Sunday 10 June 2018

Hikmah rahsia Laylatulqadar

Kata al-Allamah Dr. Wahbah az-Zuhaily di dalam tafsirnya "At-Tafsir Al-Munir" :

Hikmah disebalik kerahsiaan Lailatul Qadar adalah sama seperti hikmah kerahsiaan Kematian seseorang. Yakni supaya manusia benar-benar ikhlas dalam mencarinya dan tidak mencari kepentingan-kepentingan lain kecuali hanya hak Allah semata-mata.

Jika Lailatul Qadar ‘dipertontonkan’ kepada manusia pada waktu yang tertentu sahaja, pasti masjid akan sunyi daripada suara-suara zikir mengingati Tuhan, lengang daripada orang-orang beriktikaf kerana mereka hanya akan menumpukan sepenuh masa pada satu malam sahaja iaitu malam al-Qadar.

من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.

#Amirfathy

No comments: