Saturday 30 September 2017

..bernostalgia lagi

...hari ni kami bertemu lagi di pusat perubatan tradisional.. Berempat sudah cukup memeriahkan suasana menceriakan aku..
...lima jam dihabiskan bersama tidak terasa lamanya...tak sedar rupanya kami di hospital..
.. Pelbagai cerita menyingkap nostalgia zaman remaja yg banyak mengusik jiwa.. Bnyk melakar suka berbanding duka...

Indahnya bersahabat, bukan hanya hadir pd waktu gembira , tp kala berduka mereka mengusap air mata.
Terima kasih menjadi sahabat ku. Keikhlasan kalian memberiku semangat baru.

Thursday 28 September 2017

Redha


Usah bermain dengan kata redha
Ianya pada hati
Bukan pada bibir
Tunggulah ujian mendepani
Saat itulah kau akan mengerti
Di mana redha mu selama ini

Cahaya di atas cahaya

Wednesday 27 September 2017

Kolokium siswazah 17'

Alhamdulillah.. Moga para pelajar siswazah mendapat manfaat dari program ini.. 
Alhamdulillah juga kerana 4 student aku mendapat anugerah 2 utk emas dan artikel terbaik.. 1 utk perak dan 1 bronze.. 






..together

Share your smile with the world
It's a symbol of friendship and peace



Tuesday 26 September 2017

...see the world and paint it

Once I regularly trotted around the globe, it dawned on me that my journeys were not so much about myself, the great photographs and cool stories i could bring home but more importantly, about the people i meet and with whom i break bread...
Indeed,  the real voyage of discovery consist not in seeking new lands,  but in seeing with new eyes...
....onward to another destination!!











..have a lovely trip!


Take only memories, 
leave only footprints.






Sunday 24 September 2017

Tautan ukhuwah


Alhamdulillah... 
Thumma Alhamdulillah
  hari ini dipertemukan dengan sahabat2 tersayang...hampir tiga puluh tahun tidak bertemu.. 
❤❤❤
Sahabat... 
Bersama kalian aku melewati usia remaja, suka duka gelak tawa 
Dan gurau senda mengeratkan kita.  
Setiap memori yg  dilakar bersama ketika itu masih terbayang dlm ingatan. ...
Bersama kalian jua aku matang erti persahabatan...
Biarpun hanya 6 8 tahun bersama
....kini kita dipertemukan semula kala usia menginsut senja...
 Terima kasih kerana terus menjadi sahabatku 
dan menceriakan kehidupanku... 
Semoga ikatan kita sentiasa dalam rahmat Allah dan  kekal hingga ke jannah. 😍😍

Thursday 21 September 2017

..aku ingin kembara lagi...


Bertanya seorang sahabat pada si pengembara. “Apa tujuan kamu mengembara?” Maka dengan rendah hati si pengembara menjawab. “Kerana aku terlalu naif, semakin aku mengembara menyelongkar ilmu alam semakin terasa diri ini serba kekurangan....
 terlalu banyak perkara yang belum aku ketahui dan aku perlukan seumur hidupku untuk mengembara...
Mengembara mencari ilmu untuk dikongsi dan dirakam menjadi cerita....
aku ingin kembara lagi ke daerah itu.. 
Banyak kenangan yang aku tinggalkan.. Aku ingin kutip kembali mutiara indah yang bertaburan.. Aku tahu di sana ada kedamaian.. ada eratan ukhuwah yang setia dari pelbagai benua.. ada keindahan  dan kebahagiaan... Berikan aku Tuhan...
 Izinkan aku Tuhan untuk aku kembara lagi

Minda Professional

PENGAMBILALIHAN PLUS TIDAK BOLEHUPAYA

Dalam kenyataan awal Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) yang lalu, kami menegaskan bahawa bagi menjaga kepentingan lebih 14 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), maka cadangan pengambilalihan PLUS oleh Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju) tidak harus dibenarkan dan semua pemegang saham perlu menolaknya.

BACA DISINI PLUS TIDAK HARUS DI JUAL https://goo.gl/SZjjJf

Pertimbangan LEPU ini bukan sahaja disebabkan bagi menjamin masa depan pulangan kepada KWSP dan semua ahli, malah juga dari segi kebolehupayaan mengambilalihan tersebut. Faktor yang paling utama adalah pembiayaan dan keseluruhan model kewangan yang akan digunakan oleh Maju. Umum mengetahui bahawa PLUS adalah operator lebuhraya yang telah matang dengan umur asset yang kebanyakkan telah mencecah lebih 30 tahun.

Dengan umur asset sebegini, sebahagian besar kos pembiayaan asset tersebut sudahpun dilunaskan. Oleh itu kos operasi setiap kilometer PLUS adalah yang terendah yang mana dengan itu juga lah maka ia mampu memberikan caj tol yang terendah berbanding operator lain.

Sekiranya pengambilalihan oleh Maju berlaku, dengan harga tawaran dilaporkan lebih RM30 billion, maka kos pembiayaan akan meningkat semula yang juga akan mempengaruhi kos operasi dan kadar tol. Oleh itu adalah amat mustahil Maju mampu untuk menawarkan tiada kenaikan tol untuk 20 tahun dalam situasi begini, sebagaimana yang dijanjikan dalam cadangannya. Perlu juga diingat bahawa dalam masa sama PLUS mempunyai hutang jangka panjang sebanyak RM31.27 billion dan liabiliti semasa sebanyak RM1.56 billion.

Apa lagi Maju juga menyatakan bahawa keseluruhan lebuhraya PLUS akan dinaiktaraf termasuk memasang lampu di sepanjang lebuhraya. Dengan tiada kenaikan tol dan kos kewangan yang lebih tinggi, bagaimana Maju akan mampu untuk menampung kos untuk menaik taraf semua lebuhraya tersebut? Sekiranya ianya boleh dilaksanakan, sudah tentu PLUS sudah melakukannya, malah dalam situasi optimum sekarang PLUS lebih mampu untuk melakukannya berbanding operator lain.

Dalam temuramah pemilik Maju iaitu Tan Sri Abu Sahid Mohamed bersama The New Strait Times, beliau juga mengakui dan menyatakan bahawa Maju Expressway yang dikendalikan olehnya perlu kenaikan tol kerana ianya asset baru yang berumur 8 tahun. Ini disebabkan kos pembiayaan iaitu bon yang masih tinggi. Ini mengesahkan bahawa kos utama dalam pemilikan lebuhraya adalah pembiayaan. Maka oleh itu sekiranya pengambilalihan berlaku, kos pembiayaan akan naik semula. Bagaimana Maju mampu untuk menanggung ini tanpa kenaikan tol dan apa lagi untuk menaik taraf?

Jesteru itu LEPU berpandangan dan sekali lagi menegaskan bahawa penjualan PLUS adalah amat tidak bolehupaya dan tidak harus diteruskan, bukan sahaja bagi menjaga kepentingan ahli KWSP malah kepada semua pengguna lebuhraya.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU)

30 Zulhijjah 1438H
21 September 2017

Awal Muharam

*BEBERAPA PENJELASAN TENTANG AWAL MUHARAM WALAUPUN PAHIT UNTUK DI TERIMA TETAPI BERSAMA DENGAN KEBENARAN ADALAH LEBIH UTAMA*

Dari Ustaz Abu Anas Madani:

Muharram 1439H Tiba.

بسم الله الرحن الرحيم
Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...
Ramai daripada kalangan masyarakat  yang bertanya :-

❓ Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal bulan Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram?

Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.
Antaranya, hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang  baru.

➡HIJRAH:
Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ulAwwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan,  tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.
Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar Al-Khattab RA memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah  berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

➡DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya  Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.
Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang  batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

➡CATATAN AMALAN
Dakwaan yang  mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil Al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada :-
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban.   -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

➡ BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.
Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yg  memperingatkan bulan rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu).
Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
والله اعلم .
(AAM, Madinah 29 Zulhijjah 1434H)

Wednesday 20 September 2017

..i'm fine



Minda tuan Guru



JANGAN PADAMKAN CAHAYA ISLAM

William Ewart Gladstone yang pernah menjadi Perdana Menteri British berulang kali di abad kesembilan belas, di zaman Queen Victoria, menyampaikan ucapan yang keras permusuhannya terhadap Islam dan umatnya, kerana kedegilan mereka menentang penjajah, walaupun kerajaan Islam sudah jatuh dan tanah airnya dipecah dan dijajah, rakyat diperhambakan dan hasil buminya dirompak, namun perjuangan mereka menentang penjajah terus marak. Mereka tidak mampu dihapuskan oleh kekuatan tentera yang bersenjata lebih canggih, walaupun kelengkapan umat Islam itu masih terkuno.

Dia berucap dalam Sidang Parlimen sambil memegang Kitab Suci Al-Quran menegaskan:

“Kita tidak mampu menghapuskan Islam dan penganutnya melainkan sekiranya kita boleh menghapuskan tiga perkara yang penting; Sembahyang Jumaat, Ibadat Haji dan buku ini (Kitab Suci Al-Quran)”

Demikianlah sikap permusuhan terhadap Islam dan penganutnya. Salah satu sasarannya ialah Kitab Suci Al-Quran yang wajib diimani oleh setiap penganut Islam dan tetap memuliakannya walaupun mereka tidak tahu maknanya, termasuk kalangan yang buta huruf. Mereka tetap kasihkan Al-Quran, memuliakan dan mempertahankannya.

Apa yang terpenting ialah bukan sahaja Al-Quran bersifat mukjizat sebagai tanda kerasulan Nabi Akhir Zaman S.A.W, tulisan dan hafazannya yang dipelihara, tetapi sebenarnya yang paling ditakuti ialah petunjuk Al-Quran kepada seluruh manusia, panduannya untuk menggunakan semua ilmu dengan betul dan memberi manfaat serta menolak mudarat apabila mengikut sempadan Allah Yang Maha mengetahui Lagi Maha Adil kepada semua dan Rahmat terhadap seluruh alam.

Petunjuk Al-Quran merangkumi ilmu wahyu daripada Al-Quran secara langsung dan kebijaksanaan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menunjukkan bagaimana beramal dengan Al-Quran itu secara amali, memandu ilmu, akal, kajian dan pengalaman ke jalan yang betul untuk menjadi hamba Allah dan memakmurkan bumi dengan selamat mengikut kebijaksanaan Pencipta Alam.

Kitab Suci ini juga berjaya memandu ilmu, akal, kajian dan pengalaman dalam semua aspek kehidupan manusia bagi diri, keluarga dan masyarakat yang merangkumi seluruh aspek jasad, akal, roh, politik, ekonomi, sains dan teknologi dalam semua lapangannya. Petunjuknya dapat disaksikan apabila diamalkan keseluruhannya dengan sempurna, bukannya secara serpihan atau terpilih mengikut akal sahaja, tetapi beriman dan beribadat melalui semua cara hidup. Beriman dan beramal mengikut Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨ البقرة.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah: 208)

Al-Quran berjaya memandu generasi awal Islam daripada Makkah dan Madinah di tengah padang pasir yang tidak ada sumber kekayaan bersifat harta benda yang menjadi pemujaan semua ideologi ciptaan manusia bagi menegakkan negara dan memajukan bangsanya, sama ada kanan atau kiri. Generasi awal itu juga tidak ada ilmu yang menjadi asas membina tamadun kebendaan yang dibanggakan di seluruh dunia, kebanyakan mereka buta huruf.

Tiba-tiba generasi ini berjaya menjatuhkan kuasa besar dunia di zamannya dan menguasai kekayaan dan ilmu duniawi sehingga mempengaruhi penduduk negara bertamadun dengan membina tamadun baru yang dinamakan Tamadun Islam berasaskan pembangunan manusia berpandukan Al-Quran. Sehinggalah Islam menjadi kuasa besar tunggal yang paling berpengaruh di zaman keemasannya beberapa abad. Setiap bumi dan penduduk yang dilalui oleh Islam, sama ada yang dipaksa berperang kerana menghalang kedatangannya atau masuk secara dakwah dan perdagangan, tetap diterima oleh penduduknya sebagai penyelamat, bukannya penjajah.

Al-Quran memperkasakan bangsa yang menerimanya dan menganut Islam berpandukan Al-Quran dan menolak penganutnya yang meninggalkan Al-Quran, termasuk bangsa arab sendiri yang diwahyukan Al-Quran dengan bahasa mereka terpaksa menjadi pengikut di belakang apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran. Ini dinyatakan oleh Firman Allah:

وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨ محمد.

“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma bagi menegakkan Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain (yang menegakkannya); setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38)

Sebenarnya ilmu Al-Quran untuk semua manusia, bukan dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Maka Allah menjadikan bangsa yang silih berganti memimpin dunia Islam bersama petunjuk Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ramai para ulama besar dan ilmuan selepas bangsa arab, bukan lagi daripada bangsa arab. Sehinggalah umat Islam menghadapi zaman kelemahannya kerana meninggalkan Al-Quran. Apabila petunjuknya dihakiskan, para ulama yang menyambung warisan Rasulullah S.A.W. dipinggirkan oleh pemerintah yang bermaharajalela dengan kemewahan di zaman kemuncak berkuasa.

Sebenarnya begitulah adat pusingan dunia, berlakunya juga giliran kepada umat Islam apabila para pemerintahnya tergoda dengan tamadun barat yang muncul. Kemunduran umat Islam kerana meninggalkan ajarannya, adapun kejatuhan umat yang lain kerana kesesatan dan kelemahan ajarannya.

Pihak barat yang bermusuh terhadap Islam secara melulu hanya mengambil kemajuan sains dan teknologi yang dimajukan. Kemuncaknya Revolusi Industri di Eropah tanpa agama, khususnya agamanya sendiri, akhirnya bergabung permusuhan para paderinya dan kerajaan terhadap Islam. Allah telah berfirman:

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩ البقرة

“Sebahagian besar Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al-Baqarah: 109)

Beginilah permusuhan mereka terhadap Islam kerana menolak petunjuk Islam dan kedegilan menentang petunjuknya yang menghalang hawa nafsu mereka yang mahukan perkara haram dalam segala aspek, khususnya kekuasaan politik dan kekayaan ekonomi yang boleh digunakan bagi memenuhi kemahuan nafsu semata-mata, sehingga agamawan mereka meminda Kitab Allah (Taurat dan Injil), kecuali segelintir sahaja yang beriman dan budiman yang dipinggirkan. Maka Allah juga memerintahkan supaya umat Islam lebih bersabar dan bersikap pemaaf terhadap mereka selagi mereka tidak menceroboh dan melampaui batas.

Kini kita menyaksikan tamadun barat berasaskan kemajuan sains dan teknologi tanpa petunjuk telah mengalami keruntuhannya yang merudum dengan tangan-tangan mereka sendiri, sehingga mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang paling buas, membangunkan negara sehingga merosakkan alam sekitar dan mencipta bahan-bahan yang merosakkan jasad sendiri. Benarlah firman Allah:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41)

Namun Islam dan penganutnya pula yang menjadi sasaran, apabila keadaan terkini barat mencipta Islamofobia yang disebarkan kepada kalangan mereka dan ada kalangan penganut Islam yang termakan pengaruhnya dan menjadi alat mereka.

Adapun agenda usaha menghapuskan Al-Quran, bukan caranya mengharamkan kitabnya sehingga dibakar hangus dan dilarang membaca, hanya yang bodoh sahaja bertindak ganas. Mereka yang memahami sensitiviti penganut Islam tidak mungkin mengharamkan Al-Quran secara langsung atau mengharamkan Solat Jumaat yang merukunkan khutbah atau mengharamkan Ibadat Haji yang berjaya mengumpulkan umat Islam daripada seluruh pelosok dunia, tetapi mereka menyerang melalui pengurusan, pendidikan, pelajaran dan media dengan tujuan untuk melemahkan keyakinan kepada Al-Quran dan menghilangkan ilmunya seperti menolak Hadis, seterusnya menghakiskan amalannya.

