Friday 24 July 2020

impianku

..kesempurnaan bukan milik kita
di sana kusandar harapan
seandai kekhilafan sering menjadi milikku
kelembutan dan kasih sayangmu impianku melimpah
namun ia bukan milikku

Sunday 19 July 2020

realiti dunia kami


Sharing dari sahabat...

Realiti Kerjaya Ahli Akademik di IPTA Era IR 4.0

Biasalah jika ada rakan-rakan bertanya saya tentang keseronokan berkerja di IPTA dan tidak kurang yg mohon rekomen untuk dilantik sebagai pensyarah. Saya tanya kenapa nak jadi pensyarah?. Sebahagian jawapan kata sebab nak cari peluang untuk tingkatkan ilmu, dah ada PhD tentu sesuai jadi pensyarah takkan nak jadi cikgu biasa, atau tukar profesyen lama ke baharu. Kesimpulannya saya dapati, kebanyakan mereka berfikir, ada PhD kira automotik layak jadi pensyarah. Ada yang saya rekemen dan ada yg saya diam diri. Mari saya ceritakan...

Pada hari ini, mendapat PhD dengan bercita-cita untuk menjadi pensyarah di IPTA kerana memikir akan menumpukan fokus pada penyampaian ilmu kepakaran semata, ternyata anda tersilap jika fikir begitu. Anda ingat kerja pensyarah hanya kilik fail dan beg masuk dewan kuliah bagi syarahan lantak ke pelajar nak faham ke tidak.. Itu adalah trademark pensyarah IPTA 20 tahun sebelum ini.

Hari ini, hampir tiada lagi istilah “pensyarah” kerana akan digantikan dengan “ahli akademik”. Tugas ahli akademik di IPTA hari ini hanya 1/3 masanya untuk P&P. 2/3 lain dihabiskan untuk memenuhi KPI dan sasaran besar universiti anda bertugas. Ia meliputi tugas pentadbiran, penyelidikan, pembngunan pelajar, membina jaringan dengan industri lokal dan antarabangsa, dengan komuniti, meningkatkan score univ anda mengatasi IPTA lain, melestarikan visibility fakulti anda dalam persaingan yg sengit dengan fakulti lain untuk dilihat releven dan yang paling berat ialah mencari pendapatan, dana dan keuntungan untuk fakulti/Univ semaksimum mungkin. Setakat penyediaan laporan itu ini tak perlu cakaplah.

Yeah, apabila menjejak kaki ke IPTA, anda bukan semata-mata pengajar, anda juga mesti menjdi perancang, penggerak, strategis kewangan, pakar pengiklan, pakar komputer dan segala pakar lagi yang perlu dijelmakan dalam fizikal anda. Ingat senang-senang ka univ bayar gaji anda untuk cukupkan masa berkerja mulai 8 pagi - 5 petang.

Berada di IPTA, anda sentiasa perlu bersikap positif untuk kekal fit. Andai bajet dipotong, pengurusan Univ tetap berjalan seperti biasa. Kekurangan bajet itu mesti dicari oleh anda sebagai warga univ. Kegusaran kewangan yg kritikal perlu dirasai oleh semua pihak.

Jika tidak fit untuk tugas di atas, tidak payahlah apply jadi ahli akademik IPTA kerana nanti anda akan menjdi liabiliti kepada fakulti. Kerja2 yg sepatutnya anda buat akan ditopang  oleh orang lain kerana KPI univ mesti dicapai walaupun orang seperti anda bermasalah. Terdapat bnyk kes, semasa temuduga calon akan mengaku sanggup melakukan semua tugas tetapi selepas sahaja disahkan jawatan, maka kelakuan sebenar akan terserlah. Jika selalu escape, maka akan selamanya begitu sampai pencen. Tapi kes ini bukan majoriti tetapi ada.

Banyaknya amanah kerja dalaman menjadikan kebanyakan ahli akademik tiada punya masa untuk menjadi selebriti popular. Banyak cerita ‘gelap’ dan duka dalam saling cover-mengover antara pensyarah/ahli akademik yang komited kerja dalaman dan yang komited kerja luaran.

Di sini, saya bukan ingin membicarakan pasai attitude ahli akademik tetapi ingin mengingatkan calon2 PhD atau sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi ahli akademik di IPTA hari ini. Pengurusan IPT bukan lagi tanya hebatnya PhD kamu kerana PhD adalah syarat utama yang dimiliki semua calon yg ditemuduga. Mereka mahu tahu apa yang kamu boleh berikan pada univ nanti. Tenaga, masa dan wang ringgit perlu dibayar balik 3 X ganda selepas dibayar gaji bulanan dengan kenaikan tahunan tidak sampai RM300 (untuk gred DS51/52).

Saya tidak mahu bercerita tentang yg indah-indah kerana ia tidak banyak. Fikirkan betul-betul. Jika anda tidur, dalam mimpi pun kena berfikir adakah hasil mimpi itu menyumbang kepada pengukuhan IPT anda berkerja. Itu saya tidak sebut tentang penyeliaan pelajar lagi. Kena baca, semak dan perbetul. Pelajar zaman sekarang, bukan mcm dahulu.. Anda perlu jadi editor, sunting dan buat ayat untuk betulkan. Semua itu perlukan masa dan tiada bayaran tambahan. Bukan sekali semak, malah berkali-kali.

Berbanding guru, kenaikan pangkat ahli akademik bukannya ada time based. Bukan dengan menulis artikel jurnal sahaja akan dinilai, ada 7 kriteria yang perlu dipenuhi. Cukup syarat pula kadang-kadang semasa nak mohon, pihak atasan ubah “tiang gol”, maka tunggulah pula untuk sasaran baharu. Jika syarat tak cukup, maka kekallah anda dengan gred jawatan hakiki sampai pencen. Jika skim jawatan guru (perbandingan), dengan gred mula DG41, berkemungkinan boleh pencen dgn DG54 pengetua cemerlang yg setaraf professor madya.

Bagi saya, tekanan tugas yang pelbagai ini jika dapat diserap dengan baik, akan membuatkan kita berasa gaji yang diterima itu berbaloi dan dipenuhi barakah serta kurang dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jika anda sudah bersedia, maka selamat datang ke dunia IPTA semasa!

Dr HK
18/7/2020