Thursday, 15 July 2010

pesanan pengembara malam..

..." dan apa sahaja yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri..dan Allah memaafkan sebagahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)...."
sabdanya...ya tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah..ya tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti kaum sebelumnya..Ya tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak mampu..berilah kami kemaafan dan keampunan dan rahmatilah kami..Engkaulah penolong kami ...dan tolonglah kami dari kaum kuffar..."

moga ada pelangi atas rintikan hujan
moga ada senyuman atas kesedihan
moga ada rahmat atas kepedihan
moga ada ampunan atas kesalahan
moga ada makbul atas segala permintaan...
La ila ha illa anta subha naka inni kuntu min al zalimin..
amiin ya rabb

Tuesday, 13 July 2010

'suara Dia'..

..firmanNya yang bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu mengenai Aku (maka beritahulah kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)...
al-Baqarah:186

Wednesday, 30 June 2010

ku pergi dulu..

salam buat semua..
apabila masanya tiba kitakan pergi..mungkin hari ni..malam ini...esok..lusa ..
tidak terkecuali aku..
mungkin sudah tiba waktunya untuk ku mengundur diri dari catatan maya ini..
terima kasih atas huluran ukhuwah dari kalian..
terima kasih juga atas segala mutiara hikmah dari kalian..
terima kasih juga atas segala kenangan yang tercipta bersama..
akan ku kenang sebagai permata berharga dalam hidupku..
maafkan segala kekhilafan diri..
salam sayang buat semua yang mengenali

kan kuteruskan...

dalam sendu kucari ia...
dalam hiba kuteruskan juga..
dalam himpitan rasa kuterus mencuba..
namun...rupanya ia telah hilang...
kuterus mencuba biarpun kini langkahku pincang..
kerana ku sedar 'kekuatanku' telah pergi..

Wednesday, 19 May 2010

FSSK LATEST NEWS

Dr. Shahidi A. Hamid (UKM6755) Pensyarah DS52 dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu telah tamat pengajian dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang "Experimental Phonetics" dari Newcastle University, UK pada 27 April 2010.Tahniah diucapkan kepada mereka.
Sekian, terima kasih.

OTHMAN AHMAD
Ketua Pen. Pendaftar Kanan
b.p Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Sunday, 16 May 2010

Happy Teacher's Day


Selamat Hari Guru 
buat semua yang pernah mendidikku secara formal or informal..

cikgu..ustaz..ustazah..teacher..sir
itulah panggilan sayang dan hormat ku buat kalian
mungkin..
ada di antara kalian yang telah menyahut panggilan Illahi..
mungkin juga... 
ada di antara kalian dalam meniti hari senja 
.....sedang mengenang saat indah bergelar 'guru'
dan...mungkin juga ..
ada di antara kalian
yang masih menabur bakti..
segala  pengorbanan kalian 
ku kenang sepanjang hayat...
memori bersama kalian
terus tersemat selamanya
deeply in my heart..
doaku sentiasa mengiringi
moga Allah s.w.t sentiasa merahmati
dan memberkati
hidup kalian

Monday, 3 May 2010

blossom day


because of everything on my plate..hurry on schedule..
so banyak perkara yang berlaku tak dapat kucatatkan on that moment..

.." you be awarded a PhD' ...alhamdulillah akhirnya Dia mengizinkan ..
you've amazing work hard and your efforts have paid off..congrats my dear
..just on your happy day ..'birthday bless'
indeed..
its stunning and beautiful with a blossom day
..for hubby, me and kids..

i'm so sorry for late wishes for you ...my dear

hi honey..
you know why..
I'm wishing you happy belated birthday..
because i don't want your celebrations ends..
...
and you know
...you make my heart bloom with love