Saturday, 9 June 2018

Kembara anak2 mama di bumi UK


Malam ini ke 25 ramadhan. .
Tetiba terasa ingin berkongsi sedikit coretan kembara awal pendidikan anak2 mama. .
Abang sempat bersekolah di PASTI hampir 8 bulan sebelum kami bertolak ke UK dalam bulan 9..angah baru masuk usia 2 tahun dan adik pula 9bln...belum boleh berjalan lagi. .
Abg tak sempat bersekolah rendah kebangsaan di Malaysia.. Tapi dgn PASTI abg bersemangat nak belajar. .Abg suka pakai kopiah.. kadang2 tu sampai nak tidur pun abg tak nak tanggalkan
...Alhamdulillah sewaktu sampai di sini, abg sudah boleh bersekolah pada hari ke 3 kami di Newcastle upon tyne...angah n adik stay kt rumah. .
aku risau juga sebab abg tak tahu langsung berbicara dalam English. Hanya bahasa melayu shj yg dia boleh. So ditanya sejauh mana dia nak ke sekolah . Dia sangat suka tapi risau dengan penguasaan bahasanya...hari pertama balik, abg excited sgt..macam2 dia citer. .tentang cikgu dan kawan2..playground. .lunch box. .lunch pack..

Abg kata dia ada hanya ada satu guru kelas yang mengajar semua subjek..(terlupa nama )😉..Mulanya aku pelik juga tapi rupa2nya hanya subjek-subjek yang spesifik seperti pendidikan jasmani sahaja yang dibantu orang lain.

Abg suka belajar kt sini sbb ada uniform yg pelbagai warna. .semuanya percuma.. walau pun ada uniform tetapi tidaklah terlalu restrict macam di Malaysia atau terlalu bebas macam di US.

Dalam kelas abg boleh dikatakan sebagai kelas International kerana pelbagai latarbelakang murid-murid. British, Polish, Turkish, Ukrainian,Arab,Pakistani, Bangladesh, Republic Chez …etc. Muslim mungkin 2-4 orang dalam kelas tersebut...hari2 seterusnya abg sudah ramai kawan. .
Setiap pagi aku wajib hantar dan tunggu sehingga teacher datang ambik di gate. .Kat sini parents wajib hantar anak2 bagi Year 1 hingga yr 4. Cikgu hanya melepaskan anak-anak bila nampak muka penjaga.

Kat sini tiada pengawas yang ambil nama pelajar lewat. Pelajar lewat akan di isi dalam form dan yang akan dikenakan denda nanti bukanlah pelajar. (tapi mak ayah yang terima surat. Dah kenapa mak ayah hantar lewat). Bercakap pasal denda, sekolah-sekolah di England berbeza sikit dengan Scotland. Kalau mak ayah tak hantar anak tanpa sebab yang kukuh boleh dikena denda berbentuk duit yg boleh dikatakan tinggi jugak nak  bayar). Aku dapat rasakan guru dan kanak-kanak terlalu rapat...oleh kerana abg belum menguasai bahasa inggeris, abg disediakan teacher pembantu bukan kelas khas atau diasingkan spt sistem di tanahair..
Aku nak share sikit tentang silibus

Kalau diperhatikan di sini aktiviti banyak bermain sambil belajar terutama peringkat awal sekolah. Apa yang diutamakan adalah kanak-kanak boleh express dan share kreativiti. Tapi bukan bermakna silibus tiada. Yang pasti semua anak Malaysia akan suka sekolah sebab:

1. Tiada buku teks yang berat pun nak bawa. Hanya buku latihan (itupun semua subjek combine je satu buku).

2. Kerja sekolah  dalam seminggu hanya diperuntukkan sejam-2 jam dan kebiasanya kerja tersebut dalam pemantauan ibubapa. “NO HOME WORK” bila CUTI SEKOLAH PANJANG sebab cuti memang lah untuk cuti.

Jadi apa yang dia belajar? Anda pasti terkejut dengan apa yang anak anda belajar. Nampak je macam main. Antara komunikasi yang saya ingat.

1. Mereka berbicara soal ‘FAIRTRADE’. Bapak nya pulak terpaksa google cari apa dia FairTrade. Pembelian hasil pertanian bagi membantu farmer to get better deal (banyak dari developed country). So kalau pergi pasar, buah-buahan fairtrade yg dia mintak cari.

2. Berbicara pasal human aid. Bagi mana menolong negara yang susah. Kadang-kadang hasil kerja mereka di hantar di Negara Afrika/Asia Tengah yang kebuluran atau peprangan bagi membuatkan mereka ada nilai  kemanusiaan.

3. Ada sekali bila ke sekolah, diberitahu mama ”You know mama, when we breathe we use oxygen, and we release carbon dioxide. Oxygen made by plants. So we need them”. Terkejut aku bukan dengan kata-katanya. Tapi lebih kepada apa yang diaplikasinya. Cuma aku bertanya kembali , “Who create plant” ? supaya setiap yang dipelajarinya akan dikaitkan dengan faktor penciptaan.

4. Boleh berbicara berkenaan solar system dengan terang jelas.

5. Boleh kenal tulang-tulang dalam sistem anatomi  badan dalam medical term yang terpaksa mak ayah sekali lagi kena google.

6. Bila bercerita pasal sejarah, boleh bercerita sejarah VIKING dengan baik. Hebatnya di sini mereka bukan belajar sejarah secara menghafal tetapi menghayati dengan disambung dalam subjek lain seperti craft (buat Viking punya kereta, topi, istana dlll).

7. Dalam subjek agama, mereka lebih tekankan menghormati agama lain termasuk Islam. Pernah dipanggil parent beragama Islam untuk menunjukkan cara-cara berwuduk di dalam kelas. Jangan risau  jika ada aktiviti gereja (kadang-kadang perhimpunan sekolah di buat di situ), sebab kita boleh kecualikan anak kita dari aktiviti tersebut anytime. 

8. Berbicara mengenai sukan olimpik dan atlet dari yang anda suka dari negara anda.

-REWARD SYSTEM-

Sebab tiada periksa, maka tiadalah penyampaian hadiah atau apa-apa yang berkaitan. Reward kebanyakkan adalah berbentuk sticker. Yang menarik byk reward tu bukan dari sudut akademik tetapi dari sahsiah. Dan satu lagi yang menarik setiap reward yang dapat akan turut menyumbang pada group(rumah sukan) anda. Kalu tengok cerita Harry Porter Grryfindor vs Slytherin itu. Gitulah rupanyer.

Kalau hari sukan sekolah tak perlu beria-ria, tapi aktiviti menarik. Hadiah sekali lagi sticker ().

-FEES-

1. Free. Hatta nak mintak derma 2 pound (lebih kurang 2 ringgit kita – jangan convert) pun ayat penuh manis dalam kata-kata.

2. P1-P3 makanan free. Vegetarian pun ada. Tapi abg lebih selesal bawa bekal

3. Kalu ada aktiviti nak mintak pakai baju certain tema pun ayat berhati-hati. Tak perlu beli baru , pakai apa yg ada. Kalu tak ada boleh pakai apa sahaja.

4. Segala-galanya Free

Adakah pendidikan UK TERBAIK? Ya dan Tidak…cabarannya lebih kritikal bila anak-anak di sekolah menengah. Adakah pendidikan di UK membuat kanak-kanak suka sekolah dan cintakan ilmu ?SUDAH PASTI YA.

Bila berbicara tentang puasa Alhamdullilah abg boleh berpuasa. .kami inform dulu teacher dan mereka concern n faham. Dalam masa yg sama aku sentiasa bekalkan lunch box  ke sekolah incase dia lapar...

Bila tanya hari pertama dia puasa...abg tak lapar ke " I am really hungry but I am try to keep thinking the poor people that doesn't have food too eat"....
...cukup dulu di sini.. Banyak lagi titian journey anak2..InshaAllah di lain waktu pula ya..

Dengan iman kita bersatu

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu..

.... Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang...

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan...

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah.

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Depresi

Copy n paste

Pernah saya berbual dengan seorang waris kepada pesakit depresi. Katanya, letih menjaga pesakit yang tak mahu nak sihatkan diri. Asyik murung memanjang sehingga menyusahkan orang lain.

Saya tanya waris ni, "Andainya pesakit ni menghidap kanser dan sakitnya bertahun², kamu merungut tak?"

Waris terdiam. Kemudian menjawab:

"Sakit kanser nampak, murung tak nampak. Kalau sakit kanser, tahu bahayanya mati. Murung tak."

Alhamdulillah, inilah peluang saya untuk memangkah hujahnya.

"Puan. Ini pengalaman saya sendiri. Saya disahkan menghidap kanser, tahun 2007. Kanser ya puan. Jenis yang agresif. Doktor bagi masa setahun. Sekarang dah 11 tahun, saya masih ada.

Adik saya tidak dibawa ke pakar untuk check penyakit kemurungannya walaupun kami dah nampak tanda² tu. Masalahnya kami tak tahu dia kemurungan. Kami TAK TAHU. Ketika itu tahun 2010.

Selang beberapa minggu, dia pergi.
Bulan Rejab 14 Jun. Pemergiannya diiringi penyesalan seorang kakak yang tak faham apa itu depresi, dan kesedihan ibu yang kehilangan anak secara tiba-tiba."

Kakak yang menghidap kanser, masih lagi bernafas dan boleh beraya bersama mak tahun ini InsyaAllah. Adik pula dijemput untuk bersama Yang Maha Esa kerana kami di sini gagal memahami penyakitnya.

....

Tuan puan. Depresi juga membawa maut. Malah ia lebih bahaya daripada kanser kerana penyakit ini menyebabkan kawan² menyisihkan diri, waris membenci dan masyarakat tak peduli.

....

Manusia memerlukan hubungan sosial dalam apa jua situasi. Usahlah dipulaukan pesakit, dihalau dengan ayat "solat lebih sikit". Cubalah Tanya, Dengar, Faham. Itu yang pesakit perlu.

Kenapa ya kamu sanggup mengumpulkan rakan² untuk membuat solat hajat bagi sahabat yang sedang bertarung kanser, tetapi menghilangkan diri apabila tahu sahabat lain bergelut dengan depresi?

Bila sahabat yang kemurungan itu akhirnya tewas dan pergi, maka keluarlah eulogi. Naikkan post konon bersedih dan menyesal tak memahami penyakit yang dilalui.

....

Ibu yang depressed, boleh letak anak² ke liang lahad (kes di SP, si ibu kelar leher 2 anaknya). Ayah yang kemurungan, boleh cederakan ahli keluarganya dalam sekelip mata (kes di Bangi, anak dibunuh dan ada yang dicederakan). Anak kecil yang depressed, mampu membunuh dirinya sendiri (kes anak 12 tahun yang menggantung dirinya beberapa tahun lepas di Masai).

Masih rasa penyakit kemurungan tidak bahaya?

By zeeda aziz

Friday, 8 June 2018

Foto yg indah

Sosok tubuh ini bila dipandang seakan mahu berkata kpd beliau "wahai tuan guru.. Kami tidak sanggup melihat kau dihina sebegini namun jiwamu sgt utuh krn yg kau pandang cuma  Tuhanmu.. Kami bersamamu menjadi bentengmu moga tuan guru terus dirahmati dn diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt "..

Saturday, 2 June 2018

Sesi fotografi Pengurusan Fakulti

كل عام وانتم بخير وصحة وسلامة وسعادة
الله يبارك فيكم ويحفظكم ويسعدكم ويحميكم
أسأل الله العظيم أن يرزقكم سعادة لا نهاية لها
....Bahagia sentiasa dengan kerjaya dan cabaran masa kini.













Friday, 1 June 2018

Iftar jamaei










..perlu fahami

Ada 3 benda suami nak kena tahu bila isteri mengadu sakit pinggang.

1 - Sekitar 2 minggu sebelum haid, sel telur akan keluar daripada permukaan ovari. Proses ini kita panggil sebagai ovulasi.
Pendarahan kecil di sekitar ovari menyebabkan isteri mengalami sakit dan lenguh lenguh di bahagian bawah perut dan pinggang.

Untuk kenalpasti, tanya isteri samaada sakit pinggangnya pada belah kanan atau belah kiri. Jika sebelah kanan, maknanya ovari belah kanan yang mengeluarkan sel telur pada bulan itu. Kalau sakitnya belah kiri, ovari belah kiri yang mengeluarkan sel telur pada bulan itu.

Tidak semua orang perempuan dapat menentukan sakit ovulasi secara spesifik. Yang dia tahu pinggang dia sakit, rahim dia mencucuk cucuk.
Jadi tak payah fikir banyak, tugas suami masa tu urut urut dan picit je.

2 - Sesudah fasa ovulasi, gangguan yang lebih ganas kita panggil sebagai PMS, atau nama panjangnya Premenstrual Syndrome, berlaku lebih kurang 10 hari sebelum haid.

Sesiapa yang terkena serangan pms, superwomen kelas pertama pun boleh berubah menjadi kuba guling. Rasa nak bermalasan je sepanjang hari.

Suami kena bersedia dengan perisai sabar, biasanya isteri akan mudah hilang fokus pada kerja rumah, cepat penat, emosi mudah berubah (kejap gelak kejap nangis), lemah semangat, dan mudah kembung perut.

Ringan ringankanlah tangan. Isteri anda sedang berperang dengan ketidakstabilan hormon. Bawa bertenang dan sabar, kurangkan beban isteri di dalam rumah, inshaAllah selepas tu, isteri akan kembali stabil.
.

3- Sesudah PMS, hormon si dia bakal bertambah kacau. Kemuncak sakit bulanan isteri ialah SENGGUGUT, iaitu semasa haid. Efek hormon prostaglandin menyebabkan rahim mengecut ngecut untuk mengeluarkan darah haid.

Jadi jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi dia tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup dan tiba-tiba nak menangis. Sebab senggugut ni bukan saja menyakitkan, tapi mengganggu emosi isteri.

Benda biasalah kalau satu hari dia banyak berehat tahan sakit dan ambil MC, segala urusan harian boleh tergendala.
.

Senggugut ni tak lama, dalam sehari dua dah lega. Cuma hati hati ya, senggugut yang sampai muntah muntah dan pengsan, kena segera dapatkan rawatan doktor.

Kita bukan setakat bimbang pesakit akan penat, namun yang paling kita risau kalau ada penyakit lain  yang menyebabkan senggugut bertambah teruk.
.

Tanda-tanda penyakit  yang menjadikan senggugut bertambah teruk :

1) Fibroid. Fibroid atau ketumbuhan akan menyebabkan keradangan pada rahim serta memburukkan lagi senggugut yang sedia ada.

2) Bukaan pangkal rahim yang sempit. Ini lebih kepada masalah anatomy badan. Pangkal rahim yang sempit akan menyebabkan rahim berusaha keras mengeluarkan aliran darah haid yang bercampur ketulan darah.

Kebiasaannya selepas bersalin, senggugut akan berkurangan. Ini kerana setelah melahirkan anak, bukaan pangkal rahim akan berubah, menjadi sedikit luas. Jadi bukaan pangkal rahim yang luas akan memudahkan darah haid dan ketulan darah keluar dengan lancar.

3) Endometriosis. Endometriosis ialah darah haid yang berkumpul di kawasan SELAIN DARI ORGAN RAHIM. Contohnya darah haid yang berkumpul di organ ovari atau tiub fallopio.

Bahaya ke Endometriosis ni?
- Yup. Bahaya. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan mandul!
.

Jadi, suami kena 'alert' dengan perubahan isteri, kalau dah sampai teruk sangat senggugut nya, bawa bawalah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Bukan sengaja isteri mengadu tak ada mood, sakit situ sakit sini setiap bulan. Masa ni lah si isteri perlukan sokongan suaminya sendiri.

Bayangkan betapa banyak gangguan hormon yang isteri kena sesuaikan diri setiap bulan, itu belum luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan.Bermacam macam.

Baik dari luka episitomi, luka czer bahkan lebih dahsyat luka puting berdarah semasa menyusukan anak. Semua itu menyebabkan emosi kacau. Sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.

Semoga bermanfaat.

p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye.
Sekurangnya suami ada 'hint' waktu mana mood isteri ok, waktu mana tidak.