary. There can be no gain without pain. That is why when you finally get your PhD degree, your family members can even be happier and more proud of you than you yourself, because it is as much their accomplishment as it is yours. Their sacrifices must be duly appreciated.

So what does it mean when you have a Dr. before your name? Does it mean that you are an expert on a certain subject matter? Hardly so, I think. It means that you are both a seeker as well as a generator of knowledge. It means that you have enriched the world and added on to the vast body of knowledge through your PhD contribution. The world has become a slightly better place from the knowledge that you have contributed through your PhD thesis and publications. The world now knows more on a subject than before you completed your PhD. Your work get referred and cited by other researchers in your field, as they absorb your new knowledge to generate new knowledge of their own.

Your PhD is an end that should be justified by its means. The research methodology, the analysis and the interpretation should justify the conclusion. The new knowledge must have been tested and challenged by your peers and rigorously defended by you. It is an accomplishment unequal by any other feat. Once you have obtained a well-deserved PhD degree, you become your own teacher as self-teaching becomes common practice. You are always curious and tends to read a lot, not just on your subject matter but on everything. You will find doing new things, exploring new frontiers and taking up new challenges more scintillating. In other words, it will change your life and your outlooks forever.

I hope I have inspired some of you to pursue a PhD degree if what you read here is what you really want from a PhD. On the other hand, I hope I have also discouraged others who have a misconception of what a PhD degree entails, so that you will not go down the road of failure. A PhD is not for everyone.

You may share this post if you think it would help people you know in deciding whether pursuing a PhD degree is the right path for them to take.

Credit to: Jamal Hisham Hashim
#PhDJamal

Tuesday 24 April 2018

Dekat tapi jauh

Dekat namun terasa jauh
seperti ketika harus bingung untk kembali memulai
Entah kenapa semuanya seolah kembali ke awal
Dekat namun terasa jauh
 seperti ketika merasakan canggung saat dulu pertunangan
Hanya mampu tersenyum untuk sedikit mereda perasaan 
Dekat namun terasa jauh 
seperti hati yang telah menjadi arang tapi tetap berkeras mau padam
Entahlah mungkin ia ingin menjadi abu yang berdebu
Dekat namun terasa jauh
Seperti terasa ingin melupakan tapi juga ingin bertahan
Seolah semuanya menjadi serba salah untuk dilakukan
Dekat namun terasa jauh
Seperti mencuba mengerti tetapi tidak pernah dimengerti
Pengertian yang sia sia, pengertian yang tidak berharga... 

Sunday 22 April 2018

..sejahtera bersama

Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat

moga rahmatMu melimpah


Hidup ini tidak semudah dan seindah yang dirancang. Banyak liku-liku ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi dan dihadapi. Di sebalik senyuman yang terukir di bibir, tersembunyi pelbagai kisah suka dan duka. Semuanya mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah. Jangan hilangkan kebergantungan kita kepada Allah. Berserah dan bertawakkallah kita kepadaNya. Selalulah bersyukur dan berterima kasih. Jangan sekali-kali kita berburuk sangka padaNya. Semoga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat dan kasihan-belasNya.
حسبنا الله ونعم الوكيل, نعم المولى ونعم النصير۔

.........
Andainya dapatku ekspresikan kehidupanku dlm lukisan spt Van Gogh. .keperitan dan kepedihannya dihargai setelah tiada. .
namun, aku hanya mampu mencorak jauh di sudut hati tanpa diterjemahkan krn aku tidak mampu utk menyakiti sesiapa. .Cukup di penghujung usia yg berbaki menghargai segalanya.. Moga rahmatNya sentiasa melimpahi

Saturday 21 April 2018

Innalillah...

اغتيالات منذ بداية العام 2018..

*م. هشام سليم مراد*، طالب لبناني تخصص فيزياء نووية تم اغتياله في فرنسا بتاريخ 28-2 -2018

 *حسن علي خير الدين*، طالب لبناني في كندا تم اغتياله بتاريخ 25-2-2018 بسبب اطروحة الدكتوراه حول سيطرة اليهود على الاقتصاد العالمي، وقد تم تهديه قبلها إن استمر في بحثه حول اليهود.

 *م. ايمان حسام الرزه*، نابغة فلسطينية وجدت جثه هامده بتاريخ25-3-2018 ، وتعمل مستشاره في الكيمياء، قد ابتزها ضابط مخابرات اسرائيلي قبل مقتلها بفترة وجيزة.

 *د.م. فادي محمد البطش* فلسطيني، دكتور و مهندس في الهندسة الكهربائية تم اغتياله فجر السبت 21/4/2018 أثناء توجهه لصلاة الفجر في ماليزيا وهو حاصل على جائزة أفضل باحث عربي.
#اغتيال_العقول
Tak terucap dek lidah dan terasa pedihnya hati ini melihat wajah kecil ank2nya..terdetik di fikiran mcm mnakah nanti kehidupan isteri dan anak2nya..Allah ya Rabb. .
...Allah sebaik2 perancang..


Friday 20 April 2018


Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Walau dlm apa jua keadaan.
Dan dlm apa jua ketika.
Segala puji bagiMu ya Allah.
#pujuklahhati
Alhamdulillah ..proposal research dgn Kuwait Univ dah siap..report tesis UMK settled... Prepare utk grant GUP pulak, then artikel jurnal.. hmmm everything on my plate. . yg penting let water under the bridge spt pesan SV aku dulu
Rabbi yassir wala tu'assir watammim bil khayr

Thursday 19 April 2018

Doaku

Allahumma amin ya Allah

Shukran..

Penawar hati yang sangat mujarab telah aku terima lewat petang ini saat  diri sangat tak bermaya....
Hadiah dari seorang sahabat yang sangat istimewa di hati..

Tuesday 17 April 2018

..mencari sirna di penghujung usia

           ...kulangkahi jua walau ditusuk sembilu. .walau perit menyilu..kerna ku yakin tiap  lukaku pasti diganjariNya. .. . keperitan itu mengajar erti kebahagiaan.. Tiap yang Allah duga, pasti punya hikmah yang tersembunyi..
...terus mewarnai kanvasku biarpun warnanya tidak seindah dan seceria dulu...
...bila maqam sufla tetap di bawah..ia tidak akan ke ulya. ..
..menilai kehidupan dengan penuh harapan biarpun berseorangan. .

Monday 16 April 2018

..menilai kehidupan

..tiada kekuatan utk kuharungi tanpaMu ya Rabb. .seringkali memujuk rasa namun saban waktu dihina..

Sunday 15 April 2018

Camp arabic communication

Alhamdulillah selessi sudah bengkel kursus baru Bahasa Arab utk siswazah di Bayou Lagoon Melaka. .Moga Allah merahmati kami semua




















Monday 9 April 2018

Hello spring

Missing this place so much.. beautiful n lovely at NCL upon Tyne

gendang sudah dipalu