Thursday 18 October 2018

..meniti jambatan ikatan

Soal baru atau lama usia perkahwinan, bukanlah penentu kebahagiaan. Setiap yang dilalui pada jalur masa adalah berbeza. Terkadang berselisih faham kerana emosi yang tak terkawal. Ada harinya diuji masalah kewangan. Di hari lain hati terguris kerana tingkah dan kata yang dilafazkan.

Dan bagi setiap ujian, terkadang ia menguatkan rasa kebersamaan. Saling mendokong menguatkan. Kerana antara pasangan, ada ruang saling melengkapkan.

Begitu diibaratkan dia sebahagian daripada diri kita. Berpisah seketika terasa kehilangan. Menanti saat dipertemukan semula. Menyatukan kembali sebahagian jiwa yang kosong tanpanya.

Selagi ada masa bersama, usah difikirkan hanya hak yang kita inginkan. Berusahalah menunaikan hak yang perlu ditunaikan. Ia lebih menenteramkan hati. Kerana menunaikan hak itu janji yang telah kita sematkan di hati. Ketika lafaz aku terima nikahnya yang pernah diucapkan dengan penuh takzim di sanubari.


No comments: