Monday 16 September 2019

ajarilah aku..

Duhai  sahabatku,
Sinisnya sindiranmu..tajamnya lidahmu..pedihnya tertusuk dalam ..kalimah yg engkau ungkap ini bukan pertama kali ku dengar..terasa hinanya diri ini di matamu ..kurang ajarkah??mengapa tidak terbit sekelumit rasa utk bertanya mengapa harus berlaku begitu? tingginya statusmu..

Duhai sahabatku
Benar, insan ini sering membuat kesilapan sengaja mahupun tidak..begitu juga denganmu..tahukah engkau tindakanmu bersama maqam ulya sering melukakan..

Duhai sahabatku
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegurmu. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum Aku krn tidak bersetuju denganmu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan aku, lupakanlah.

Duhai sahabatku
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana  maruahmu.

Duhai sahabatku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur.
Semasa membuat teguran, ingatlah insan ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah insan didepanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada diriku ini. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu.

Duhai sahabatku
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang insan ciptaan Allah yg punya hati dan jiwa. Bimbinglah insan ini dengan penuh rasa cinta walau beribu kali kekhilafan.. Dia juga sering  terluka namun kerna kasih, hatinya  membiarkan ia berlaku pergi dgn pasrah  dan redha.


Maafkan Aku krn tidak sesempurna spt maqam ulya
Maafkan aku krn tidak sesempurna maqam ulya
Maafkan aku krn tidak sesempurna maqam ulya
Aku hanyalah maqam sufla..selamanya

No comments: