Tuesday 29 January 2019

I am touched

Alhamdulillah n thx so much my ❤️atas kiriman itušŸ˜Š..I am touched...my heart is perfect because.,
     You are inside



Saturday 26 January 2019

andai ini taqdirku..

..terbaca satu artikel bertajuk ”perkahwinan tanpa zuriat “
Allahuakbar!
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa..
Duhai hati..bersabarlah dgn ujian dari Rabb mu..bersangka baiklah dengan Rabb mu
Andai ini taqdirmu..redhalah
Tanpa sedar airmataku mengalir lagi

sabarlah...

Pernah lalui situasi di mana kita luahkan rasa susah dan mereka yang mendengar hanya berkata, "Ala kau ni, ada orang lagi susah dari kau tau tak, benda kecil je ni" Apa perasaan kita masa tu?

Ya, sakit dan pedih.
Seolah-olah macam kita sengaja memperbesarkan masalah yang sebenarnya sekecil kuman. Terasa seperti kita sengaja suka-suka mengeluh tentang hidup yang kadang terasa begitu menyesakkan.

Akhirnya kita berikrar untuk tak akan sesekali ceritakan rasa susah kita lagi. Kita memilih untuk diam, memalsukan senyuman dan teruskan melangkah. Tanpa kita sedari topeng wajah-bahagia-palsu selalu sedia terpasang di muka setiap kali keluar dari dunia sendiri.

Kita fikir dengan begitu hidup akan baik baik saja. Kita mulai rasa benci dengan diri sendiri, 'Kenapa masalah kecil macam ni pun nak rasa down?' Soalan yang sama berlegar-legar dalam kotak fikiran tanpa henti.

。。。

Mungkin begitulah perasaan mereka yang memilih untuk diam dan teruskan hidup dengan luka di hati. Rasa kecewa diperlekehkan akhirnya memakan diri.

Percayalah kawan, setiap dari kita punya kesusahan dan kesedihan tersendiri. Masalah yang nampak kecil di mata kita mungkin merupakan masalah yang paling besar dalam hidup orang lain.

Tanamkan dalam hati,
Jika ada yang datang mengeluhkan hidup, dengarkan. Mereka datang bukan cuma untuk meraih simpati, tetapi mereka percaya bahawa kita adalah seseorang yang boleh dipercayai.

Jika tak punya cukup rasa empati,
Berusahalah untuk memperbaiki hati.

Thursday 24 January 2019

Kami dari institusi berbeza  KKM, UM, UKM, UITM tp dipertemukan dlm satu penyelidikan.



Monday 21 January 2019

ubatkan hati yang luka...kesatkan titisan airmata yg mengalir...duka tangisan menjadi warnaan rasa dihujung waktu yg dipersia..betapa jauhnya perjalanan yg dicipta bersama shgga terlalu sulit utk merungkai kenyataan dan impian..berdosakah harapan yg dititip..walau tahu ianya semua tak pasti.kita temui setiap jalan yg buntu...tp ckplah sbg tanda akan pernah hadirnya sebuah kisah seorang aku yang terakhir dihujung perjalanan yang panjang..luka yg tertinggal takperlu lagi ditanyakan kerana kau lebih tahu...

Sunday 20 January 2019

kiriman sahabat buat renungan hati



Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

Saturday 19 January 2019

sanah helwah my love

18012019..
ALHAMDULILLAH wishing u a happy lovely birthday to my ❤️ Mazli Zakuan Mohd Noor. Moga sentiasa dilimpahi rahmah n barakah, bertambah keimanan dan ketaqwaan. Terus istiqamah dgn perjuangan Islam.
...alhamdulillah dengan izinNya meraikan hari ulangtahun kelahiran honey Di Pantai Batu Buruk..it was so great, had a wonderful moments wth him around..feeling so blessed n lovely
..diriku seperti ombak tetap setia mengunjungi pantai walau diri ini tidak dipeduli..
puitis dari honey☺️

..fotographer siap pesan buat laa gaya sikit..hahahahh nak oii ...
kami org tua dah tak reti berposingšŸ¤£šŸ¤£

stunning view dari Primula suite

the only 1..I luv him so much

Sorry syg, no cake jst chocs, cards n ♥️ 

Sunday 13 January 2019

Dating wth my love

...pesanan sahabat
  “Kita seumpama teabags. Kita mungkin tidak pernah tahu betapa kuatnya kita, bila kita dicelup ke Dalam air panas”.

Alhamdulillah atas segala kurniaanNya.,syukuri nikmat yg dianugerah walaupun diselangi ujian hati...




Family time

Jalan2 ziarah ke Tasik Puteri


















Wednesday 9 January 2019

worth reading

PELETAKAN JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SELEPASNYA
By
Tun Abdul Hamid Mohamad


Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga.

Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya. Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika baginda tidak sukakan pekerjaan itu atau baginda tidak sukakan orang yang baginda perlu bekerja dengannya atau atas alasan apa pun, tindakan yang baik untuk dilakukannya ialah meletakkan jawatan.

Kita tahu bahawa beberapa hari sebelum tarikh itu, Raja-Raja mengadakan mesyuarat tidak berjadual. Kita tidak tahu sama ada mereka membincang berkenan YDPA Ke-15 atau kedudukannya, apa keputusan yang dibuat, jika ada dan sama ada ia telah disampaikan kepada baginda. Jika jawapan kepada semua soalan-soalan ini adalah afirmatif yang mengakibatkan peletakan jawatan itu, itu adalah cara yang sangat terhormat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Malah Dato' Seri Najib, katakanlah apa yang anda suka mengenainya, menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan dengan cara yang terhormat apabila partinya kalah dalam GE 14.

Bandingkan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak selepas GE 13 yang  berpaut di meja Speaker apabila pengawal-pengawal dewan cuba mengeluarkannya dengan paksa apabila beliau enggan mengosongkan kerusinya, selepas kerajaannya kehilangan majoriti dalam dewan itu. Jika beliau berpendapat bahawa kerajaannya masih mempunyai majoriti dan/atau beliau fikir beliau lebih kuat daripada pengawal-pengawal itu sekali pun, beliau sepatutnya bangun dan berjalan keluar dengan cara yang bermaruah kerana, bukanlah  martabatnya, sebagai seorang Speaker, yang berpakaian lengkap, untuk bergelut dengan pengawal-pengawal itu, apatah lagi, apabila  akhirnya, beliau di angkat keluar dari dewan itu. Beliau sepatutnya mencari remedi lain.

Saya telah menyatakan pendapat saya bahawa adalah satu kesilapan bagi YDPA memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang masih menjalani hukuman pemenjaraannya  dan memberitahu bahawa beliau akan diampunkan, juga sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan. Lebih buruk lagi apabila YDPA memberitahu Dato' Seri Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya. Itu demoralise mahkamah, Pendakwa Raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya. (Lihat Pengampunan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan Kepada Saiful (14 05 2018)).

Suatu perkara lagi yang kita baca dalam media yang dilakukan semasa pemerintahan baginda ialah YDPA selalu mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat. Majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Tun Md Rauf sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh lanjutan itu dilakukan pada waktu malam. Begitu juga majlis angkat sumpah Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini adalah fungsi rasmi YDPA yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat.

Majlis mengangkat sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri wajar diberi perhatian khusus. Kita membaca bahawa sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa PH telah mendapat majoriti, pada malam itu juga, Tun Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kerana takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh Ahli-Ahli  Parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang  bakal Perdana Menteri  untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan YDPA jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri.

Kedua, YDPA tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. YDPA berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu. Jika Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, biarkan mereka berbuat demikian. Sekurang-kurangnya, YDPA sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya.

Upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri adalah upacara mengangkat sumpah yang paling penting yang dilakukan oleh YDPA. Ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai, dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan Perdana Menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen. Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

Saya harap di masa hadapan YDPA tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon Perdana Menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu!

Adalah juga diharapkan, tidak lama lagi Raja-Raja akan memilih YDPA baru yang memahami sistem raja berperlembagaan, federalisme, kedaulatan undang-undang, memahami dan menghormati Perlembagaan dan mematuhinya.

Zaman kuasa mutlak Kesultanan Melaka sudah berlalu. Raja berperlembagaan mesti sedar bahawa kuasanya datang dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang memberi dan menghadkannya. Perlembagaanlah yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa itu dilaksanakan.

Ada kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara, manakala yang lainnya kena  dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri. Perkataan "atas nasihat" mempunyai makna yang berbeza daripada perkataan nasihat yang digunakan dalam perbualan harian. Ia bermakna anda perlu mengikutinya, sama seperti Raja-Raja Melayu mesti mengikut "nasihat" Resident Inggeris sebelum Merdeka.

Saya minta maaf kiranya saya membuat bunyinya tidak sedap didengar. Tetapi, itulah realitinya. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Katalah itu cara orang Inggeris berbuat sesuatu. Setelah berjuang begitu lama menuntut daripada raja-raja mereka yang berakhir dengan raja berperlembagaan yang kita ambil pakai, kata-kata "atas nasihat" tentunya lebih diplomatic dan lebih sedap didengar daripada "seperti yang diperintahkan" atau "mengikut arahan" Perdana Menteri!

Terdapat satu perkara lagi yang perlu diketahui oleh YDPA, iaitu konvensyen. Sistem raja berperlembagaan tidak boleh berfungsi tanpa konvensyen. Ada perkara yang YDPA, seperti juga King atau Queen England mesti lakukan walaupun Perlembagaan (Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis, England tidak) Perlembagaan tidak menyebutnya.

Satu contoh yang baik ialah Perkara 44 adalah contoh yang baik:

“44. Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”

Menurut konvensyen, selepas kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara  meluluskan  sesuatu rang undang-undang, YDPA hendaklah memberi persetujuan baginda. Menurut konvensyen, baginda tidak boleh menolak untuk memberikan persetujuannya. Sekiranya konvensyen ini dan konvensyen-konvensyen lain diketahui dan dipatuhi pada tahun 1983, mungkin krisis perlembagaan pertama dapat dielakkan dan pindaan-pindaan yang banyak yang dilakukan kepada Perlembagaan itu tidak perlu.

Nasib baik atau tidak, selepas tiga Perdana Menteri pertama adalah peguam, Perdana Menteri keempat pada masa itu, seperti yang ketujuh, adalah seorang doktor perubatan. Maka, doktor perubatan itu pun melakukan pembedahan ke atas Perlembagaan yang digubal oleh Law Lords England.

Biasanya, setiap orang yang menjalani pekerjaan baru melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya fikir pekerjaan yang tertinggi dan paling penting di negara ini juga tidak patut dikecualikan, melainkan YDPA adalah seorang peguam. Tiada apa-apa yang hendak dimalukan. Adalah lebih baik untuk belajar lebih awal daripada membuat kesilapan kemudian, apatah lagi apabila kesilapan itu akan membawa akibat kepada seluruh negara.

Sampai kepada rakyat. Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu untuk meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan dalam berbagai perkara, undang-undang, pentadbiran dan politik di mana mereka tidak mendapat perhatian atau penyelesaian yang memuaskan daripada kerajaan.

Sekarang, terdapat satu trend menghantar memorandum kepada Raja-Raja mengenai isu politik semasa, meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan. Perlu diingati bahawa Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan untuk tujuan tertentu. (Sila baca ucaptama saya "Majlis Raja-Raja: Fungsinya Menurut Perlembagaan Persekutuan" (19 September 2017).

Adalah penting bahawa YDPA, Raja-Raja, ahli-ahli politik dan rakyat mengetahui kuasa dan sempadan bidangkuasa institutsi-institusi dalam sistem raja berperlembagaan dan institusi-institusi itu hendaklah befungsi dalam sempadan bidangkuasanya dan tidak diminta untuk mengganggu dalam perkara-perkara di luar bidang kuasanya.

Apa yang paling menyakitkan hati sekarang ialah peningkatan komen kasar, biadab, kurang ajar dan penghinaan terhadap YDPA dan Raja-Raja yang dilakukan oleh, biasanya pemuda pemudi Cina, di media sosial. Tiada pula tindakan diambil terhadap mereka. Adakah ini kegagalan polis atau Peguam Negara atau dasar Kerajaan PH? Kebebasan bersuara ada hadnya. Orang yang tidak tahu, tidak peduli atau tidak menghormati had kebebasan atau memang biadab dan kurang ajar tidak sepatutnya dibiarkan menyalahgunakan kebebasan itu.


09 01 2019

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

Monday 7 January 2019

impikan yg indah

teruslah tersenyum membahagiakan orang disekelilingmu sementara masih diberi kesempatan olehNya...
Semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan terbaik buatku dan keluarga dan mempermudahkan segala urusanku...luka dihati hanya Dia yang tahu dan tak perlu dikongsi..dari  ‘diketepikan bagai barang terbuang’ ku fahami betapa kerdilnya diri..dlm keseorangan ku kenali erti kesunyian yg tak mampu diisi..tetapi  kasihMu dpt menyembuhkan luka dan duka dlm episod hidup...aku kuat...kerana ujian yg memenuhi hidupku..insyaAllah..


Thursday 3 January 2019

..yang terindah

memori berkasih di Baitullah 2014



Yang terindah dalam hidup apabila namaMu ku sebut dan dada ini bergetar
Yang terindah dalam hidup apabila diri berbicara denganMu dan air mata mengalir

Yang terindah dalam hidup apabila setiap pengaduanku Kau jawab dengan mengurniakan aku hati yang lapang dan damai seolah-olah semua ujian itu sangat kecil

Yang terindah dalam hidup apabila kelak Kau panggil aku yang hina ini pulang dalam keadaan Kau redha dan aku terlalu rindu ingin bertemu denganMu
.
.



Tuesday 1 January 2019

Tiada yg kekal

Ya Allah di tahun baru 2019 ini aku mohon padamu berilah ilham padaku untuk aku lebih mensyukuri segala nikmatmu yg bakal engkau berikan padaku , suami ku, dan pada kedua org tuaku serta keredhoanmu terhadap segala ibadat yg bakal aku laksanakan, dan perbaikilah zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu diatas segala dosaku dan masukkanlah aku ke dalam syurgamu dengan rahmatmu ya Allah...doaku di hening subuh...

...,, Allah ya Rabb
Terkedu saat membaca message mendapat kabar pemergian sahabat juga suami kpd sahabat tersayang pergi mengadap Illahi.. dari Mu kami datang dan kpd Mu jua kami kembali..tiada yg kekal melainkan Engkau ya Rabb
Genap dia tahun pemergian almarhumah FIZAH, tanpa menunggu lama , Dan hari ini 11.05 pagi arwah Ust Roslin menyusul. Doaku moga mereka dipertemukan dlm taman firdausi.,
Agungnya cinta mereka ya Rabb
Terkenang persahabatan kami semenjak di Kolej Islam Klang..juga saat indah mereka disatukan dgn lafaz mulia
Ya Allah rindunya Aku pada arwahšŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­