Wednesday 31 January 2018

Syurga Allah

Dlm lapan lapan syurga dibawah ni..syurga manakah yg ditarget dan ingini...(pilih satu sahaja)..semoga Allah maqbulkan..karena syurga ..kita hidup di dunia..bukan benda lain

..
Tahukah anda! Nama-nama Syurga yang disebutkan di dalam al-Quran :

 1- Syurga Firdaus ( الْفِرْدَوْسِ ) , iaitu syurga yang terringgi sekali darjatnya di antara banyak syurga. Dari syurga inilah mengalirnya sungai-sungai syurga. Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 107 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."

Syurga ini dicipta Allah dari emas yang merah.

 2- Syurga Adnin ( عَدْنٍ ) . Firman Allah swt :

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
Bermaksud:
"Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;" [Sod: 50).

Syurga ini dicipta oleh Allah dari mutiara yang putih.

 3- Syurga Naim ( النَّعِيمِ ). Syurga ini banyak sekali disebutkan secara tegas di dalam al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." [Surah al-Qalam: 34]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari perak yang putih.

 4- Syurga Makwa ( الْمَأْوَىٰ ). Di antara firman Allah swt tentang syurga al-Makwa ialah:

عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

Maksudnya:
"Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". [Surah An-Najm, Ayat 15]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari zamrud yang hijau.

 5- Syurga Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ). Allah berfirman:

لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya:
"Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan." [Sura Al-An'am, Ayat 127]

Syurga ini dicipta Allah dari yakut yang merah yakni sejenis permata yang mahal. Kata 'Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ) bererti tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan, iaitu di rumah Allah dan juga merupakan salah satu dari nama-nama Allah 99 itu.

 6- Syurga Darul-Muqamah ( دار المقامة) . Firman Allah tentang syurga ini terdapat dalam Surah Fatir ayat 34 - 35:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ [Ayat 34]

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ [Ayat 35]

Maksudnya: "Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);" [Ayat 34]

"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal (syurga), dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu". [Ayat 35]

Dinamakan Darul-Muqamah kerana orang-orang yang masuk di dalamnya akan tinggal selama-lamanya dan tidak mati.

 7- Syurga al-Maqamul Amin ( مقام الأمين) sebagaimana yang difirmankan Allah swt :

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa (Syurga). [Surah Ad-Dukhan: 51]

Di Maqamul Amin penuh dengan kedamaian, jauh dari segala keburukan dan hal-hal yang dibenci.

 8- Syurga Khuldi ( الْخُلْدِ ) . Allah berfirman mengenai syurga ini:

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً وَمَصِيرًا

Maksudnya:
"Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi m,ereka sebagai balasan dan tempat kembali." [ Al-Furqan : 15]

Syurga ini dicipta Allah swt dari marjan merah dan kuning.

Tuesday 30 January 2018

Solat gerhana bulan

RINGKASAN TATACARA SUNNAH SOLAT GERHANA

KAEDAH SOLAT:
2 rakaat, setiap rakaat 2 ruku’, serta dipanjangkan bacaan, serta dipanjangkan ruku’ dan sujud.

Rakaat pertama:
-    Takbir.
-    Baca al-Fatihah, kemudian baca surah panjang.
-    Ruku’ lama.
-    Bangun i’tidal (سمع الله لمن حمده...).
-    Baca al-Fatihah, kemudian baca panjang yang kurang sedikit dari yang sebelum.
-    Ruku’ lama, namun tidak selama ruku’ sebelum.
-    Bangun i’tidal (سمع الله لمن حمده...).
-    Sujud lama 2x (macam biasa, diselangi duduk antara dua sujud).
-    Bangung berdiri untuk rakaat kedua.

Rakaat kedua:
-    Sama seperti rakaat pertama.
-    Diakhiri dengan tasyahhud dan salam.

FAEDAH TAMBAHAN:
1.    Solat gerhana hukumnya sunat yang sangat dituntut (sunnah muakkadah).

