Monday 9 July 2007

rindu..


Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi.
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman.
Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-
itulah buktinya perkerti mulia lagi terpuji. Sungguh sedikit manusia yang memahami.
Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan.
Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas.
Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami,
mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."

-AsSyahid Imam Hassan al-Banna



Indah kan kata2 tu, terkesan sungguh aku.
Kadang-kadang rasa susah sungguh utk berakhlaq seindah rasulullah saw,
kejahatan dibalasnya dengan kebaikan.
Aku begitu lemah, mudah sekali terguris dan begitu berkira dalam hal-hal remeh temeh. Macam mana untuk mendidik hati supaya subur dengan iman dan sabar?


Fahamilah umie,
setiap luka adalah gerhana,
sedikit masa lagi nur akan muncul.

Yakinlah,
bahawa yang tiba,
setiap kali bulan melangkahi ufuk,
adalah suria yang menguntum senyum,
pada manisnya IMAN dan SABAR.


..pagi semalam, aku, hubby and my kids pergi ke carboot sales.. tempat aku bershoping untuk mencari keperluan diri..dan anak2 tersayang..begitulah hidup di bumi
England..segala-galanya mahal..tapi kata teman2 ku yang dah balik.. Malaysiapun apa kurangnya…










Hmm, rindu sungguh pd family di Malaysia. seringkali teringat pada family yang ditinggalkan, terbayang wajah2 tersayang..mak, ayah dan adik2.. air mataku bergenang.., rindu betul!






No comments: