Tuesday 27 August 2019

Istighfar

Siapa yang bangun hari ni dengan sisa air mata kesedihan semalam. Masalah dan Ujian bukan bertambah ringan tapi makin berat. ..hati berterusan terluka
Dari itu apa yg perlu dilakukan?

ISTIGHFAR - استغفر الله.

Anak kunci kepada pertolonganNya. Berapa kali nak istighfar ? Ulang.. ulang.. sehingga hatimu tenang dan lapang, sehingga nampak jalan, sehingga boleh rasa kalimah istighfar itu dan boleh berhenti fikir tentang masalah sekejap, dan ketika itu kamu mula rasa Allah bersama. Saat itu tiba-tiba rasa sunyi. Hanya kamu dengan Allah. Rasa dah tak perlu apa-apa, hanya menikmati saat bermanja dan bersunyian dengan Allah. Itulah nikmat paling mahal didunia. Yang ramai tak pernah rasa dan usaha untuk rasa.

Istighfar lah kerana Allah, bukan kerana Ujian Allah. Istighfar lah kerana kita perlu hidup dan mati dengan pengampunan Allah. Kerana kita kurang mohon ampun denganNya, Allah berikan jalan lain sebagai penyucian jiwa. Pilihlah jalan Istighfar bukan jalan Musibah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِب

Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kegembiraan, dan dari setiap kesempitan baginya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)


No comments: