Wednesday 26 May 2021

😍

 "Semakin ke depan hari berlalu semakin lama ditinggalkan ke belakang. Engkaulah memori itu"








Friday 7 May 2021

Laylatul Qadar

Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?

============

1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsirnya, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheikh al-Azhar itu:


والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة


“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.


2. Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:


وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ


“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr)


3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.


4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:


أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،


“Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”


5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mlm 26 Ramadhan

C&P dari page Dr MAZA

Wanita Haid di Lailatul Qadar 


Dr MAZA: Ramai wanita bertanya saya, apakah yang patut dibuat oleh wanita haid agar tidak terlepas kelebihan Lailatul Qadar?


Jawapan ringkas saya secara pantas ialah, wanita yang haid tidak wajar terlepas dari kelebihan Lailatul Qadar. Menghidupkan Malam al-Qadar itu adalah dengan beribadah. Wanita haid masih boleh beribadah sekalipun tidak boleh solat. Antara yang boleh mereka lakukan ialah;


1.      Berdoa kepada ALLAH. Doa adalah ibadah. Sabda Nabi s.a.w:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ، {قَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}

 “Doa itulah ibadah. (Kemudian Nabi s.a.w membaca firman ALLAH dari Surah al-Gahfir ayat 60) -maksudnya-“Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKU nescaya AKU memustajabkan untuk kamu” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Hadis sahih)

 

2.      Beristighfar. Istighafar iaitu memohon keampunan ALLAH, ia mempunyai fadilat yang sangat besar. Begitu banyak dalil mengenai fadilatnya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Wanita haid sama seperti orang lain digalakkan berdoa dan beristighfar. Dalam hadis Nabi s.a.w menyebut:

ينْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

 

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun (dengan makna yang layak bagi keagunganNYA) setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

3.     Membaca pelbagai zikir seperti tasbih (subhanalLah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (la ilaha illa ALLAH), solawat dan pelbagai lagi. Haid tidak menghalang mereka menghayati zikir-zikir ini.

 

4.     Membaca al-Quran. Wanita haid boleh membaca al-Quran merupakan pendapat dalam Mazhab Malik, riwayat qaul qadim Mazhab al-Syafii, salah satu qaul al-Imam Ahmad, Mazhab Zahiri, pendapat Ibn Jarir al-Tabari, pendapat ini yang ditarjih oleh al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim dan al-Imam al-Syaukani dan ramai tokoh tarjih yang lain termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Lajnah Fatwa Arab Saudi juga mentarjihkan pendapat ini. Hujah dan alasan pihak yang membenarkan dilihat kukuh di segi dalil nas dan akal. Namun, majoriti ulama khususnya dari Mazhab Hanafi, Syafii dan Hanbali tidak membenarkan. Mereka juga mempunyai hujah dan alasan yang tersendiri. Kalangan mereka mengizinkan jika ada keperluan seperti untuk guru al-Quran dan pelajar yang memerlukan.

 

Bagi yang memilih pendapat yang membolehkan wanita haid membaca al-Quran, dia sewajarnya membaca dari ingatan atau dari HP atau apa skrin, tanpa menyentuh mashaf al-Quran. Adapun menyentuh mashaf al-Quran, kebanyakan ulama tidak membenarkan termasuk ulama yang membenarkan wanita haid membaca al-Quran juga tidak membenarkan mereka memegang mashaf.

Thursday 6 May 2021

Mlm 25 Ramadhan 1442H

 Ya Rabb..kurniakan kami laylatul qadar..amin ya mujib 

Bolehkah solat sunat duduk tanpa uzur?

Solat sunat boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk walaupun seseorang itu mampu berdiri. Imam al-Nawawi  


Inilah ijmak (kesepakatan) ulamak  dalam Syarh Shahih Muslim, 


Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada ‘Aisyah r.a dia berkata:


 ...وَكَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ فِيهِنَّ الْوِتْرُ


وَكَانَ يُصَلِّي لَيْلاً طَوِيلاً قَائِمًا وَلَيْلاً طَوِيلاً قَاعِدًا


 

وَكَانَ إِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ رَكَعَ وَسَجَدَ


 

وَهُوَ قَائِمٌ وَإِذَا قَرَأَ قَاعِدًا رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَاعِدٌ... 


Maksudnya:


baginda mengerjakan solat malam sebanyak sembilan rakaat, termasuk di dalamnya solat Witir. Pada suatu malam baginda mengerjakannya lama sekali sambil berdiri dan pada malam yang lain baginda pernah mengerjakannya begitu lama dalam keadaan duduk. Jika baginda membaca al-Fatihah dan surahnya sambil berdiri, baginda rukuk dan sujud sambil berdiri pula; dan jika baginda membaca al-Fatihah dan surahnya sambil duduk, baginda rukuk dan sujud sambil duduk pula… 


Hadis riwayat Imam Muslim 


Boleh beramal tak dgn hadis ni ustaz?


Jawapan:


Waalaikumussalam wbt.


Ya benar.


1- Solat sunat boleh dilakukan dalam keadaan duduk tanpa uzur. Akan tetapi pahala solat itu akan berkurangan berbanding solat secara sempurna.


2- Untuk solat fardhu wajib berdiri jika mampu, kerana ia rukun solat. Boleh solat duduk apabila tidak mampu berdiri.


Wallahua'lam.