2.    Dituntut menunaikan solat gerhana ketika melihat proses gerhana sudah berlaku.

3.    Sunnah melakukan seruan: “الصلاة جامعة!” (mari solat berjemaah!) memanggil orang ramai bersolat.

4.    Keluar menunaikan solat dalam keadaan takut akan kekuasaan Allah atau hari Kiamat.

5.    Dahulukan solat fardu jika bertembung waktu.

6.    Jika makmum sampai masjid dan solat bersama jemaah dengan niat solat fardu, kemudian mendapati imam rupanya sedang melakukan solat gerhana, makmum perlu mufaraqah (keluar jemaah) kerana sifat (tatacara) solat yang berbeza. Setelah selesai solat fardu, boleh “join” bersama jemaah solat gerhana.

7.    Imam disunatkan membaca secara kuat (jahr) berdasarkan hadis riwayat al-Bukhariy, namun boleh juga dibaca perlahan (sirr).
Jika imam membaca panjang, digalakkan membaca secara kuat supaya makmum dibelakang dapat mengikuti.

8.    Sebelum solat imam digalakkan untuk memberi taklimat kepada makmum tentang ringksan kaifiat solat gerhana yang akan mereka lakukan, kerana dikhuatiri menimbulkan kekeliruan disebabkan ramai masyarakat yang tidak mengetahui perihal solat gerhana ini.

9.    Sunnah membaca surah panjang, sekaligus memanjangkan solat sehingga habis gerhana. Imam boleh menganggarkan berdasarkan ramalan pihak berautoriti.
Namun imam perlu meraikan suasana zaman kini yang ramai masyarakat yang jahil dan lemah iman serta tidak mampu bertahan lama dalam solat.

10.    Jika tidak membaca surah selepas bacaan al-Fatihah atau terlupa baca, solat tetap sah.

11.    Jika makmum terlewat datang, lalu terlepas ruku’ pertama pada mana-mana rakaat, maka dia telah terlepas rakaat tersebut. Maka perlu bangun selepas imam salam menggantikan rakaat yang terlepas, iaitu 1 rakaat ganti mengandungi 2 ruku' (Dianggap 1 rakaat hanya jika sempat 2 ruku’ pada rakaat tersebut).

12.    Digalakkan imam memberi khutbah selepas solat yang mengandungi peringatan supaya manusia kembali dan takut kepada Allah dan hari akhirat.

13.    Jika masih ada masa terluang selepas tamat solat dan khutbah, digalakkan untuk terus berzikir mengingati Allah, beristighfar dan berdoa sehingga tamat gerhana.

14.    Manakala jika sedang solat, gerhana pun berlalu pergi, maka hendaklah disempurnakan segera solat gerhana tersebut secara ringkas.

15.    Solat gerhana lebih mulia dilaksanakan berjemaah di masjid, namun jika seseorang itu solat bersendirian, ia tetap sah.

16.    Boleh bagi mana-mana wanita yang ingin menunaikan solat gerhana di masjid, dengan syarat mematuhi garis panduan syarak.

17.    Jika gerhana telah berlalu, tamatlah waktu solat gerhana.

18.    Disunatkan ketika gerhana untuk memperbanyakkan doa berlindung dari azab kubur, takbir dan sedekah.

ANTARA HADIS BERKAITAN SOLAT GERHANA:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ، فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ
مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا، ثُمَّ قَالَ: يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا!

Dari ‘Aisyah RA berkata: “Pada masa Rasulullah SAW, telah terjadi gerhana matahari. Kemudian Rasulullah SAW solat bersama masyarakat. Dalam solat, Nabi SAW berdiri dengan sangat lama.
Kemudian ruku’ yang sangat lama juga.
Kemudian baginda kembali berdiri lama, tapi lebih singkat dari berdiri yang pertama.
Lalu baginda ruku’ lagi dengan lama, tapi lebih singkat dari ruku’ yang pertama.
Setelah itu, Nabi sujud dengan sangat lama.
Baginda melakukan hal yang sama pada rakaat kedua.
Setelah solat, matahari telah kembali tampak jelas.
Setelah itu Nabi menyampaikan khutbah yang dimulai dengan memuji dan meuliakan Allah. Baginda pun bersabda: Matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Dua gerhana tersebut muncul bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihatnya, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah!
Nabi melanjutkan peringatannya: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina. Wahai umat Muhammad! Demi Allah, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis!” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Kemudian Nabi memerintahkan para sahabat untuk berlindung kepada Allah dari seksa kubur” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Jika kalian melihat gerhana, segeralah berzikir, berdoa, dan meminta pengampunan-Nya” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Nabi berdiri sangat lama kira-kira seperti membaca surah al-Baqarah” [riwayat al-Bukhariy].

Dalam riwayat lain: “Aisyah berkata: Aku belum pernah sujud dalam solat lebih lama dari ia (ketika solat gerhana bersama Nabi SAW)” [riwayat al-Bukhariy].

Kredit Artikel:
Kamilin Jamilin - Seni Hadith

Kredit Grafik:
Rumaysho.Com


Sunday 28 January 2018

Catatan rindu Ammar Aiman

..Tiap waktu dgn izinNya aku sebut namanya dlm doa.. Tanpa putus.. Tanpa jemu. .
Dan hari ini menatap nota dari anakandaku yg jauh di mata. ..tak terungkap rasa dlm hati ini.. Hanya Dia yg Maha Mengetahui. .
Ya Rabb.. jadikanlah kerinduan kami sbgai ibadah di sisiMu😭😭😭

Assalamualaikum mama, sihat, mama buat apa,  dh makan... Aiman secara jujurnya aiman bkn seorng lelaki yg baik dlm kata2(not good in words)pertama kali aiman nk minta maaf dari dulu smpai skrng dri jung rambut smpai ke hjung kaki... Sbb Aiman tau dulu mama susah jaga kami 3 org tanpa seorng suami Setiap sorng ada prangai masing2 walaupun mama Penat melayan kerenah kami lagi2 aimn mama tetap sabar... Bila aiman fikir2 balik bnyk Benda yg aiman buat kt mama,  aiman ingat lagi waktu tu aiman kluar rumah mlm2 sbb mama x kasi izin main ps1 waktu tu aiman marah balik kt mama smpaikn mama suruh Abang cari aiman kt luar Pastu bila aiman balik aiman langsung x minta maaf kt mama aiman biarkn mama nangis sorng2 kt bilik smpai esok... Waktu tu aiman tau nnti esok akan okey mcm biasa tapi... Aiman lupa hati seorng ibu Itu apabila disakiti walau apapun cara yg dgunakn x leh kembali pada Asalnya sebagaimana sebuah pagar yg dtanam paku, dkluarkn balik still Akan ada kesan nya,  ikut kn hati aiman nk tulis  semua kesalahn yg aiman ingat tapi... Aiman rasa Benda yg lepas biarkan la lepas kita focus kn yg di hadapan kita kn😊jadi yg trakhir aiman just nk mama tau aiman ni bknla seorng yg luahkn prasaan dari prbuatan... Aiman pun x tau aiman jenis yg mcmana😥🙂tapi aiman nk mama ingat smpai bila2... "Aiman akan selamanya sayang mama" aiman kasi tau ni sbb aiman takut d'antara kita ada yg pergi menghadap Allah swt dulu... Kn ajal x mengenal usia, mama jgn rasa pelik atau takut sbb Aiman tiba2 mcm ni lagipun ni bkn dlm cerita bdk2 tahfiz lain luahkn prasan smalam esok meninggal ni just aiman x prnah minta maaf  kt mama jadi aiman nk ambil peluang ni sblm trlmbat... Jadi semoga mama maaf kn aiman ni yg sgt2 brdosa kt mama and last sekali semoga aiman dpt chat dgn mama esok... Selamat malam... My only queen😊😊😊

Rindu those memories

Assalamualaikum... Dedicated To All those Born in 1960's, 70's, 80's.
Without any maids, our mothers cooked, cleaned and took care of the whole family. They still had time to chat with neighbours
.
Everyone had candy floss, fizzy drinks and shaved ice with syrups. Diabetes were rare and aspirin/panadol cured all illness
.
We rode adult's bicycle to school, the richer ones had their own mini-bikes. Ironically, we all had problems with our brakes, and after running into the bushes a few times, we learned how to solve the problem
.
Prefects were a fearful lot ...more fearful than the teachers. Detention class was like going to prison for a day. We had "public canning" in schools.
NO ONE ever won the big prices on "Tikam". It was a scam but it did not stop us coming back for more
.
Motorbikes were rode without helmets. It was rare to ride a private taxi. Taking a bus was luxury - we either cycled or walked everywhere.
We drank water from the tap and NOT from bottles.
We spend hours in fields under the sun, playing football or flying kites, without worrying about UV ray. It did not affect us.
We roamed free catching spiders and did not worry of Aedes mosquitoes. We kept our spiders in match boxes and ready for a fight anytime.
With mere 5 pebbles, girls played endless games and with a tennis ball, boys ran like crazy for hours
.
When it rained, we swam the drains & canals to catch "ikan keli", none of us were dissolved in rain.
We shared one bottle of soft drink with friends, NO ONE actually worried about catching anything.
We ate salty, sweet & oily foods, bread had real butter and sometimes condense milk. We enjoyed very sweet coffee, tea, and "ice kacang" but we were not obese because.......
 WE WERE OUT PLAYING ALL THE TIME!!
We left home in the morning and played all day till hunger drove us back home. When needed, our parents knew how to find us. NO ONE actually watched over us and WE ALWAYS WERE SAFE.
WE DID NOT HAVE HANDPHONES BUGGING US.
We did not have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no internet.
WE HAD FRIENDS.

By Afdlin Shauki

Saturday 27 January 2018

Jangan berpaling arah

Seringkali Allah bagi kita sentap dengan ujian yang dihadapi...dengan insan tersayang..
 dengan orang sekeliling ..agar kita membina hidup yang lebih cemerlang....tiada apa yang mustahil untuk dicapai....carilah kekuatan dan sokongan dari Allah...
Tiada hadiah yang paling berharga dari Allah dengan tawakal yang kita berikan kecuali sebuah KEJAYAAN....

Binalah jiwa yang KENTAL

Rezeki itu urusan Tuhan


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

Minda professional

*PENGGUNA SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KENAIKAN OPR*


Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya menaik Kadar Faedah Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% sebagaimana pengumuman BNM hari ini. Dalam kenyataan BNM menjelaskan bahawa kenaikan OPR itu antara lain adalah untuk menormalkan suasana penggunaan kewangan negara.

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (PAS) telah beberapa kali menegaskan pandangan kami, termasuk yang terbaru pada 23 Januari 2018, bahawa OPR tidak sepatutnya dinaikkan pada tempoh ini walaupun keadaan ekonomi yang tumbuh dan dalam momentum menaik sekarang. Walaupun beberapa penganalisa telah menjangkakan kenaikan ini, PAS tetap berpandangan ianya tidak produktif kepada pasaran dan pengguna.

Meneliti kenyataan BNM tersebut, kami berpandangan tindakan terbaru dari BNM ini dibuat dalam keadaan pra-matang dan bukannya tindakan yang terdesak. Ini berdasarkan kenyataan BNM bahawa ianya bertujuan sebagai langkah awal (pre-emptive) untuk menormalkan suasana penggunaan kewangan bagi mengelak tekanan inflasi. Langkah ini dilihat tidak mesra, khususnya kepada pengguna. Walaupun ekonomi tumbuh mapan sekarang, namun hakikatnya pengguna masih dalam keadaan tertekan. Suasana tertekan pengguna ini boleh dilihat dengan data terkini Indeks Harga Pengguna (CPI) dan kadar tabungan rakyat. Mengikut Jabatan Statistik CPI untuk Disember 2017 terus naik iaitu sebanyak 3.5% berbanding setahun lalu.

Jesteru itu BNM sepatutnya memberi lebih masa dan ruang agar pengguna boleh membuat penyesuaian dan normalisasi dalam suasana pasaran yang menekan sekarang. Apa lagi bilamana BNM sendiri menyatakan bahawa kenaikan ini hanyalah langkah awal bagi menormalkan suasana penggunaan kewangan. Ini bermakna ianya bukanlah langkah terdesak yang, tidak boleh tidak, perlu dilakukan. Sepatutnya BNM perlu lebih bertimbang rasa dalam tindakan pengawalannya, tanpa menjejaskan pasaran.

Dengan tindakan terbaru ini maka peluang kepada pengguna untuk memperolehi sedikit ruang bertenang bagi menyesuaikan diri dengan tekanan pasaran telah terhapus. Lebih parah lagi pendapatan boleh guna pengguna juga akan berkurangan yang akhirnya akan merencat penggunaan domestik. Dalam suasana ini, PAS mencadangkan kepada semua pengguna agar meningkatkan lagi hemah dalam perbelanjaan dan memaksimakan langkah untuk menabung bagi mengambil peluang daripada OPR yang baharu ini.


*MAZLI NOOR*
Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

09 Jamadil Akhir 1439H
26 Januari 2018

Thursday 25 January 2018

Please use technology wisely.


Hi abg angah n adik...please catch up what i jst trying to say..
I have been saying this for a while now...
People no longer know how to communicate face to face. You go to a restaurant or anywhere out in public and over half of the people are not even speaking. They are  just looking down at their phones looking for validation, or to see how others "live", or to see how many "likes" their post received and "friends" they have or can acquire. I also think that in this day and age of social media, it has hurt a lot of relationships. The first thing we ( I am guilty ) do when we wake up, or when we go to sleep is check our phones, when the most important person/s is right next to us. Its funny how we miss the message and pick out what isn't the message, just to feel right...Technology will always be here but we Dont need to base our existence, relationships, connections, self worth and what makes us human solely on it that we incomplete without it...
I know the phone and technology becomes a necesity in the life, rather than bonus we can use sometimes, and we forgot what real friendship is. And thats so true. Friendships now are on facebook insta and so on. Sometimes to post your feeling is much more important than enjoy them. And everyone post just the good feeling, how well he is and everyone that watching that photo will feel alone because he is not as happy as his friends is...no one post photos when he fall down or when is crying and everyone will see how good life he/she has. And this is wrong. Not the other life is important, what he does and what not. Our life is much more important. To get out our confort zone to learn something new and to be happy with what you are and happy with your defects as well. Thats what i am saying. Thats why I say that everyone will be happy if the batteries are low. Maybe you can make true friendships, who will help you when you need it and not just pushing those like buttons which means if you have a lot that is so “awsome” and we are measuring our life in likes. If someone has only a few than probably we wont even talk with him. And this is wrong. ..

Tuesday 23 January 2018

Minda professional

*PERINGATAN KEDUA: JANGAN NAIKKAN KADAR FAEDAH*


Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat pada hari Rabu 24 Januari 2018. Antara topik hangat yang ditunggu oleh pasaran dan penganalisa adalah samada MPC akan menaikkan kadar faedah untuk Malaysia, bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi sekarang, sebagaimana yang telah dilaporkan. Sekiranya berlaku kenaikan Kadar Faedah Semalaman (OPR), ianya akan berkuatkuasa pada hari Khamis 25 Januari 2018.

Berkaitan dengan spekulasi kenaikan OPR ini, PAS telah pun menyatakan dengan tegas pandangan dan gesaan kami bahawa berdasarkan senario pasaran dan ekonomi Malaysia sekarang, kadar faedah tidak harus dinaikkan. Melalui kenyataan Lujnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat pada 21 November 2017 lalu, antara lain kami menegaskan beberapa faktor yang perlu BNM ambil kira untuk tidak menaikkan kadar faedah iaitu data isi rumah Malaysia yang masih tidak stabil, petunjuk ekonomi Malaysia yang juga semakin merosot sebagai contohnya suasana pasaran hartanah yang makin lembab dan menuju kejatuhan, parameter bank iaitu Nisbah Pinjaman Deposit (LDR) yang tinggi melebihi 90% dan kadar simpanan rakyat Malaysia yang amat rendah.

Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik terutama untuk 4 suku tahunan yang terakhir, yang mana akan mencetuskan tekanan inflasi, namun PAS berpandangan faktor kos sara hidup adalah elemen yang amat penting yang perlu diambil kira sebelum memutuskan sebarang kenaikan OPR. Ini adalah kerana kebarangkalian tinggi bahawa sebarang tekanan inflasi yang berlaku adalah dicetuskan oleh kenaikan kos yang bersifat sementara dan akan menuju normalisasi. Oleh itu untuk mempastikan tiada tindakan pra-matang oleh BNM yang bakal merencat pasaran dan membebankan pengguna, sebagaimana kenyataan kami yang terdahulu, PAS menyarankan OPR dikekalkan sehingga sekurang-kurangnya Suku Ketiga 2018.

Walaupun tidak dinafikan bahawa kenaikan OPR mampu menggalakkan tabungan, namun dalam suasana pasaran sebagaimana yang kami jelaskan terutama trend LDR, maka sepatutnya pengguna diberikan ruang bertenang ke arah normalisasi sebelum diketatkan dan ditekan dengan kenaikan OPR.


*MAZLI NOOR*
Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.


_06 Jamadil Akhir 1439H_
23 Januari 2018

Friday 19 January 2018

Sanah sa'idah my honey❤❤

Sanah helwah to my love.. Moga sentiasa dilimpahi barakah n rahmah Allah swt.. Juga ditingkatkan iman dan taqwa.. Selamat beribadah di usia yg berbaki ini..
I love you so much!







Monday 15 January 2018

Saturday 13 January 2018

..sunshine

Enjoy my day wth beloved son!

Friday 12 January 2018

Thursday 11 January 2018

..Innalillah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
...mendapat kabar kawan honey menemui Pencipta di hari Jumaat yg mulia.. sempat ziarah almarhum minggu lepas.. serasa spt semalam baru bertemu..
Moga Allah mengampuni dan merahmatinya dan ditempatkan bersama para salihin..

Di  dunia,
Hanya  tempah  persinggahan kita sekejap.
Sebab Allah menetapkan  akhirat tempat  kita selama-lamanya.

Di  dunia,
Hidup  dihiasi  dgn    pelbagai pangkat, kuasa  dan harta.
Tapi  di  akhirat, kita digarisi dgn  tempat yg berlatarkan status ketaqwaan.

Di  dunia,
Penuh  dengan  pelbagai  kepenatan.
Penat  mencari  rezeki, penat  dgn  pelbagai tuntutan
Hanya  di  akhirat, tempat  kita berehat.

Sampai  masa Tuhan pasti mengambil  kita kembali padaNya

Wednesday 10 January 2018

..tautan rindu NCL

Ukhuwah ketika di Newcastle upon Tyne kembali mekar.. ❤❤
sementara menunggu yg lain.. kita lunch dulu😂😂

Tuesday 9 January 2018

I'm at work! 💻👿💻😖💻😒💻😂 😭💻😂💻😖💻😱💻

...marking season for final exam is coming.. So that i should be mentally,  physically and happily prepared for it!! 😍😍😍

..tiada ganti

.....
❤❤❤
Hendak meluah semua, tetapi sedikit sekali yang keluarnya. Maknanya hapus lidahnya kelu. 

Bersuara memerlukan ruang untuk didengari, sama ada didengari atau tidak akhirnya tetap akan pergi. Itulah takutnya lagi hiba. Khuatir maknanya disalahfaham, khuatir cetus pelbagai persepsi.

Kerana hadirnya ia dalam lubuk hati.

..tidak mahu aku tinggalkan

Walaupun UKM berubah dan diperindah ..namun, udaranya  tak senyaman dulu tapi melihat sekeliling terasa2 hadirmu dan rentetan perjalanan hidup yg telah lama kutinggalkan...
yg pasti hanya tinggal kenangan sbg pengalaman  terindah dlm hidup yg sementara...
..di hadapan nama jabatan sebelum ditukar kpd nama pusat kelestarian turath islami.. Pastinya aku tetap setia dgn Quran Sunnah

Di sini kami bersama melangkah dan meneruninya ketika ke masjid especially bln ramadhan

 Dulunya.. Burhanudin Helmi di atas bukit antara kamsis singgahan sementara kami..
Bulatan ilmu yg menyimpan rindu dlm kalbu..

..aku bersama insan2 yg menjadikan hidupku indah.. 

Monday 8 January 2018

Senja di Wales❤❤

Senja tak pernah salah...
.. Hanya kenangan yang kadang membuatnya basah...
 Dan pada senja, akhirnya kita mengaku kalah..
Senja.. di situ ada kenangan.. di situ ada kesepian.. 
Senja.. Aku lewatimu dengan warna yg memudar.. Namun, tidak mengapa kerna aku sudah membina tabung rindu..terkadang aku buka tabungan itu dengan senyuman kerna  mengharapkan hadirmu..










Minda Tuan Guru

Kenyataan Media Presiden PAS

ISLAM MENDAHULUI KONSEP PEMBAHAGIAN KUASA

Tun Salleh Abas, tokoh besar peristiwa kehakiman negara pernah meminta saya mencari nas asal dalam Tafsir Ibnu Kathir yang dibacanya daripada terjemahan Bahasa Inggeris yang menegaskan peristiwa kehakiman yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawa Islam mendahului Eropah melaksanakan konsep pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara.

Ya! Ini dilaporkan dalam riwayat Ibnu Kathir, Musnad Imam Ahmad, Sunan Abu Daud dan Al-Nasaie yang menceritakan peristiwa Rasulullah S.A. W bersetuju membeli seekor kuda daripada seorang A’arabi (badwi). Oleh kerana berlaku dicelahnya perkara lain yang sengaja dilambatkan walaupun masih berada di tempat dan masa yang sama atau majlis yang sama, tiba-tiba si badwi itu mahu menjualnya kepada orang lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi.

Meskipun berlakunya ketidaksopanan Badwi itu mengikut hukum agama dan adat yang sepatutnya diakui pembelian Rasulullah S.A.W, namun dalam perselisihan ini dilakukan perbicaraan kehakiman. Apabila diminta saksi, maka Khuzaimah R.A tampil menjadi saksi, akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah S.A.W.

Di sini menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara, bahkan seorang Rasul yang telah dilantik oleh Allah S.W.T tidak menggunakan kesempatan kuasa dan kedudukannya, tetapi menyerahkan kepada kehakiman yang sebenar tanpa gangguan, lakonan atau ada dalang di sebalik tabirnya.

Konsep ini dilaksanakan oleh kerajaan Islam selepasnya seperti peristiwa Khalifah Saidina Ali K.W.H dihakimi kerana barangnya dicuri oleh seorang rakyat bukan Islam beragama Yahudi sehingga dibela Yahudi itu apabila ketua negara tidak boleh mengadakan saksi. Berlaku juga pada zaman Khilafah Uthmaniyyah apabila Sultan Muhammad Al-Fateh dihukum kerana ketelanjurannya terhadap seorang rakyat beragama Kristian.

Pembahagian kuasa atau dalam Bahasa Arab disebut (الفصل بين السلطات) dan Bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam pengurusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (eksekutif), Perundangan (legislatif) dan Kehakiman.

Ia bertujuan untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa atau fungsinya dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Sebenarnya pihak Barat hanya mengenali demokrasi, sistem pilihan raya, pentadbiran dan kehakimannya daripada sejarah Greece Purba (Yunani) sebelum Masihi yang dilakukan pembaharuan selepasnya.

Contoh awal konsep ini di Eropah adalah ditemui teorinya dalam karya-karya Aristotle. Pada tahun 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke dalam “The Second Treatise of Civil Government” pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya, "The Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.

Namun masih lagi dibayangi oleh kelemahan manusia tanpa hidayah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang ditinggalkan, menyebabkan masih dibayangi diktatorship dan ketuhanan syirik yang belum mampu menegakkan keadilan, ketelusan dan hak yang sebenarnya, termasuklah amalan pilihan raya yang bebas dan telus belum dikenali, kerana sebelum ini mereka menegakkan negara secara revolusi yang mencetuskan perang saudara di England, Perancis, Amerika dan lain-lain negara yang memakan korban raja-raja, pemimpin dan rakyat. Perubahan sebenar berlaku setelah para Orientalis mengkaji sejarah Islam dan ilmunya yang ditulis oleh para ulama Islam.

Kononnya dunia Barat sangat tegas memberi kuasa kepada Badan kehakiman, berdalilkan Skandal Watergate (1972-1974) yang memecat Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon bagi menunjukkan amalan ini. Namun konsepnya masih tidak istiqamah (konsisten) kerana tidak ada roh aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Hari ini politik mereka boleh melantik Presiden yang bodoh disebabkan pengaruh politik wang. Media dan pengurusannya diganggu oleh pengaruh minoriti Zionis yang menguasai ekonomi dan media yang memayungi apa sahaja tindakan di bawahnya, sehingga berlakunya pemecatan Peguam Negara dan lain-lain di Amerika.

Peristiwa krisis kehakiman tahun 80-an di negara kita telah menjadi sejarah hitam, dan diikuti mata rantai selepasnya, sehingga berlaku peristiwa merempuh perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan kemudiannya Kelantan. Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil.

Mutakhir ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dalam menitik hitam itu termasuk kelompok oportunis yang menjadi pengampu dan syaitan bisu, hanya mengangguk kepala tanpa mencegah kemungkaran. Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya.

Perjuangan PAS adalah meminta perubahan secara islah berprinsipkan Islam dan konsepnya yang sempurna, bukan sekadar menukar kerajaan seperti menukar baju daripada jasad yang masih tidak mandi untuk membersihkan diri dan jauh sama sekali berkonsepkan semata-mata menggulingkan kerajaan atau merampas kerusi sahaja tanpa menukar dasar, konsep dan pendekatan.

Jangan kita mengambil contoh daripada ahli neraka yang saling mengutuk di antara satu sama lain setelah dihumban ke dalam neraka, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah:

قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فََٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ ٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ الأعراف

“Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda daripada (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (39)” (Surah Al-Aaraf: 38-39)

Demikianlah Allah menceritakan peristiwa sebenar di Hari Akhirat yang mesti berlaku kerana janji Allah itu adalah benar. Iktibarnya supaya kita bertaubat di dunia dan melakukan perubahan yang bukan sahaja mendapat fadilatnya diampunkan dosa, bahkan diberi keberkatan dan perubahan yang membawa kepada kebaikan di dunia serta diberi pahala pula di Hari Akhirat nanti.

Dalam sejarah Islam dicatatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz daripada Dinasti Umayyah telah melakukan perubahan islah tanpa menggulingkan kerajaannya. Begitu juga Sultan Ahmad bin Tolun di Mesir yang zalim berubah menjadi adil setelah dinasihatkan oleh Sayyidah Nafisah R.A, seorang ulama muslimat di zamannya tanpa digulingkan kerajaannya. Sejarah Sultan Qutuz daripada Dinasti Mamalik juga berubah dan berjaya.

Sultan Salahudin Al-Ayyubi daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil pendekatan awal memuji Khalifah Fatimiyyah daripada kalangan Syiah kerana menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya berjaya melakukan perubahan dalaman umat secara damai tanpa berlakunya perpecahan dalaman negara dan umat, seterusnya menempa sejarah memimpin pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Salib setelah berjaya melakukan perubahan dalaman secara islah.   

Kesimpulannya bahawa tanpa pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara bukan sahaja merosakkan kehakiman, bahkan merosakkan urusan pentadbiran, politik, ekonomi, termasuk keselamatan, keamanan dan pertahanan negara. Kita mengalu-alukan perubahan dilakukan bila-bila masa sahaja sebelum pilihan raya, bukan sahaja menunggu di tengah pilihan raya dan selepasnya.

Firman Allah:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)

PAS berpolitik berwawasan Akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah sebelum keredaan manusia. PAS menolak budaya politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatangnya dan jauh sekali daripada politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buahnya, tanpa peduli rakyat menjadi mangsanya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 21 Rabiul Akhir 1439 / 9 Januari 2018

..heavy dinner💄

Alhamdulillah.. 
Rezeki dari Allah setelah keletihan seharian di luar UKM.. Terima kasih MakNdak😍❤❤

The key to a good meal is simplicity and the right seasoning...

Sunday 7 January 2018

..cherry blossoms

..sebelum ditinggalkan😭😭😭 honey bawa dating ❤😊..
..shopping groceries.. paling best dapat  🍒 ..teringat kenangan suatu waktu dulu di NCL upon tyne, on the way ke school aku tak lepas peluang petik cherry..biasanya bln Oct dah banyak berbuah..  Mesti ambik lebih cz nak bagi kt Lubitha kawan aku dari Prague.. 


Life is like a bowl of cherry.. fragility n beauty.. 




I love him like the first time every time...Like the first time all the time...




Pesanan Sayyidina Ali

🌹"Jadilah orang yang paling baik dalam pandangan Allah. Jadilah orang yang paling buruk dalam pandangan diri sendiri. Jadilah orang yang biasa saja dalam pandangan manusia"🌹

🌸Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah🌸