Kita dapat menyaksikan kejayaan mereka sementara waktu melahirkan penyangak-penyangak di kalangan umat Islam sendiri selepas kemerdekaan. Ada kalangan yang menganggap tidak penting lagi kepada Al-Quran kerana bertuhankan kemajuan sains dan teknologi yang mengodanya, kononnya tidak perlu ramai para ulama dan ahli qurra’ yang mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah. Maka sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz menjadi sasaran, khususnya apabila mereka mendapati adanya kelemahan walaupun sedikit. Padahal mereka tahu betapa sekolah itu boleh bergerak dengan hanya sumbangan si miskin yang lebih banyak dan hanya segelintir kalangan kaya raya memberi sumbangan.

Ada kalangan mereka berusaha mengisi Hari Jumaat dengan menghapuskan cuti supaya diisi dengan kesibukan, namun mereka boleh pula menukarkan cuti kepada Hari Ahad, kononnya kerana kepentingan hubungan ekonomi. Ada juga kalangan yang menyusahkan pengurusan para jemaah Haji di Jeddah bukannya di Kuala Lumpur yang sangat mudah, di mana layanan terhadap pelabur dan pelancong lebih dimudahkan daripada layanan terhadap tetamu Allah yang menunaikan Haji dan Umrah.

Mereka menggalakkan golongan yang boleh meragukan terhadap ajaran Islam dan memecahbelahkan umat Islam kerana perbezaan kaum dan mazhab yang menjadi masalah dalaman umat dengan menggunakan mereka yang boleh dipergunakan kerana bodohnya atau bebal dan jahat, serta bersedia menjadi khadam upahan dan kuda tunggangan.

Namun Allah telah menunaikan janjinya memelihara Al-Quran dan pendukungnya dengan firman-Nya:

 إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ ٩ الحجر

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah Al-Hajr: 9)

Di zaman penjajah dahulu betapa pengajian agama dibendung dan dikepung, namun umat Islam di kampung paling miskin berjaya membuka pusat pengajian agama dan Al-Quran dengan sumbangan sesama mereka tanpa bantuan kerajaan penjajah pada masa itu. Dalam masa yang sama, penjajah membuka institusi pendidikan mengikut sistem dan agenda dan strategi yang diatur, sama ada aliran bahasa mereka, bahasa kebangsaan atau aliran agama Islam yang sengaja diwujudkan dengan cara dan matlamatnya tetap untuk melumpuhkan Islam dan penganutnya. Sehingga kita menyaksikan betapa penggunaan huruf Al-Quran dalam Bahasa Ibunda di kalangan bangsa yang menganut Islam berjaya dihapuskan di kebanyakan negara umat Islam, bersama pencemaran bahasanya dan memahami Islam sekadar fardu ain yang sangat lemah.

Mempelajari Al-Quran tanpa kemampuan materialistik dan serba kekurangan menunjukkan kebolehan Islam hidup bersama Al-Quran dan kehaibatannya menyelesaikan masalah semasa yang sentiasa berubah walaupun Islam telah menunjukkan kegagalan semua ideologi dan teori yang lain, namun Islam juga dipersalahkan.

Kini kita sedang menyaksikan kesedaran di kalangan umat Islam sendiri yang ingin kembali semula kepada Islam sama ada golongan yang mengikuti pendidikan dan pengajian Islam secara langsung atau tidak langsung, termasuklah kalangan mereka yang diselam sedalam-dalamnya supaya lemas dalam sistem pendidikan dan pengajian barat, sehingga dijahilkan tentang Islam ataupun mereka yang berada di negara barat sendiri yang menyaksikan kemusnahan barat secara dekat.

Ulama terkenal Al-Marhum Abu Hasan Ali Al-Nadawi menegaskan dalam penulisannya:

“Bahawa Allah menunjukkan Al-Quran adalah mukjizat termasuk cerita dan kisah yang dinyatakan, bukan sekadar cerita, tetapi petunjuk di sepanjang zaman. Apabila Allah S.W.T menghancurkan kezaliman Firaun yang paling kejam dan zalim, sehingga membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan bagi menghalang kelahiran Nabi Musa A.S. yang diramalkan dengan izin Allah benarnya. Tiba-tiba yang hendak dihapuskan kelahirannya dijaga dan dibesarkan di dalam Istana Firaun. Kini penjajah yang mencipta kalangan umat Islam supaya menjadi alat dan perkakas mereka bagi menentang Islam, tiba-tiba muncul di dalam kilang mereka sendiri ramai kalangan yang menyalakan semula cahaya Islam”

Inilah kenyataan firman Allah:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8)

Kini jumlah umat Islam di negara barat makin meningkat, bukan sahaja kebanjiran pelarian yang berhijrah daripada negara yang sengaja dihuru-harakan. Bahkan fitnah Islamofobia yang dicipta oleh barat telah menambah minat kalangan ilmuan barat untuk mengkaji terjemahan Al-Quran dan buku-buku ilmu Islam yang diterjemahkan, menyebabkan ada kalangan mereka yang telah menganut Islam dan mempertahankannya.

Maka golongan yang menghina Islam di sana sini, atau meremeh-temehkan pengajian Islam kerana bangunannya yang tidak sempurna, kemudahan asas yang tidak lengkap kerana kemiskinan yang sengaja dibiarkan atau pengajiannya sekadar di peringkat asas paling rendah, sedarlah bahawa semua yang bercakap itu hanya laksana serangga agas yang kecil yang menumpang najis binatang yang berkeliaran.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 29 Zulhijjah 1438H / 20 September 2017

Monday 18 September 2017

..Allah yashfii

..moga ada kesembuhan dariNya
Allahumma amin ya Rabb

Sunday 17 September 2017

..beriku kekuatan


Allah ya Rabb..
Rasa di hati ini sukar diungkap dengan kata kata
Rasa ini juga tidak boleh diungkap dengan coretan atas lembaran
Rasa ini berbekas lama
Rasa ini mudah memaafkan
Namun..
Rasa ini sukar melupakan...
.....
Allah ya Rabb
    ...seringkali kekhilafan insan lain aku yang dihukum
..seringkali jua rasa ini hadir
....
Allah ya Rabb
  ...pilu dan hiba berselisih rasa
     Diakhirnya...
Bagiku hasbiyallah wani'mal wakil..

Saturday 16 September 2017

Al Quran yang pergi



Jika Allah tarik al-Quran dari dada para huffaz... itu adalah malapetaka kepada ummah... jika para huffaz itu insaf... mungkin masih sempat menghafalnya semula... beristighfar dan bertaubat dari dosanya persiakan al-Quran... kerana al-Quran itu cahaya... dan cahaya ini tidak akan datang kepada pendosa...

Jika kita bangun di waktu pagi... sebelum atau selepas solat... kita membelek-belek mashaf yang selalu dibaca... namun... rupa-rupanya kesan cetakan telah hilang... hanya tinggal helaian-helaian putih sahaja... kita pasti berduka... kemudian kita beli naskhah yang baru... keesokannya kita sudah boleh menyambung bacaan yang terhenti...

Hari ini Allah menarik al-Quran bersekali huffaznya... membawa bersama khazanah al-Quran... peritnya? Kali ini ia berganda-ganda... sedih yang membekam... ditambah lagi kesulitan mencari bakat baru... serta masa menggilap potensi hafazan mereka...

Sebenarnya... kematian mereka adalah ujian buat kita... Lalu.... jasa apa yang telah aku buat untuk al-Quran?

(Catatan 14/09/2017)..credit to my beloved friend Dr Wan

..kiranya begitu


Wahai anakku,

Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu. Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,

Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.

Wahai anakku,

Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,

Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.

Wahai anakku,

Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,

Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan Allah.

Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu.

Wahai anakku,

Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Thursday 14 September 2017

antara tadbir dan taqdir

MUSIBAH KEBAKARAN MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA 20 ORANG DI DARUL QURAN ITTIFAQIAH, KUALA LUMPUR.

Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Berdoalah kepada mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran."

Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah

 الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan."

Maka tidak akan ditimba musibah ini."

(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)

Kami mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada' sebagaimana hadis Nabi SAW:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Sebaiknya kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa. Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar.

InsyaAllah, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang dalam perjalanan ke sana.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Wednesday 13 September 2017

Innalillah..



Moga Allah tempatkan anak-anak ini Di syurga-Nya.

Dibangkitkan dengan pakaian syurga yang paling indah, diraikan Oleh seluruh malaikat Dan penghuni syurga.

Anak-anak ini akan menanti ibubapa mereka Dan juga para guru mereka untuk dikalungkan dengan mahkota kebesaran...

Moga Allah anugerahkan kesabaran + keredhaan kepada orang tua mereka menghadapi ujian ini.

Monday 11 September 2017

tidak tercari

Di hadapan cermin aku memandang diri
    Ku lihat satu persatu parut mendiami
       Dan semuanya ada cerita tersendiri
         ..yang ku simpan hingga kini

..tapi parut di hati tidak tercari
   walaupun peritnya pedih sekali
          dan sakitnya berbaki
                 ................
                         ....................

Kemangkatan Tuanku




إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Berarak mendung kelabu
Awan petang membawa erti seribu
Terkunci terhenti semua membisu 
Saat langkah semakin longlai dan lesu

Merafa' sembah takziah buat seluruh kerabat Tuanku
Sebutir permata gugur layu
Bermula episod rindu
Payung yang memayungi mahkota seluruh rakyat jelata
Dijemput Yang Maha Esa
Penuh takzim bersemayam jasadmu di singgahsana syurga
Hati kecil kami seia senada seirama
Terbungkam sebuah rasa
Damailah Tuanku di sana

Curahan keringat Tuanku payung mahkota
Menjadi saksi yang terus hidup dalam jiwa-jiwa
11 September 2017 ternokhta di dunia
Namun bermula sebuah kembara
Amal soleh Tuanku menjadi kunci syurga
Doa sekelian rakyat tiada penghujungnya
Darul Aman itulah SYURGA BUAT TUANKU selamanya....

Interpretasi Agung 
Buat Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Mu'tassim Billah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah 


Wednesday 6 September 2017

..Rohingya


A summary of what is going on in Burma:

Burma is located near China and India. There is a Muslim nation called Rohingya in Burma. They have another name, the Myanmar. The country is ruled by a Buddhist army. Muslims there represent about 10 percent of the population. Muslims there are subject to extermination and displacement.
This story is not new. This crime began a long time ago.

In 1784, a Buddhist king called "Bodawpaya" feared the spread of Islam in the region. From then on he began to persecute the Muslims. Buddhists have committed the worst crimes against them, such as burning children, killing, torture, and other forms of persecution because their only sin is that they are Muslim, nothing more!!

When the Muslims of Burma tried to escape, no Muslim country was willing to accept them. The only option they had was to die at sea or from hunger, fear, and intimidation.

Why do I tell you this painful story? Because we will be held accountable and we will be asked about our Muslim brothers tortured in a land and we did not support them!!

If someone asks me what can I do for them?! How can I help them?

I will say: It is very simple. These brothers in humanity and religion... no one knows anything about them. The media does not speak about them and their suffering.

The simplest thing you can offer them is to let others know their story and to feel their suffering. Know that all the problems you have in your life - I swear by Allah - are nothing compared to the calamitiy of the people of Burma.

They have been abandoned by the Islamic world and the human world. They resemble the people of Al-Ukhdood (Surat Al-Burooj)

Spread their cause and make the world know it and know what is happening to them. This is a stain on the forehead of all of humanity and on the Islamic world in particular. Pray for them a lot in your prayers, in private, and at all times: that Allah removes his calamity from them and brings His anger upon the tyrant killers, and doing this is the weakest level of faith!

The Messenger of Allaah (may the peace and blessings of Allaah be upon him) said: "The believers in their love, mercy and sympathy, towards one another are like one body, if one limb complains, the rest of the body joins it, staying up at night with a fever."

O oppressed people of Burma, O oppressed Muslims around the world, Allah is sufficient for us and for you, and He is the best trustee.

Oh Allah, we entrust you with our brothers everywhere.

M.N.

- Dr. Mohamed Al Arefe

Taqabbalallah...












Monday 4 September 2017

..harapan

Semalam masa nak balik dari kampung ke Bangi, aku cakap kat emak dan ayah“InshaAllah nanti cheq balik lagi... (dalam hati aku pasrah.. entah bila?? ,”

Emak ayah cuma senyum dan angguk sahaja..
....Dan seperti biasa, emak akan melambai tangan dan ayah memandang sayu...

....Dan segala perasaan pun berkumpul di dalam dadaku.... Berkata-kata di dalam hati bagaimana itu bagaimana ini...

Aku terfikir satu perkara tentang anak2ku..., sama ada sempat atau tidak untuk melambai mereka balik nanti, aku merasakan sesuatu...

...sampai masa, aku pula berdiri di luar pintu .. melambai anak-anak kembali ke bandar..

Kemudiannya.
kereta anak2 aku berlalu dan hilang terus dari pandangan..
Lalu aku berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Yang sebelum ini ada tiga kanak2 pernah berlari.. berebut makanan...lalu terlanggar vase bunga..yang pernah dulunya menjadi tempat aku bising-bising suruh solat, suruh mandi, suruh bangun, suruh belajar, suruh pakai baju elok-elok, suruh cakap baik-baik, suruh hormat orang tua, suruh jadi baik, suruh jadi orang kuat, suruh berkawan, suruh sentiasa takut Tuhan, suruh banyak selawat, suruh semua benda yang baik-baik...

...Dan aku pun duduk...suamiku di sisi berpandangan sesama sendiri... Lalu merenung hari2 yang bakal tiba.. Melalui beberapa gugus lagi hari-hari mendatang..
.... Lalu dibawa pergi segala roh dan jasad kami mengimbau segala kenangan.

Pesan mama dan ayah
Hiduplah wahai anak-anak, sebagaimana yang pernah kami ajar dan suruh.
Dan tinggal-tinggalkanlah kami dengan doa yang sebanyak-banyaknya.

...Saat aku akan jadi manusia yang setiap hari sedang merayu-rayu dengan tangan kedut, wajah yang berkerut, hati yang semakin hari semakin merapuh, yang aku mahu ialah melihat kalian pulang dan menziarahi, mendakapku erat-erat hingga terasa panas di dadaku, seperti mana aku pernah mendukung kalian dimasa kecilmu.. Hingga kau tertidur dan lena.

Dan pada itu, semua masa dan waktu terhenti...
 Kita gembira.
Tuhan juga suka.
 Lalu kita sama-sama dijanjikan syurga.

Friday 1 September 2017

..learned

I learned that who doesn’t look for you, doesn’t miss you and who doesn’t miss you doesn’t care for you… that destiny determines who enters your life but you decide who stays… that the truth hurts only once and a lie every time you remember it. There are three things in life that leave and never return: words, time and opportunities… therefore, value whoever values you and don’t treat as a priority whoever treats you as an option.

Eid Al Adha Mubarak 1438

*Salam Eidul Adha al Mubarak 1438*

Cucur darah sembelihan korban
Tali dibuka sembelihan dilapah
Wuquf di Arafah simbol kesatuan
Kembali semula kekuatan ummah

Zikir talbiah memulakan ihram
Niat yang jitu menuju Makkah
Takbir memecah keheningan malam
Rakyat bersatu menuju hadharah

Ibadah korban sunnah muakkadah
Mendorong pengorbanan untuk berjihad
Raya korban meneguh tadhiyah
Mendukung kewajipan umat Muhammad


Ikhlas daripada:

Mazli Zakuan Mohd Noor
Latifah Abdul Majid
Ammar Muhammad Shahmie
Nawrah Afnan Kamilia
Ammar Aiman Akmal