Saturday 5 September 2020

terus melangkah

Kehidupan ini kadangkala amat memeritkan untuk sebahagian kita. Cabaran dan ujian tidak putus-putus datang menimpa.

Yang membezakan antara kita adalah usaha. Ramai saja yang bersungut susah, tapi tidak mahu berubah.

Asyik merungut dan menyalahkan pihak lain. Hanya mahu disuap. Jika pun buat kerja, nak cari kerja yang dapat kaya cepat.

Zaman sukar, usah memilih. Buat apa saja kerja halal asal dapat terus bertahan sebelum Tuhan buka pintu rezeki yang lebih luas.

Kita rasa kita susah, ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Dan mereka berjuang dan berkorban hanya untuk hidangan makanan untuk ahli keluarga.

Jangan mengalah. Terus kuat melawan dan bertahan. Paling penting, buang segala ego dan sikap suka bermalasan. Buang semua sikap yang suka mencari alasan.

Terus mencari jalan, usaha dan buat sungguh-sungguh. Lambat atau cepat, pasti akan nampak hasilnya. Lambat atau cepat, pasti lebih banyak pintu rezeki akan terbuka.

Sekuat mana pun ribut, pasti akan berhenti juga. Selebat mana pun hujan, pasti akan reda. Terus bertahan, terus melawan sehingga waktu itu.

Pasti satu masa doa kita diperkenan Tuhan. Dan kita dapat keluar dari segala cabaran dan ujian.


Amin.

#MFS
- The struggle is real -