Friday 29 November 2019

andai tiada lagi..

Andai hari ini kita kuat bergerak kerana adanya penghargaan.
 Bersemangat kerana adanya pujian. Bersungguh kerana adanya perhatian.

Apabila semua itu hilang, akan jadi lah kita seorang yang lemah.

Kerana semua yang melingkari itu takkan kekal pun.  Hari ini kita diangkat dipuji, esok lusa boleh saja dijauhi dan ditinggalkan sepi.

Belajarlah untuk kuat. Dengan hati dan kaki sendiri.
Serta kasih Tuhan yang tak pernah bertepi.

No comments: