Wednesday 30 October 2019

Study Ulum Hadis 2

Saya tidak kisah jika ada pihak tak kira siapa pun yang berselisih pandangan dengan saya mengenai isu status hadis sekiranya ada argument yang boleh diterima.
Jika ada yang ingin mengatakannya Sahih atau Hasan sekalipun, sila bawakan fakta yang bernilai mengikut disiplin ilmu hadis. Saya akan raikan.

Namun sekiranya hujahnya hanyalah dengan melebel saya atau mencemuh peribadi saya atau kerana penampilan saya atau kerana 'hadis' tersebut terdapat dalam kitab guru atau disebut oleh fulan fulan, itu bukanlah argument yang boleh diterima dalam dunia ilmu.

Kalau dalam kajian ilmiah akedemik argumentnya sedemikian atau atas dasar emosi dan kecenderungan peribadi semata, faham-fahamlah apa natijahnya.
Bayangkan saya berserban besar, adakah natijahnya akan berubah?

Kalau 'hadis' itu ada dalam kitab guru, masalah perawi dan kelemahannya yang saya nyatakan juga ada dalam kitab-kitab guru kepada segala guru.
Bukan saya yang kritik perawi tersebut, sebaliknya tokoh besar ilmu hadis semisal Ibn Ma'in, Abu Hatim, Ibn Hibban dan lain-lain!

Syeikh dalam video menukilkan sanad hadis itu dinilai Hasan oleh Ibn Majah. Di mana sumber kalam Ibn Majah tersebut dalam kitab beliau untuk disemak??
Bak kata Ibn al-Mubarak: "Tanpa sanad (sumber), sesiapa boleh kata apa yang dia nak kata!".

Yang paling saya tak tahan, dalam video yang dinyatakan dalam empunya post ini, hadis itu dinilai Sahih kerana syeikh dalam video cerita ada seorang ulama mimpi jumpa Nabi SAW tanya tentang kebenaran hadis ini dan baginda mengatakannya benar!

Seandainya mimpi boleh jadi indikator hadis Sahih, saya tak tahu nak cakap apa lagi.
Penat ulama hadis dahulu bina kanun ilmu hadis bergenerasi lamanya dan menetapkan kriteria yang ketat untuk 'filter' hadis yang dibawa perawi, tapi semua itu diruntuhkan dengan sebuah mimpi!
Mimpi yang semua orang termasuk saya boleh dakwa. Mimpi yang tiada siapa dapat menentukan kebenarannya kerana tidak dapat disemak!
Kalau ada syeikh lain pula dakwa dia mimpi Nabi SAW kata tak benar, macam mana nak semak??

Saya nukilkan kalam Imam al-Nawawi al-Syafi'i dalam Syarh Sahih Muslim: “Begitu jualah yang dikatakan oleh para sahabat kami dan selain mereka yang menukilkan kesepakatan bahawa suatu hukum yang diputuskan syarak itu tidak mampu diubah dengan sebab suatu mimpi...Tidak boleh mimpi tersebut memutuskan suatu hukum yang telah ditetapkan oleh syarak, kerana keadaan orang tidur itu bukannya bersifat jitu (dhabt) dan mampu menyemak (tahqiq) dengan apa yang didengar (orang yang sedar itu). Sepakat ahli ilmu bahawa sebahagian syarat untuk menerima periwayatannya dan penyaksiannya ialah dia sedar tidak leka, tidak buruk ingatannya, tidak banyak kesilapannya, tidak lompong kejituan (dhabt)nya. Dan orang yang tidur itu tidak mempunyai ciri ini, maka tidak diterima riwayatnya disebabkan kelompongan dhabtnya…”.

Jika semua orang agama guna mimpi untuk 'bina' agama, saya ingat tak payah belajar dah ilmu hadis, fiqh dan seumpama. Baik tidur lagi baik, boleh selalu mimpi!

-Dr. Kamilin Jamilin-

Study Ulum Hadis

Selepas mendarat tadi saya sempat membaca respon balas dua ustaz (jazahumullahu khayra) terhadap status hadis “جزى الله عنا محمدا ما هو أهله”.
Membaca respon ilmiah sebegini menggembirakan saya, selagi bukan berhujahkan mimpi!
Buat yang cemuh saya, sila baca jangan tidur. Kalau tidur nanti bermimpi pula.

Berkenaan respon PU Salman:

1.    Beliau menyatakan “Munkar” dalam ilmu hadis bermaksud perawi menyalahi hadis orang yang lebih “thiqah (terpercaya)” atau pun “tafarrud (terasing)” dari yang perawi yg lain.

Saya katakan:
Itu secara teori, namun secara praktikalnya boleh jadi bermaksud SANGAT LEMAH.
Sebagai contoh, lihat biografi perawi bernama:

-    IBRAHIM BIN ‘UTHMAN BIN KHUWASTI yang dinilai “Munkar” oleh imam Ahmad.

-    IBN ABI FARWAH yang dinilai “Munkar” oleh ‘Ali bin al-Madini.

2.    Beliau cuba menguatkan status perawi bernama Ja’far bin ‘Isa dengan lafaz penilaian oleh Abu Zur’ah iaitu “صدوق”. Menurut beliau “Saduq” ialah perawi yang tidak melakukan banyak kesilapan, hanya kadangkala sahaja tersilap.

Saya katakan:
Definisi yang beliau sebut itu ialah kenyataan al-Dzahabi, juga secara teori. Namun bagi yang biasa berkecimpung dalam menganalisis perawi atau hadis secara praktikal pasti sedar kalimah “Saduq” yang disifatkan pada perawi oleh ulama hadis terdahulu (al-mutaqaddimin) tidak semesti yang diguna pakai oleh ulama terkemudian (al-mutaakhkhirin) seperti al-Dzahabi dan Ibn Hajar. Boleh jadi seorang perawi itu dinilai “Saduq” dari sudut kredibiliti agama (‘adalah) sahaja, iaitu dia jujur tidak berdusta, namun dari sudut hafazan hadis (dhabt) dia seorang yang lemah.
Terlampau banyak perawi yang disifatkan sebagai “Saduq”, namun pada masa yang sama dia dinilai lemah dari pelbagai sudut, misalnya (saya sebut tiga sahaja):

-    ISMA’IL BIN ABI AWS.
Ibn Ma’in menilainya: “صدوق، ضعيف العقل ليس بذلك” yang bermaksud “Saduq yang lemah akal, tidak berapa (kuat)”.

-    MUSA BIN ‘UBAYDAH BIN NISTAS AL-RABADZI.
Ya’qub bin Syaibah menilainya: “صدوق، ضعيف الحديث جدا” iaitu “Saduq, sangat lemah dalam hadis”.

-    AL-HASAN BIN YAHYA AL-KHUSYANI.
Abu Hatim menilainya: “صدوق، سيء الحفظ” iaitu “Saduq yang teruk ingatannya”.

3.    Beliau menukilkan penilaian Ibn Ma’in terhadap Ja’far bin ‘Isa dengan lafaz “ليس بشيء (riwayatnya tiada apa)”. Kemudian beliau menyimpulkan berdasarkan tafsiran al-Fasi terhadap lafaz tersebut bermaksud riwayat perawi tersebut sedikit.

Suka saya nyatakan itu juga secara teori yang dipetik dari buku-buku. Secara praktikal, istilah “Laysa bisyai’” di sisi Ibn Ma’in biasanya bermaksud perawi tersebut SANGAT LEMAH berdasarkan kajian imperikal.
Dari sudut bahasa memang menepati fakta tersebut: “النكارة في سياق النفي تعم” iaitu penafian perawi yang dinilai dengan frasa tersebut memiliki sebarang kredibiliti, melainkan sekiranya ada pembuktian (qarinah) yang menunjukkan hadis perawi itu sedikit.
Seandainya hadis perawi tersebut sedikit dan hampir kesemuanya sangat bermasalah, tidakkah dia merupakan perawi yang sangat bermasalah??
Saya sertakan beberapa contoh perawi yang dinilai Ibn Ma’in dengan lafaz “Laysa bisyai’” sedangkan dia seorang yang sangat lemah dan dinilai sebagai “منكر الحديث”.

-    YAHYA BIN AL-MUTAWAKKIL AL-DHARIR.
Terdapat pelbagai lafaz Ibn Ma’in terhadap perawi ini  pada riwayat Ibn Mhriz, al-Duri, Ibn al-Junayd, al-Darimi, Ibn Tahman, Ibn Abi Yahya, Ibn Abi Khaythamah dan al-Ghullabi.
Menurut riwayat muridnya al-Duri dan Ibn Abi Khaythamah, Ibn Ma’in menilainya: “ليس حديثه بشيء” iaitu “hadisnya nothing”, manakala dalam riwayat al-Ghullabi, Ibn Ma’in menilainya “منكر الحديث”.
Sememangnya perawi ini bertaraf sangat lemah sebagaimana penilaian Ibn Ma’in, Ahmad bin Hanbal, al-Fallas, al-Saji, Ibn Hibban, Ibn ‘Adi, Abu Ahmad al-Hakim, al-Haythami dan al-Dzahabi.

-    AYYUB BIN SAYYAR AL-ZUHRI
Ibn Ma’in menilainya sebagai “ليس بشيء” dan pada masa yang sama beliau menilainya sebagai “كذاب” iaitu pendusta.
Status perawi ini sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Ma’in iaitu sangat lemah menurut kesepakatan ulama hadis seperti ‘Ali bin al-Madini, al-Fallas, al-Bukhari, al-Juzjani, Abu Zur’ah, Abu Dawud, al-Nasa’i, Ibn Hibban, Ibn ‘Adi, al-Daraqutni, al-Dzahabi dan al-Haythami.

====================

Berkenaan respon kedua oleh al-Fadhil Dr. HS, saya sangat hargai kerana beliau mengulas dengan berhemah tanpa cacian dan lebelan yang tidak berkenaan. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan beliau baru-baru ini. Moga sentiasa dalam tawfiq Allah.

Respon saya terhadap beliau secara ringkas (penat dah tulis):

1.    Amalan para masyaikh yang dinyatakan beliau tidaklah dikira sebagai penguat hadis. Banyak sahaja amalan yang tersohor namun tidak sahih. Sekiranya ia amalan para Sahabat RA yang sahih maka lain nilainya.

2.    Memahami istilah ulama hadis generasi awal (al-mutaqaddimin) sangat kritikal dalam menilai perawi atau hadis. Jangan ditempel semua kanun ilmu hadis yang dirangka oleh para al-mutaakhkhirin pada al-mutaqaddimin. Ulama al-mutaqaddimin dahulu tidak begitu mementingkan perbezaan istilah secara lafzi.
“Hasan” dan “Sahih” dirangkum sekali. “Thiqah” dan “Saduq” adakala dirangkum sekali. Apatah lagi lafaz “Dhaif”. Banyak sahaja kes mereka menilai yang sangat lemah dengan lafaz “Dhaif” sahaja. Namun melalui bukti (qarinah) ia bermaksud sangat lemah.  Apatah lagi dalam kes Hani’ bin al-Mutawakkil ini, Ibn Hibban telah memperincikan kelemahannya dan Abu Hatim pula tidak menulis hadis darinya walaupun sempat dengannya yang mengisyaratkan kelemahan teruk perawi tersebut.
Abu Hatim manhajnya masih lagi toleran menulis hadis perawi yang kelemahannya ringan. Jika beliau tidak tulis, maka ada isyaratnya. Ibn Hibban pula menyatakan kelemahan hadis Hani’ yang banyak berlaku, sedangkan jumlah hadisnya sedikit.
Manfaat ilmu al-Jarh Wa al-Ta'dil secara praktikal ialah melatih kita memahami istilah-istilah khas dan umum para ilmuwan hadis terdahulu.

3.    Beliau membawakan nukilan al-Sakhawi kemudian menyimpulkan “Manakala penjelasan al-Hafiz as-Sakhawi, walaupun beliau tidak menilainya sbg hasan li-ghairih, membuktikan bhw hadis tsb mempunyai sedikit kekuatan krn disokong oleh jalan-jalan riwayat yg lain!”.

Saya katakan:
Apa guna sanad banyak tapi semua sumber tersebut tetap lalu pada perawi yang sama (madar al-sanad) iaitu Hani’ bin al-Mutawakkil yang bermasalah!
Saya bagi contoh, kalau jalan balik ke Kota Bharu hanya boleh melalui satu jalan di Gua Musang dan jalan tersebut rosak, kot mana kita datang dari 1000 jalan sekalipun kalau kena lalu juga jalan rosak yang satu tu, tetap tak jadi, kerana puncanya tidak diselesaikan!
Mutaba’ah hadis bukan semata-mata himpunan sanad, namun sanad penyokong itu mesti ‘merawati’ punca penyakit. Dalam kes hadis tersebut, perlu lalu jalan selain Hani’ bin al-Mutawakkil.
Bila tengok jalur lain, lalu pula pada perawi bernama JA’FAR BIN ‘ISA yang juga bermasalah dari sudut ‘adalah (kredibiliti agama) iaitu seorang Jahmi yang ditinggalkan hadis darinya sebagaimana yang disebutkan Abu Hatim.
Kot mana jalan pun tetap ada kerosakan teruk.

Ok, cukup dulu setakat ini. Baru mendarat dah kena coret.
Kalau tak setuju, cukuplah kata yang baik-baik sahaja, tidak perlu cemuhan dan tohmahan.
Moga Allah merahmati kita semua.

-Dr. Kamilin Jamilin-

Monday 28 October 2019

moga sentiasa dirahmatiNya

Apabila usia meningkat, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk..begitu lah kita dalam meniti usia emas sebelum dijemput Illahi, walaupun sebelumnya kita adalah insan berjiwa kental  dan tidak ambil peduli..
Namun, bila ada insan tempat meluah rasa Di sisi..hidup kita akan lebih indah..
sungguh.. dia insan amat teristimewa
bila sedih mesti cari dia
bila nak buat sesuatu keputusan mesti call dia
bila exhausted dgn tugasan dan karenah anak2 call dia
bila kecewa dgn insan terdekat call dia
dan dia tidak pernah putus asa memberi kata2 semangat
Dia adalah permaisuriku..
Kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah
Pada wajahmu yang menanggung resah
Laut keringatmu yang membanting tenaga
Dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa
Dari buaianku hinggalah dewasa

Kini…
aku terpaku dalam lelah safar kehidupan
Meneguk kesusahan..
ujian demi ujian
entah bilakan reda

emak ayah...
Cuba kupadam hitam yang mencalar semalam
Tika kugamit cerah esok yang masih berbalam
Dan hari-hariku ini….
Yang terus-terusan mencengkam

emak ayah.. apakah aku terlalu
Pada deritamu yang aku relakan
pada jerit batinmu yang aku pekakkan
Pada sengsara jiwamu yang tak pernah…
aku belaikan..

emak ayah.
hanya kata maaf dapat ku bicarakan..
maafkan anakmu ini…
I love you so much…
Ya Allah rahmatilah ampunilah kasihanilah
insan yg teramat aku kasih ini

Sunday 27 October 2019

layan fb

Cute😊😊itu ayat penyedap hati...hakikatnya satu nikmat anugerah Allah swt sudah hilang

Best juga malam ni layan fb😁😁..jarang Aku main game tapi ada pulak yg rajin ..thanks friend



smile😍

Alhamdulillah..u made my day, friends
Terima kasih krn bersusah payah menyediakan dessert utk Aku.. ia hadir setahun sekali..namun kalian pasti berpenat lelah utk ku.. Allah ya Rabb amat bersyukur dan hanya Engkau sebaik pemberi balasan..
Your love is unmatched in life, ur love is so true,
I am really blessed in life,
Coz I have an awesome friends like you, I mean what I say,
Alhamdulillah

Saturday 26 October 2019

tazkirah dari alam




Usah sedih saat kebaikan tidak dilihat orang, bahkan tidak dihargai manusia,

ikhlaskan...

umpama akar pokok yang terbenam di dalam bumi, tidak terlihat namun akar terus ikhlas menguatkan pokok yang tumbuh di permukaan bumi. Tanpa akar tiadalah daunan hijau dan bebunga nan indah.

Friday 25 October 2019

syukuri 2

Life is way too short to wait to enjoy your life. It may not be perfect, but every day is an opportunity to grow. Living each moment with joy is what life is all about!













syukuri..

Feeling sick..makin kerap.. Allah ya Rabb kadangkala aku letih dan penat..namun tetap bangun hadapi semua ujian ini..ampuniku Rabb krn terkadang merintih
Bila migrain datang bersama kesakitan dlm perut.kejap sejuk kejap panas...serasakan semua tidak kena..
Hidup  itu seperti sebuah drama, kadang-kala sedih, senang dan sakit. Apapun yang sedang dialami sekarang, bersyukurlah kerana syukur akan membuat hidup lebih baik. Walaupun anda sakit sekalipun, terimalah itu sebagai hikmah untuk berbuat lebih baik lagi. Kamu pasti sembuh. Bukankah bagi Allah itu tiada hal yang tidak mungkin?

Allah menyayangi hambanya bukan hanya dengan kenikmatan tetapi juga rasa sakit. Kerana dengan rasa sakit itu, mereka akan lebih mensyukuri nikmatnya. Sakit hanyalah sebagai penghapus dosa-dosamu.

Bukankah Allah tidak akan memberikan cubaan diluar kemampuan hambanya? Keadaan apapun yang sedang dialami, yakinlah kamu boleh menempuhinya walau separah manapun.Kerana Allah itu Maha Benar.

Semua pasti ada hikmahnya, jangan larut dalam kesedihan. Bersemangatlah kerana itu akan membuat keadaan lebih baik. Sakit itu hanya sebuah penghapus dosa-dosa.

Jangan memohon pada Allah untuk meringankan cubaan yang datang, berdoalah pada Allah untuk memberikanmu kekuatan untuk dapat melaluinya.

Wednesday 23 October 2019

mama n kids

Kuberi nama mereka
nama sahabat baginda
juga bunga haruman kamilia
mereka adalah anak2 yang ceria
manis wajah apabila tertawa
namun kemanisan boleh berubah rasa
seperti air kosong tanpa gula
apabila merajuk atau dipersenda.

mereka adalah anak yang manja
menyembunyikan mimpi-mimpi luka
di sebalik senyum dan tawa
terkadang menghidupkan cerita lama
tentang rumah kami yang dulunya bercahaya
tiba-tiba diranapkan oleh ribut menggila.

mama n kids

##ku terima sekeping foto ini dr seorang teman katanya nostalgia audilfitri 2009

sepi..

Yakinlah sesuatu yang ditakdir berlaku, pasti berlaku jua.

Belajarlah ikhlas merelakan dan melepaskan...

Usah cemari iman dengan “jika” dan “kalau”...

Sesuatu yang bukan hak kita walau sudah masuk ke mulut tersembur keluar juga,

walau sudah di tangan, terlepas jua...

Belajar menerima dan bersangka baik dengan takdirNya...

Yakin saja dengan rahmat di sebalik ujianNya

InshaAllah semuanya akan baik-baik belaka...

Thursday 17 October 2019

Hidup mesti berperinsip

Debate has always been my passion
It challenges the mind n reasoning skills
It challenges u to keep cool during direct confrontation no matter how shaky u r inside😊
...
Regards to the topics recently, I am curious
For me we should very cautious in dealing wth this kinds of motions

Yet looking at the motions listed here, the motions were very clear on what they want the debate to be about. No room for interpretations, no room for contextualising. It went straight to the fundamentals of Islam.
Like explained, the motion is expected to be debated in a hypothetical world where anything goes, expecting the motion to be discussed head on thus compromising faith and principle in the process.
And may I remind you, this is a secondary school debate, not even varsity level.

Kudos to the team for withdrawing from the competition.
Sometimes we need to draw the line, if not for others then for ourselves.

"Call to the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching and argue with them in a way that is better."
Surat al-Nahl 16:125

Wallahu a'lam.

Tuesday 15 October 2019

ujian hati

Dicarinya aku berhari2
tertanya dlm hati mengapa ada nada tangis di hujung talian..maafkan Aku teman  krn kesibukan dan kepentingan diri aku lewat menghulur kasih..
Sebak sayu kasihan bila dengar kisah dia..
Jatuh cinta dengan lelaki lain selain suami..
Terkedu seketika, temanku yg kukira amat solehah penyayang dan ibu yg amat pengasih, benarkah apa yg Aku dengar??
La hawla wa la quwwata Illahi billah..

Kadang-kadang dalam rumahtangga kerana lalai. Kita mula jatuh cinta dan suka orang lain. Baik lelaki atau wanita. Bukan nak cari silap siapa. Tapi kita semua silap dan lalai. Cinta sebenar bila kita cinta kepada Allah. Barulah datang cinta dan sayang kerana Allah. Cinta kekal sampai syurga.

Semailah rasa cinta. Ia anugerah Allah saat pernikahan. Kita lupa beri masa bersama. Makan bersama suap menyuap. Tak sempat buat talim rumah. Baca Al-Quran sama-sama. Mula tidur asing. Zaman ni masing-masing sibuk dengan hp. Tak sempat dengar pasangan. Lupa membantu, hargai dan puji pasangan. Kita lebih masa kpd orang lain berbanding pasangan.
Love = time. Berilah masa dan semaikanlah rasa cinta.


amanah

Biasanya sebagai chairman dlm viva voce..tapi pagi tadi beraksi as examiner
..walau apa status yg dipegang ia tetap ada amanah yg akan dipertsnggungjawab Di hadapan Allah swt ..

Monday 14 October 2019

bersabarlah

"Jalan dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan yang batil, ada pertentangan yang nyata".

-Syeikh Mustafa Mahsyur-

Saturday 12 October 2019

kehidupan 4

Apa juga perkara, yang baik, yang buruk, yang biasa-biasa, tetap ada gunanya.

Siapa pun orang di sekeliling kita,
yang baik hati, yang pelik, yang tidak bertegur sapa, yang menyakitkan hati, yang menghibur, yang menyayang, yang membenci, yang prihatin, yang tidak peduli,
Semua ada peranan dalam kehidupan kita,
Kerana tiada satupun yang Allah jadikan sia-sia.

Ada yg mengasihi sepenuh hati
Ada yg berbudi tapi minta dihargai
Ada yg pentingkan diri sendiri
Ada yang memandang kita penuh benci
Ada yang berpura-pura menyukai
Ada yang mengambil kesempatan atas kelemahan diri
Ada yang tidak puas hati tanpa henti
Ada yg simpati saat kita sendiri
Ada yang ikhlas ambil peduli
Ada yang amat menyayangi
Mereka itu adalah aset kita
Yg perlu dilaburkan dengan bijaksana
Bagaimana kita harus menukar
Dosa mereka menjadi pahala utk kita
Bagaimana kita harus melakukan kebaikan
Bersabar atas kerenah mereka
Berbaik sangka pada khilaf mereka
Memaafkan pada silap mereka
Mendoakan keampunan Allah utk mereka
Bagaimana kita harus menghargai
Kasih sayang mereka
Untuk terus hidup bahagia

Biar siapapun yang bertamu dalam hidup kita
Mereka hanya asbab
Untuk Allah uji keimanan kita
Redhakah kita pada taqdir-Nya?
Sabarkah kita pada ujian-Nya?
Kerana yg terpenting di dunia ini
Bukan redha manusia
Tapi redha Yang Maha Esa

Ubai suai dari Bonda Nor yang dikasihi, buku Pujuk lah hati.
#terbaikbondanor
#hidupuntukdiraibahagia



kehidupan 3


Hakikat hidup itu ada pasang surutnya. Terkadang membahagiakan dan adakalanya mengecewakan. Hati manusia selalu melalui berbagai rasa; ketenangan, kecelaruan, rasa cinta dan juga derita. Ketika hati tersakiti, bolehkah ia disusun lagi, supaya tenang kembali dan tabah melalui sisa-sisa hari?

muara sepi

sepi penghujung rindu



Friday 11 October 2019

menjejak kisah semalam

Buah dari persahabatan adalah kenangan indah yang tak lekang termakan waktu. Selalu ada dalam benak setiap insan yang terhubung didalamnya, merasuk ke sekujur tubuh, terbenam dalam kerinduan...
Indahnya ukhuwah kami

















Thursday 10 October 2019

kehidupan 2


(Nasihat Sheikh Jalaludin Rumi untuk diriku dan sesiapa yang mahu agar hidup menjadi lebih baik)

Jalaluddin Rumi adalah seorang Sufi dari Turki yang memiliki banyak karya tentang kehidupan dan cinta. Karyanya tentang syair-syair dan puisi yang menyentuh kehidupan menjadikan ia sebagai Sufi yang sangat terkenal.

1. Dalam Hal Kedermawanan dan Menolong manusia, Jadilah Seperti Sungai
Dalam hal kedermawanaan dan membantu orang lain jadilah seperti sungai yang terus mengalir tiada henti tanpa mengharap kembali. Bukankah satu kebaikan yang kita tanamkan akan menjadi sebuah pohon kebaikan. Dari sebuah pohon kebaikan tersebut akan muncul buah kebaikan yang tak terhitung jumlahnya. Artinya bahwa satu kebaikan yang kita lakukan, Tuhan akan balas dengan kebaikan yang berlipat ganda apalagi jika kebaikan yang terus menerus dilakukan.

2. Dalam Kasih Sayang dan Berkah Jadilah Seperti Matahari
Maknanya adalah bahwa hidup ini hanya persinggahan jangan tinggalkan kebencian tetapi tanamkan cinta sebanyak-banyaknya untuk orang-orang disekitar kita. Berikan kehangatan kepada siapa saja tanpa diskriminasi. Bukankah setiap manusia tidak suka akan kebencian.

3. Dalam Menutupi Aib Orang, Jadilah Seperti Malam
Malam yang gelap membuat manusia tak bisa melihat apapun, ini menjadi perumpamaan bahwa sebagai manusia harus menutupi aib saudaranya. Seseorang yang diamanatkan untuk menyimpan sebuah rahasia harus mampu menjadi seperti malam yang menutup rapat tanpa pernah membocorkanya.

4. Dalam Keadaan Marah dan Murka Jadilah Seperti Orang Mati
Ketahuilah, bahwasanya marah itu seperti bara api dalam hati manusia yang bisa saja membinasakan diri sendiri. Hal ini dapat terlihat dari merahnya kedua mata dan tegangnya urat darah di leher orang yang sedang dikuasai kemarahan. Mengendalikan kemarahan bukanah sebuah perkara yang mudah oleh sebab itu cara yang paling ampuh adalah diam. Karena keputusan apapun yang diambil dalam marah bisa saja adalah keputusan yang salah.

5. Dalam Hal Kesederhanaan dan Kerendahatian jadilah Seperti Bumi
Bumi selalu menempatkan dirinya dibawah meskipun terkadang Ia lebih baik dari langit. Sebagai manusia biasa yang penuh kekurangan maka tidak ada hal yang dapat kita sombongan termasuk ilmu yang kita miliki. Bukankah ada 3 tingkatan orang berilmu yaitu: Pertama, orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan orang itu merasa pintar. Kedua, orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan seseorang itu disukai Allah dan dicintai orang (tawadu). Terakhir orang berilmu yang dengan ilmunya menjadikan dirinya semakin tidak tahu apa-apa”. Artinya bahwa kerendahan hati seseorang dapat dicapai salah satunya dengan ilmu. Jadilah manusia yang penuh kerendahan hati kareana tuhan tidak menyukai sifat sombong.

6. Dalam Hal Toleransi Jadilah Seperti Laut
Hidup dengan keberagam menuntut seseorang harus bisa saling menghargai satu sama lain. Jadilah seperti laut yang mempunyai sifat lapang dan siap menampung setiap pandangan-pandangan berebeza. Jangan jadikan perbezaan menjadi alat pemecah belah tetapi jadikan perbedaan ini sebagai sebuah alat penyatu caranya adalah dengan toleransi. Jadikanlah perbedaan yang ada sebagai penambah khazanah ilmu pengetahuan, tetapi tetapkan dalam diri mana yang menjadi pilihan kita dan menghormati setiap keputusan orang lain.

7. Tampilan Seperti diri sejatimu, atau Jadilah Seperti Tampilanmu
Hiduplah dengan penuh kejujuran dengan menampilkan jati diri dengan apa adanya. Pada dasarnya kejujuran merupakan kunci bagi seseorang jika ingin dipercaya. Setiap rezeki yang dihasilkan dari kejujuran pastilah akan menjadi energi positif yang menghadirkan kebahagian dan kedamaian dalam jiwa. Karena hidup jujur itu menyehatkan, fikiran dan emosi akan selalu berada dalam zon yang positif.



Wednesday 9 October 2019

kehidupan

Saat jiwamu rapuh
Tika  hatimu tersentuh
...tiada yang peduli
Ingatlah
Kehidupan tidak selalu menjanjikan keindahan
   Tapi bersyukrt dalam segala situasi menciptakan keindahan
... masih ada yg menyayangimu tanpa syarat.
.ibu ayah anak2 semuanya anugerah terindah dariNya