Sunday 27 May 2018

So beautiful

seluruh bumi ini akan terasa sempit
jika hidup tanpa toleransi
namun jika hidup dengan perasaan cinta
meski bumi sempit kita kan bahagia

melalui perilaku mulia dan damai
sebarkanlah ucapan yang manis
hiasi dunia dengan sifat yg hormat
dengan cinta dan senyuman

sebarkanlah diantara insan
inilah islam agama perdamaian

Hadith tentang 'suara kuat'

Saya terima beberapa mesej pagi ini yang bertanyakan sebuah hadith yang terkandung dalam sebuah video.
 Hadith itu menyebutkan "Suara Kuat berlaku pada Bulan Ramadan, diikuti kekacauan pada Bulan Syawal". Hadith ini diriwayatkan oleh Nuaym bin Hammad dalam kitab Fitan daripada Ibn Mas'ud. Dalam sanadnya terdapat 'Abdul Wahab bin Husayn (perawi majhul) dan Muhammad bin Thabit al-Bunani (perawi lemah). al-Dhahabi menilai hadith ini palsu.
Nuaym bin Hammad turut meriwayatkan daripada Abu Hurayrah: "Akan berlaku satu pertanda besar pada bulan Ramadan .." Dalam sanad ini terdapat Maslamah bin 'Ali (perawi matruk).
Nuaym bin Hammad (penulis buku) sendiri seorang perawi yang lemah walaupun beliau sangat tegar dalam Sunnah. Kesimpulan: Hadith ini tidak cukup kuat untuk menjadi satu pegangan dalam hukum apalagi akidah. Justeru, elakkan daripada menyebarkan hadith ini. Wallahu a'lam.

Juz 12

Ramadhan tahun ini..
Luar biasa rasanya
Apa mungkin kah
Ramadhan ini kali terakhir utk aku menikmati aroma dan auranya..
     Yang terasa ADA adalah tubuh gerak dan suaranya manusia
      Yang tidak terasa ADAnya ialah
aliran kasih ..
      dan gaulan sayang
           serta ulit cintanya
            hilang manja hilang mesra
       kekasih hati. .sahabat dan taulan
    Mujur diri ini masih punya nada bicara mulia dari bonda tercinta
     Yang sedia menyambut tuturku...
Jika tidak dari mesranya insan ini
    .....Maka aku hilang
SEMUAnya.. 😢😭
..
Apakah ramadhan ini terakhir buatku
   Maka. ..
Maghfirah dan ampunan kemaafan sbg hamba itu saja tekadku
Sebelum dipanggil pulang mengadapMu

Saturday 26 May 2018

..moga terus tabah

Masa terus berlalu. .andai boleh diundur.. 
Aku rindu. ..






Dinner JANNAH 2018
















Friday 18 May 2018

terlupakah kita

Kita seolah-olah terlupa...

Kejahatan yang menimbulkan rasa sedih dan insaf lebih baik daripada kebaikan menimbulkan rasa takbur dan bangga.

Kekalahan yang melahirkan rasa insaf dan sedar lebih baik daripada kemenangan yang mendatangkan rasa angkuh dan lupa diri.

Lupakah kita orang yang menangis hari ini adalah mereka yang pernah ketawa gembira hari semalam? Dan boleh jadi kita yang ketawa suka hari ini akan kembali menangis ada hari esok.

Roda kehidupan terus berputaran, hanya iman dan persaudaraan yang bisa menstabilkan!

Thursday 10 May 2018

Doakan

Tahniah kepada PH sekali lagi. Bohong kalau aku cakap aku tak kagum. Lubuk kubu BN dan kerusi top figure BN jatuh satu persatu. Semalam aku pun tak faham diri aku, nak seronok ke nak sedih tengok satu persatu kerusi pemimpin atasan BN jatuh

Apapun, masih terlalu awal untuk gembira bagi aku. Dengan track record Mahathir dan suara membangkang DAP atas isu orang islam, stand aku sekarang, ialah wait and see, sama ada benar suara dominan Mahathir akan dikepung oleh pimpinan PH lain, supaya tidak diktator, dan suara DAP juga direndahkan apabila berkait isu umat Islam. Aku nak lihat pendakwah dalam PH berfungsi atau tidak dengan pendekatan dakwah mereka, seperti pendakwah dalam BN cuba lakukan.

Mereka kata, jatuhkan Najib dulu, dia dah jatuh. Jadi, sekarang, 'its too early to judge PH government' sebab baru sehari naik, kena tunggu beberapa bulan dan setahun dua dahulu. Inilah sebenarnya Presiden Pas nak, kalau nak tukar Najib, biar dalam pilihanraya, jangan memberontak jalanan sampai jadi macam Arab Spring, musim bunga yang tidak berbuah. Prinsip ini kekal, dalam krisis MB Selangor dan Terengganu dulu, nak tukar MB, melalui pilihanraya. Lepas pilihanraya, kita hormat keputusan rakyat.

Sekarang, rakyat dah buat keputusan, maka kita perlu beri sokongan kepada kerajaan PH yang baru. Jangan risau, kita akan sokong dalam perkara betul, dan bangkang dalam perkara salah, sama seperti kita buat ke BN. Nasihatkan kerajaan kalau salah.

Memang menarik PRU kali ni. Ibu segala pilihanraya tidak salah diberi gelaran. Apapun, alhamdulillah, kegembiraan aku untuk PRU kali ni;
1. Pas pertahan Kelantan, dan menantikan janji royalti.
2. Pas tawan semula Terengganu.
3. Kerusi Dun di Kedah dan Pahang bertambah.
4. Kawan2 rapat aku mula faham perjuangan Pas, dan kekal bersama Pas walaupun belum menang.

Aku akui, terpaksa mendengar suara2 sindiran apabila Pas hanya dapat 18 kerusi Parlimen. Tapi anda silap, jangan tepekkan definisi menang anda kepada kami. Menang anda bila BN jatuh, menang Pas bila Islam dimartabatkan sepenuhnya, tidak kisah siapa pun martabatkannya dengan ikhlas, sama ada BN, PH atau Pas sendiri.

Arwah TGNA pernah sebut, kalau UMNO nak laksana Islam sepenuhnya, kita bubar Pas, masuk UMNO. Jadi, kalau PH betul2 nak laksana Islam sepenuhnya, aku akan beri sokongan sepenuhnya kepada PH.

Apapun, sekali lagi, tahniah PH, selamat mentadbir Malaysia, rakyat sedang memerhati.


Terus berjuang!

Al Bayaanul Mubin. Siri 66
24 Sya’ban 1439 / 10 Mei 2018

*SEMANGAT JUANG TERUS MEMBARA.*

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat_
https://m.facebook.com/bayaanulmubin

1. Keputusan PRU 14 diterima dengan lapang dada. Menang kalah akan jadi subjek post mortem parti. Tentu sahaja yang *lemah akan diperkuatkan*, yang *silap akan diperbetulkan*.

2. Tiada keluhan atas keputusan. Sebaliknya tenang mengatur langkah perjuangan sehinggalah Islam tegak di atas tanahair tercinta ini.

3. Jelas perjuangan Islam makin *kukuh bertapak* dan *kuat bertahan* di bumi Malaysia ini. Kerja gigih semua pihak tidak sia-sia. Bermula dari saf kepimpinan parti yang merencana, hinggalah kepada seluruh jentera yang berkorban.

4. Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, saya mengambil kesempatan khusus untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua *warga penerangan* parti disegenap peringkat.

5. Teristemewa kepada *Mujahid Siber* dan *skuad supporter* dari kalangan *sukarelawan siber* yang sangat banyak membantu penerangan PAS menyampaikan mesej kepada masyarakat.

6. Benar, PAS masih belum mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan. Namun atas *kerja keras kalian* semua, risalah Islam yang dibawa oleh PAS kian diterima dan mula mendapat sambutan.

7. Sewaktu kita bersama dalam *Barisan Alternatif* menghadapi PRU  2008, kita memenangi 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi DUN.

~ Sementara PRU 2013 kita bersama *Pakatan Rakyat*, kita perolehi 21 kerusi parlimen dan 85 kerusi DUN.

~ Kini pada PRU 2018, kita pada *blok kita sendiri* berjaya memenangi 18 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN.

8. Ia satu pencapaian yang menakjubkan dan luar biasa. Ternyata *kita tidak kalah*, hanya kita belum menang besar.

9. Saya percaya, jika kita bersama PH pun, kita hanya mampu berpada dengan peruntukan kerusi yang kecil dan memenanginya dengan jumlah yang sedikit. Lebih memenatkan apabila kita pula terpaksa terikat dengan pelbagai aturan dan kekangan.

10. Kini PAS memimpin blok sendiri iaitu Gagasan Sejahtera. PAS lebih bebas menentu polisi, dasar, prinsip dan halatuju perjuangan Islam.

11. Memenangi kerusi DUN dan *membentuk kerajaan 2/3 majoriti* di Kelantan dan Terengganu adalah satu kejayaan besar. Menjadi _“King Maker”_ di Kedah dan Perak serta menambah 5 kerusi DUN di Pahang adalah *tambahan nilai bermakna buat perjuangan Islam* yang didukung oleh PAS.

12. Perjuangan ini memang ada pasang surutnya. Justeru itu, tiada apa yang perlu diratapi dalam perjuangan ini. *Jika jatuh, kita bangun. Jika rebah kita bangkit*. Namun bersedih, merajuk, kecewa dan berpaling lari meninggalkan perjuangan ini bukan perangai dan akhlak mereka yang berdarah pejuang.

_Hayatilah Firman Allah swt :_

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

_Dan berapa banyak dari Nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak lemah dan tidak pula tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar._

Surah Ali Imran : 146

وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

_Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir._

Surah Ali Imran : 147

13. Perjuangan kita masih jauh. *Jalan tarbiah, dakwah dan siasah masih panjang*. Ayuh kita atur langkah dan menapak dengan sabar dan tabah. Allah swt bersama dengan hambaNya yang sabar. Berjalanlah atas jadual Allah swt tanpa kita meraguinya. Meyakini ketentuanNya dengan 1001 hikmah yang perlu dihayatinya.

_Sejahtera Bersama Islam_

Sekian

Tuesday 8 May 2018