Tuesday 24 July 2018

Moga dikurniakan hidayah!


Kenapa kau jadi pondan?

"Korang tak pernah rasa apa yang aku rasa... Aku dah lawan perasaan nak berubah jadi pondan ni, tetapi aku tak cukup kuat... Perasaan tu membuak-buak, sehingga aku terpaksa hidup sebagai mak nyah barulah aku boleh hidup tenang... Susah, tahu tak? Tak payahlah kecam, tak payahlah nasihat... Naluri dan perasaan ini pun Allah SWT yang beri, sejak aku kecil lagi.. Walaupun jasad aku sebagai lelaki, tetapi hati aku ini hati perempuan sejak azali... Susah nak lawan perasaan ini. Biarlah aku begini, jangan kecam aku... Korang tak tahu bagaimana susahnya aku lawan perasaan ini tetapi aku tak mampu... Walaupun aku macam ni, tetapi aku tahu dosa pahala... Kau bukan Tuhan nak kata aku masuk neraka..."

Begitulah luahan rasa seorang lelaki yang telah merubah diri menjadi seorang perempuan... Suaranya diubah... Pakaiannya diubah... Suntik diri dengan hormon, bebankan diri dengan memakan macam-macam jenis ubat untuk jadikan diri sebagai perempuan.. Bersolek... Ubah perwatakan... Buat pembedahan itu ini... Menjadi 'public figures' kecantikan, perniagaan dan hak asasi kemanusiaan... Supaya diterima sebagai perempuan, sedangkan diri yang sebenar adalah dilahirkan mempunyai zakar, dinamakan dengan nama seorang lelaki dan di-aqiqah-kan oleh ibu bapa sebagai seorang anak lelaki.

Masyarakat kita pula menyanjung-nyanjung mereka ini. Mereka jual produk, masyarakat beli dan support bisnes mereka, sehingga mereka menjadi kaya-raya. Tidak salah untuk berbisnes dan sokong bisnes mereka atas alasan produk mereka itu memberi kesan positif, atau atas alasan dakwah secara lembut supaya mereka rasa dihargai dengan harapan mereka akhirnya berubah menjadi lelaki semula, tetapi kesilapan besar bermula apabila layanan yang diberikan dijadikan alasan oleh mereka untuk menjadi semakin hanyut dalam kepondanan, mempromosikan kepondanan dan akhirnya secara besar-besaran menunjukkan mereka kini berjaya supaya menjadi idola anak-anak muda. Sepatutnya mereka menjadi idola sebagai seorang lelaki yang berjaya, bukan sebagai perempuan jadian.

"Sis, cantiknya Sis!!!!!"
"Sis, kongsilah tips jadi cantik, meletup kebabom macam Sis!"
Perempuan-perempuan tulen dan asli memanggil mereka dengan panggilan 'Sis' dan memuji-muji kecantikan mereka...

"Nampak, macam inilah baru cantik!
"Gorgeous-lah you, kahwin dengan I, nak?"
Lelaki-lelaki tulen dan asli pula menjadikan mereka standard kecantikan untuk para gadis ikut dan capai. Lebih mengecewakan lelaki tulen inilah juga yang bercinta, berpegangan tangan, buat aksi romantik dan separa lucah, bawa jumpa keluarga, kononnya 'ajak nikah' dengan golongan sebegini, sedangkan wanita-wanita asli masih belum pupus untuk dijadikan isteri sejati.

Para orang kaya menjadikan mereka ini tetamu khas, VVIP dan model-model. Jemputan diberikan supaya mereka ini menjadi penghias dalam majlis ternama dan penghibur kelas atasan di pentas yang gilang-gemilang, nama-nama mereka dipromosikan supaya ramai yang datang ke majlis gah. Daripada mereka malu-malu nak tunjukkan muka, kini mereka ini menonjol tanpa segan-silu dan menjadi bualan khalayak ramai sebagai selebriti yang tak perlukan bakat seni, tak perlu keluar TV.

Hari ini kita dapat lihat sesiapa sahaja yang memberi nasihat kepada mereka supaya berubah, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, orang yang memberi nasihat itu dinasihatkan supaya beri nasihat dengan cara lebih baik, dipersalahkan, dikecam, dituduh membuka aib dan sebagainya. Zaman ini sepatutnya zaman fitnah disebabkan oleh bertebarannya golongan pondan yang tak malu segan mempersembahkan kepondanan, tetapi peliknya masyarakat kita menjadikan zaman kini sebagai zaman fitnah atas alasan para penasihat dan pendakwah tak pandai beri nasihat, jahat, menunggang agama dan tumpang populariti. Sedangkan golongan pondan yang berbuat maksiat ini bertepuk tangan bergembira maksiat mereka dapat diteruskan tanpa rasa sekelumit dosa kerana dipuja disokong masyarakat dan duit yang berkepuk-kepuk itu dihujahkan sebagai rezeki pemberian Allah yang berkat, halal lagi terpuji - dapat tolong mak ayah, hantar mak ayah pergi haji, derma anak yatim, sedekah masjid dan pusat tahfiz, dan sebagainya.

Berpeluang mendengar luahan para bekas mak nyah, pondan dan transgender yang telah bertaubat, menyesal dan seratus-peratus meninggalkan kancah kemaksiatan pondan, kita semua memahami betapa sukarnya mereka ini berlawan dengan diri mereka sendiri untuk mengalahkan nafsu untuk menjadi pondan. Susah untuk mereka lawan nak buang perasaan nak jadi pondan, payah untuk jadi lelaki semula, rasa rugi dan sukar nak buang semua pakaian perempuan yang telah dibeli dengan wang yang banyak...

Percayalah, tuan-tuan sekalian, TIADA satu manusia pun yang tidak berlawan dengan perasaan dan nafsu sendiri. KITA semua bermujahadah, berperang dan berjihad melawan perasaan dan nafsu kita, sebab semua orang ada kecenderungan masing-masing. Ada orang suka K-Pop terpaksa lawan kesukaan K-Pop sebab maksiat berlebihan, ada yang suka main games sampai lupa tanggungjawab perlu lawan kesukaan kepada games, ada orang yang tak suka solat terpaksa lawan kemalasan solat itu sebab solat adalah tiang agama, ada orang benci belajar sebab tak pandai-pandai tetapi terpaksa lawan kebencian itu demi menggapai segulung ijazah akademik, ada orang benci kerja makan gaji dengan bos yang tak best tetapi terpaksa bekerja juga sebab nak cari rezeki. KITA semua struggle. Tiada manusia yang tidak diuji.

"Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad (berjuang) melawan dirinya dan hawa nafsunya." Hadis ini hadis sahih, diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dari Abu Dzar RA, juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad-Dailami. Hadis ini juga disahihkan oleh Syaikh Al-Albani di dalam Sahih Al-Jami’ush-Shaghîr, no 1099 dan Silsilah Ash-Sahihah, no. 1496.

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Ayat 53 Surah Yusuf [12])

Boleh rujuk Ibnu Qayyim tentang 4 peringkat bagaimana manusia boleh berjihad melawan nafsu:
1- Berjihad melawan nafsu dengan mempelajari petunjuk dan kebenaran Islam yang menjadi satu-satunya sumber kebahagiaan dan keselamatan jiwa dalam kehidupan dunia dan akhirat.
2- Berjihad melawan nafsu dengan mengamalkan apa yang dipelajari dan apa yang diketahui.
3- Berjihad melawan nafsu dengan berdakwah kepada masyarakat berdasarkan ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam semua aspek kehidupan.
4- Melawan nafsu dengan bersabar dalam memikul beban dakwah kepada Allah dan menghadapi gangguan dari musuh dakwah.

Allah SWT mengancam, beri warning dan berkeras orang yang terlalu ikutkan nafsu dan tidak lawan nafsu perasaan sendiri dengan azab yang amat pedih:

"Untuk orang yang melampaui batas dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; Maka sesungguh­nya nerakalah tempat kediamannya." (Ayat 37-39 Surah An-Nazi'at [79])

Pada masa sama, Allah SWT gembirakan hati-hati orang yang melawan nafsu dan perasaan itu dengan janji syurga yang indah:

"Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhan-Nya, dan menahan dirinya daripada keinginan hawa nafsu; Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.” (Ayat 40-41 Surah An-Nazi'at [79])

Sekarang kita pilih kita nak jadi lelaki yang lawan nafsu akhirnya dapat masuk syurga, atau pondan ikut perasaan nafsu yang dijanjikan neraka, sebagaimana yang al-Qur'an dan Rasulullah SAW sebut. Syurga, atau nak neraka?

Pesakit yang menghidap kanser boleh kuat berlawan dengan kanser, makan ubat, senaman, macam-macam jenis terapi dan rawatan, untuk lawan kanser. Mereka redha mereka perlu usaha lawan kanser. Kenapa lelaki-lelaki yang ada zakar tak mampu terima kenyataan mereka adalah lelaki dan bukan perempuan? Deal with it, BRO!

Masyarakat pun perlu ingat, sokongan yang kita berikan kepada mereka sebegini bukanlah seratus-peratus berkat dan halal, sebab mereka gunakan duit itu untuk meneruskan dan memperhebatkan maksiat dan dosa yang mereka lakukan. Think twice sebelum panggil "Sis cantik" dan beli guna produk-produk mereka. Mereka bukan Sis, mereka itu Bro. Batal wudhu', tahu?


No comments: