Sunday 23 March 2014

khilaf

argumentasi ilmiah dlm fiqh dikenali sbg ilmu al jadal, aplikasinya dlm al fiqh al muqaran. dimulakan dgn taswir al mas'alah, tahrir mahall al niza', jika ada dakwaan ijma' perlu dikaji adakah tepat dakwaan tsb krn sbhg ulama agak tasahul dlm mendakwa ijma'. jika confirm ijma' dikaji pula adakah ia berdasarkan illah yg tidak berubah. jika begitu kita x boleh berkhilaf lg. tp jika berdasarkan illah yg berubah kita boleh berkhilaf. maka bermulalah proses muqaranah dgn membawa pandangan ulama berdasarkan sumber paling berautoriti dgn penuh amanah bukan membawa pandangan yg hanya menyokong kehendak kita shj. last sekali dilakukan pentarjihan dan hujah pentarjihan. berhujah berdasarkan pandangan ulama bukan bukanlah satu bentuk istidlal malah lebih lemah drp al istishab yg saya sebutkan sebelum ini. paling tinggi hnya boleh dikategorikan sbg al isti'nas menurut sbhg ulama yg bertasahul. inilah prosedur yg perlu kita ikuti dlm berbahas secara ilmiah. mgkin ruang telegram ini kurang sesuai utk itu. ini sekadar yg saya tahu tentang metodologi fuqaha dan usuliyyun dlm perbahasan yg sepatutnya digunakan dlm fatwa semasa.

No comments: