Friday 21 February 2020

Concern dgn hukum

ULASAN KES BIN/BINTI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN.
KESANNYA TERHADAP  PENGAMALAN ISLAM DI MALAYSIA

Pada 13 Feb 2020 Mahkamah Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan majoriti 4-3 membenarkan sebahagian rayuan Jabatan  Pendaftaran Negara dan Majlis Agama Islam Johor.  Secara ringkasnya Mahkamah memutuskan adalah tidak salah bagi Jabatan Pendaftaran merujuk kepada institusi Islam dalam menentukan sesuatu isu berkaitan undang undang diri orang Islam.  Oleh itu anak tak sah taraf tersebut tidak boleh dibinkan dengan bapa biologinya.

Apa yg menarik di dalam penghakiman ini ialah Mahkamah Persekutuan mengesahkan boleh merujuk badan badan Islam bagi menentukan keabsahan sesuatu perkara yang berkaitan status seorang anak,samada anak tersebut anak sah taraf atau sebaliknya, mengikut Hukum Syara’.

Apa kata kalau seseorang bayi dilahir kan secara tidak sah jika:
1. Lahir tanpa nikah atau
2. Lahir selepas nikah tapi tempoh masa ibu yg mengandungnya dan melahirkan nya tidak melebihi  enam bulan qamariah  dari saat  mereka dinikahkan.
3. Lahir selepas beberapa hari atau beberapa bulan sahaja selepas pernikahan.
Jika boleh didaftarkan dgn bin atau binti dgn bapa biologi atau bapa yg disangka atau dianggap tersebut ia amat bertentangan dgn Hukum Syara’ dan menggalakkan kes bersekedudukan dan kelahiran anak yg tidak sah taraf kerana kalau dapat anak pun tidak ada masaalah utk pendaftaran utk dibinkan .

Akibatnya pada  masa akan datang genarasi kita akan menganggap pernikahan itu tidak penting lagi kerana anak yg lahir secara halal atau haram tidak mempunyai masaalah pendaftaran untuk dibinkan dgn sesiapa sahaja. Inilah apa yg berlaku dibarat mereka menganggap perkahwinan secara sah lebih membebankan mereka dan mereka tidak boleh melarikan  diri dari tanggungjawab.

Apa itu anak yg sah taraf dlm Islam,. Ada beberapa syarat:
1. Adanya pernikahan yg sah.
2. Ada hubungan kelamin suami isteri yg sah.
3. Masa ibu mengandungkan bayi hendaklah selepas nikah dan melahirkanya setelah mengandungnya lebih dari enam bulan qamariah.

Kenapa masa mengandung mesti lebih enam bulan qamariah. Rujuk firman Allah swt dalam Surah  Al Ahqaf Ayat 15 dan Surah Luqman Ayat 14 yg kena dibaca bersekali dalam kes ini.

Dalam ayat pertama Allah swt menyebut tempoh mengandung bersama menyusu adalah selama 30 bulan. Sementara dalam ayat kedua pula Allah menegaskan tempoh menyusu selama dua tahun, iaitu 24 bulan. Ini bererti, mengikut kaedah pengiraan berkenaan tempoh terbaki iaitu 30 bulan tolak 24 bulan : baki 6 bulan. Iaitu enam bulan merupakan tempoh minimum
bagi mengandung. Memperkukuhkan lagi tafsiran ini adalah hadis Ibn ‘Abbas dalam kes wanita yang melahirkan anak selepas sahaja genap enam bulan mengandung.    

Perkara ini bertepatan dgn maqasid al syariyyah ia itu menjaga keturunan atau pun nasab. Anak tidak tentu nasab atau keturunan menjadikan masyarakat porak peranda dan tiada tanggungjawab dan mendatangkan pelbagai penyakit dan virus.

Perkara ini besesuaian dgn kehendak  Perlembagaan  dlm Perkara 3 Islam Agama Persekutuan. Bertepatan dgn peruntukan mengenai anak yg sah taraf dlm Undang- Undang Islam Keluarga Islam Negeri-Negeri di Malaysia.

Perkara ini bersesuian dgn semangat kemerdekaan negara kita yg berdaulat utk kita mendapat kebebasan  bernegara dan mengamalkan sepenuhnya amalan agama yg kita anuti dan cintai.

Perkara ini tidak bertentangan dgn mana-mana Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Asasi Ma’nusia  “Human Rights” untuk kita bebas mengamalkan kepercayaan agama kita sendiri.

Perkara 9 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
Perkara 9 memperuntukkan hak untuk kebebasan berfikir, pegangan dan kebebasan mengamalkan agama.
Kita umat Islam di Malaysia amat bersyukur kerana dapat melaksanakan tuntutan Allah swt dan hal ini dan kita berterima kasih  kepada para Peguam yg ikhlas berjuang utk mendapat keadilan sejagat dan juga kpd Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan berkenaan yg telah melakar satu sejarah penting.

Ikhlas dari saya,
Haji Muhamad Asri Hj Abdullah.
15 hb Feb 2020.

No comments: