Tuesday 28 May 2019

hadiah terakhir mama

ALHAMDULILLAH...
Hari ini ke 23 Ramadhan..mama fikir sudah sampai saatnya utk mama berhenti di sini, menitik noktah terakhir catatan kehidupan kita..
Sudah lama mama berhasrat utk menutup cerita dan warna2 lukisan yg indah anugerah Allah buat kita tapi setiap kali itulah terasa sayu di hati...
Dan, sebagai mengambil barakah Ramadhan, akhirnya inilah hadiah terakhir dari mama utk anak2 tercinta...
Abang angah dan adik..
Sempena al-Mubarak ini mama ngambil peluang  untuk berpesan dengar harapan tinggi menggunung agar semua saudara2 Islam kita dan di mana saja agar mendoakan putera dan Puteri yg mama cintai ini agar sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh Allah, dicintaiNya, menjadi anak  soleh solehah penyejuk hati mama ayah, diperbaiki segala kelemahan, diangkat darjat di sisiNYA, dipertajamkan aqal, disucikan jiwa, diindahkan akhlak anak2 mama spt mana Allah telah perindahkan zahir,  dihaluskan budi dan hati, ditambah ilmu dan hikmah, dimurahkan rezeki,  dipermudahkan segala urusan hidup kalian..

Dubai anak2 mama..
Membesarkan kalian menjadi satu pengalaman dan pengajaran yg amat berharga buat mama... Tengoklah gaya masa kecil dulu...tiap dari kalian mempunyai karektor masing2😍....mama seperti  membesarkan ‘ power rangers’ @ ultraman..,berlari berlelah mengejar kalian Yan g sangat aktif, merubah mama dari “ ustazah lembut” pada “ panglima perang” 😅
...mama banyak bereksperimen dalam mendidik kalian.. ☺️... banyak belajar dan terus belajar... hari ini mama melihat betapa indahnya Allah menyulam pengalaman itu... Syukur Allah.
❤️
Terima kasih anak2 ku...
 kita sama2 belajar untuk memahami diri kita masing2 ... bukan sedikit toleransi kalian dengan mama especially saat kita ‘kehilangan’ nakhoda..
toleransi kalian dgn masa dan tanggungajwab mama (ketika kalian di England mama sbg PG student n full time housewife) .. dan kini mama disibukkan dengar urusan karier...
Justeru, mama sentiasa mendoakan kalian selama hayat mama agar Allah memelihara kalian sepertimana Allah memelihara hambaNYA yg soleh.
❤️
Wahai Allah... anak2  ini mungkin tidak miliki ibu yg terbaik ( hambaMU ini terlalu banyak kelemahan) tetapi anak ini ada Allah Yg Maha Baik, hamba Allah Yg Maha Ihsan... maka dgn segala kesempurnaanMU hamba merayu.... sempurnakanlah cahayaMU kepda anak2 ku ini. Ameen Ya Rabb.
❤️
Abang,angah dan Adik.,,mama juga ingin berpesan  lagi..dengan kesempatan yg diizinkan Allah...dlm mencari malam Qadar ini jadilah seperti  orang orang soleh kerana mereka tidak  kisahkan bilakah berlakunya Lailatulqadar. Mereka tidak sibuk mencari tanda-tandanya. Kerana sifat kehambaan, mereka hanya sibuk beribadah setiap malam. Lebih lebih lagi saat sudah mahu berpisah dengan Ramadhan.
Orang orang soleh ini juga membahagikan malam. Masa untuk tidur melepaskan lelah hanya seketika. Dan selebihnya waktu malam yang berharga mereka beribadah kepada Allah. Menghidupkan sepertiga waktunya sewaktu ramai manusia lainnya sedang tidur.

Kita mahu keluar dari madrasah Ramadhan ini dengan jiwa hamba. Walau pun belum soleh, namun kita berdoa amalan amalan ini berterusan dan menjadi pakaian diri kita sentiasa.
🌹
Abang angah dan Adik, anak2 mama yg tercinta..
Adakala kita akan merasai saat sukar. Tapi detik sukar tidak terhenti di situ. Bersilih ganti dengan kebahagiaan dan kesenangan.

Sedangkan Allah jadikan setiap musim sentiasa berubah. Apatah lagi kita sebagai hamba.

Taqwa itu pengukur iman. Menjadikan kita semakin dekat dengan Maha Pencipta.

Moga kita menjadi graduan Ramadhan yang membentuk peribadi Kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
....
Untuk terakhirnya,tatapilah setiap bicara mama dalam entri2 yg lalu dengan penuh kerinduan,ambillah ibrah sekiranya ada jadikan pedoman dlm mencorakkan lukisan kehidupan kalian..
Mama amat menyayangi kalian❤️
Much love n Allah bless

Saturday 25 May 2019

Barakallah lakum

Alhamdulillah kesyukuran hanya padaNya..Di hari yg mulia, penghulu segala hari, Allah permudahkan urusan viva pelajarku dan mendapat status cemerlang. Subhanallah Moga kajian beliau bertajuk Pendekatan Hermeneutik Pemikiran Liberal terhadap Hadis, memberi manfaat kepada ummah..


Thursday 23 May 2019

Ramadhan 17

SALAM NUZUL QURAN

“Turunnya al-Quran pada Jibril, maka jadilah Jibril semulia-mulia malaikat.

Turunnya al-Quran pada Muhammad SAW,
maka jadilah Muhammad penghulu segala makhluk.

Turunnya al-Quran pada umat Muhammad,
maka jadilah umat Muhammad sebaik-baik umat.

Turunnya al-Quran pada bulan Ramadan,
maka jadilah Ramadan sebaik-baik bulan.

Turunnya al-Quran pada malam al-Qadr,
maka jadilah Laylatul Qadr sebaik-baik malam.

Bagaimana seandainya al-Quran turun dalam hati kita??

Aku pernah berasa takjub dengan generasi terdahulu, bagaimana mereka mampu pegun dengan al-Quran begitu lama sekali tanpa jemu.
Namun bilamana aku melihat ramai yang pegun dengan telefon bimbit masing-masing, hilanglah ketakjubanku.
Maka tahulah aku, hati yang mencintai sesuatu akan pegun padanya.

Tatkala hampir berlalunya Ramadan, kita mengeluh akan pemergiannya yang semakin hampir.
Namun kita terlupa bahawa diri kita yang semakin hampir pergi.
Kerana jika perginya Ramadan, ia akan kembali semula pada mereka yang dipanjangkan usianya hingga ke Ramadan seterusnya.

Akan tetapi jika diri kita telah pergi, maka tiadalah kembali lagi…”.

[Mutiara kata Dr. Ahmad al-Me’sarawi]

Monday 20 May 2019

..ramadhan 15

❤️
My love, 
I know our journey isn’t perfect but it’s ours and I’ll stick with you till the end..
inshaAllah 
Allah swt gave me you for the ups and downs
Allah gave me you for the days doubt
And
For when I think i’ve lost my way
there are no words here left to say
It’s true
Sayang, adalah anugerah Allah buat saya n anak2
Much love, Allah bless
❤️




Jannati..

My beloved n beautiful family..






















Thursday 2 May 2019

warisan tradisi








Dinner jannah 2019, meraikan bakal graduan