Mengadulah kepada Allah, biarpun aduanmu sama berulang seribu kali... Berceritalah kepada Allah, biarpun ceritamu hari ini sama seperti ceritamu yang semalam... Berbicaralah dengan Allah tanpa jemu dengan setiap perihal hidupmu yang dulu, semalam dan hari ini, kerana DIA Maha Mendengar...
..anyone can carry any burden..however hard until nightfall.. anyone can do his work however hard for one day..anyone can live sweetly..patiently ..lovingly..purely..till the sun goes down.turns to the Creator without doubt...and this is all life really means If you lose your way..believe in a better day..trials will come..But surely they will fade away..if you just believe..What is plain to see Just open your heart..and let His love flow through
Friday, 14 August 2020
Friday, 24 July 2020
impianku
..kesempurnaan bukan milik kita
di sana kusandar harapan
seandai kekhilafan sering menjadi milikku
kelembutan dan kasih sayangmu impianku melimpah
namun ia bukan milikku
di sana kusandar harapan
seandai kekhilafan sering menjadi milikku
kelembutan dan kasih sayangmu impianku melimpah
namun ia bukan milikku
Sunday, 19 July 2020
realiti dunia kami
Sharing dari sahabat...
Realiti Kerjaya Ahli Akademik di IPTA Era IR 4.0
Biasalah jika ada rakan-rakan bertanya saya tentang keseronokan berkerja di IPTA dan tidak kurang yg mohon rekomen untuk dilantik sebagai pensyarah. Saya tanya kenapa nak jadi pensyarah?. Sebahagian jawapan kata sebab nak cari peluang untuk tingkatkan ilmu, dah ada PhD tentu sesuai jadi pensyarah takkan nak jadi cikgu biasa, atau tukar profesyen lama ke baharu. Kesimpulannya saya dapati, kebanyakan mereka berfikir, ada PhD kira automotik layak jadi pensyarah. Ada yang saya rekemen dan ada yg saya diam diri. Mari saya ceritakan...
Pada hari ini, mendapat PhD dengan bercita-cita untuk menjadi pensyarah di IPTA kerana memikir akan menumpukan fokus pada penyampaian ilmu kepakaran semata, ternyata anda tersilap jika fikir begitu. Anda ingat kerja pensyarah hanya kilik fail dan beg masuk dewan kuliah bagi syarahan lantak ke pelajar nak faham ke tidak.. Itu adalah trademark pensyarah IPTA 20 tahun sebelum ini.
Hari ini, hampir tiada lagi istilah “pensyarah” kerana akan digantikan dengan “ahli akademik”. Tugas ahli akademik di IPTA hari ini hanya 1/3 masanya untuk P&P. 2/3 lain dihabiskan untuk memenuhi KPI dan sasaran besar universiti anda bertugas. Ia meliputi tugas pentadbiran, penyelidikan, pembngunan pelajar, membina jaringan dengan industri lokal dan antarabangsa, dengan komuniti, meningkatkan score univ anda mengatasi IPTA lain, melestarikan visibility fakulti anda dalam persaingan yg sengit dengan fakulti lain untuk dilihat releven dan yang paling berat ialah mencari pendapatan, dana dan keuntungan untuk fakulti/Univ semaksimum mungkin. Setakat penyediaan laporan itu ini tak perlu cakaplah.
Yeah, apabila menjejak kaki ke IPTA, anda bukan semata-mata pengajar, anda juga mesti menjdi perancang, penggerak, strategis kewangan, pakar pengiklan, pakar komputer dan segala pakar lagi yang perlu dijelmakan dalam fizikal anda. Ingat senang-senang ka univ bayar gaji anda untuk cukupkan masa berkerja mulai 8 pagi - 5 petang.
Berada di IPTA, anda sentiasa perlu bersikap positif untuk kekal fit. Andai bajet dipotong, pengurusan Univ tetap berjalan seperti biasa. Kekurangan bajet itu mesti dicari oleh anda sebagai warga univ. Kegusaran kewangan yg kritikal perlu dirasai oleh semua pihak.
Jika tidak fit untuk tugas di atas, tidak payahlah apply jadi ahli akademik IPTA kerana nanti anda akan menjdi liabiliti kepada fakulti. Kerja2 yg sepatutnya anda buat akan ditopang oleh orang lain kerana KPI univ mesti dicapai walaupun orang seperti anda bermasalah. Terdapat bnyk kes, semasa temuduga calon akan mengaku sanggup melakukan semua tugas tetapi selepas sahaja disahkan jawatan, maka kelakuan sebenar akan terserlah. Jika selalu escape, maka akan selamanya begitu sampai pencen. Tapi kes ini bukan majoriti tetapi ada.
Banyaknya amanah kerja dalaman menjadikan kebanyakan ahli akademik tiada punya masa untuk menjadi selebriti popular. Banyak cerita ‘gelap’ dan duka dalam saling cover-mengover antara pensyarah/ahli akademik yang komited kerja dalaman dan yang komited kerja luaran.
Di sini, saya bukan ingin membicarakan pasai attitude ahli akademik tetapi ingin mengingatkan calon2 PhD atau sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi ahli akademik di IPTA hari ini. Pengurusan IPT bukan lagi tanya hebatnya PhD kamu kerana PhD adalah syarat utama yang dimiliki semua calon yg ditemuduga. Mereka mahu tahu apa yang kamu boleh berikan pada univ nanti. Tenaga, masa dan wang ringgit perlu dibayar balik 3 X ganda selepas dibayar gaji bulanan dengan kenaikan tahunan tidak sampai RM300 (untuk gred DS51/52).
Saya tidak mahu bercerita tentang yg indah-indah kerana ia tidak banyak. Fikirkan betul-betul. Jika anda tidur, dalam mimpi pun kena berfikir adakah hasil mimpi itu menyumbang kepada pengukuhan IPT anda berkerja. Itu saya tidak sebut tentang penyeliaan pelajar lagi. Kena baca, semak dan perbetul. Pelajar zaman sekarang, bukan mcm dahulu.. Anda perlu jadi editor, sunting dan buat ayat untuk betulkan. Semua itu perlukan masa dan tiada bayaran tambahan. Bukan sekali semak, malah berkali-kali.
Berbanding guru, kenaikan pangkat ahli akademik bukannya ada time based. Bukan dengan menulis artikel jurnal sahaja akan dinilai, ada 7 kriteria yang perlu dipenuhi. Cukup syarat pula kadang-kadang semasa nak mohon, pihak atasan ubah “tiang gol”, maka tunggulah pula untuk sasaran baharu. Jika syarat tak cukup, maka kekallah anda dengan gred jawatan hakiki sampai pencen. Jika skim jawatan guru (perbandingan), dengan gred mula DG41, berkemungkinan boleh pencen dgn DG54 pengetua cemerlang yg setaraf professor madya.
Bagi saya, tekanan tugas yang pelbagai ini jika dapat diserap dengan baik, akan membuatkan kita berasa gaji yang diterima itu berbaloi dan dipenuhi barakah serta kurang dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jika anda sudah bersedia, maka selamat datang ke dunia IPTA semasa!
Dr HK
18/7/2020
Wednesday, 17 June 2020
move on
Allahuakbar Subhanallah
Ampunkan aku kerna terkadang Aku rasa letihtak kuat
rasa ingin mengalah
rasa penat dengan semuanya...
Tapi.. ya Rabb
Aku hanyalah seorang hamba
wajib ikut peraturan dan jalanMu
..hidup mesti diteruskan
dengan mengharap redhaMu
Sunday, 14 June 2020
segerak usia
Waktu remaja dahulu suka berkawan. Memiliki ramai kawan karib. Akrab sehingga mengikut mereka balik ke kampung ketika cuti hujung minggu.Sikap peramah dan suka bergurau adalah menifestasi semulajadi dalam diri. Apabila berkahwin dan memiliki keluarga, kesibukan mengurus rumah tangga itu membataskan perhubungan.Satu persatu mereka hilang ditelan arus waktu. Diri mulai belajar hidup sendiri tanpa keriuhan sahabat bertanya khabar seperti dahulu. Lama kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan. Kehilangan demi kehilangan mengadap diri silih berganti.Tiba-tiba hati menjadi takut untuk mendekati dan mengakrabi sesiapa sahaja kerna dibimbangi sejarah lalu akan berulang...tafsirlah apa sahaja tentang diriku kerana kita berdiri di batas takdir yang berbeza.
Monday, 8 June 2020
kenangan lockdown
2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭
Copy paste juga utk senarai perkara2 yg berlaku yg mghiburkn hati
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB /blog saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Di sini saya listkan sepanjang PKP, PKPD,PKPB apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kita semua rindu masa kena kurung kt rumah hari tu ..😂😂😂
1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi. PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian).
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!)
7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah
8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (funny hahaha!)
9. Dah semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).
10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.
11. Sidang parlimen dewan negara & dewan rakyat sehari je
12. Overloaded barang2 yg dipesan secara dalam talian.
13. Frontliners jaga kita
14. Tak bagi rentas negeri..pakat rinduuuu la pulak kat emak ayah (sedangkan selama ni ada yg jarang2 balik kampung)
15. Stay at home n stay safe..zikir rakyat normal baru😊
16. Work from home jadi new norm
17.raya Eid Fitr sehari je ..ini paling sedihhhh
...tambah lagi laaa kalau ada😂
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing
#CnP...

Friday, 5 June 2020
Eid al Fitr Mubarak
Day 80 CMCO 13 Syawal 1441H
simpan di sini sebagai kenangan..
since 2009 anak2 tidak beraya dgn insan yg bergelar ayah d hari raya pertama..Alhamdulillah kerana pandemic ini, diberi ruang oleh Allah..anak2 ceria sgt, thx to my love

Subscribe to:
Posts (Atom)