Wednesday 29 January 2014

saat akhir Rasulullah s.a.w

Dalam hadis sahih Nabi s.a.w menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (Sahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat. 
Dalam al-Bukhari: إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى » 
(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: 
"ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)

No comments: