Monday 2 March 2020

Beradab dgn Allah swt

⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼

8 Rejab 1441H

Firman Allah SWT:



وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَٰكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ [الأعراف : 143]

Ertinya: "Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)." (Surah Al-'Araaf: 143)

🌼 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s berbicara denganNya! Setelah Baginda menyempurnakan tempoh yang telah ditetapkan!

2. Nabi Musa a.s memohon untuk melihat Allah! Namun Baginda tidak mampu untuk melihatNya! Bahkan gunung menjadi hancur lebur!

3. Nabi Musa a.s jatuh pengsan! Setelah sedar, Baginda segera bertasbih dan bertaubat kepada Allah! Baginda mengakui keimanan kepada Allah!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.

🌼 Antara Petunjuk Ayat:

1. Menjaga adab bermunajat dengan Tuhan adalah satu kewajipan! Menjaga adab berbicara! Menjaga adab berdoa kepada Allah!

2. Kita adalah makhluk ciptaan yang amat lemah! Kita tidak mampu untuk melihat Allah di dunia! Kita akan melihatNya di akhirat!

3. Kita perlu memperbaharui keimanan kepada Allah! Bertasbih dan bertaubat kepada Allah adalah tanda keimanan!

🌼 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita menjaga adab bermunajat dengan Allah! Menjaga adab berbicara! Menjaga adab berdoa kepada Allah!

2. Hendaklah kita mengakui kelemahan diri kita! Jangan meminta perkara yang mustahil!

3. Hendaklah kita memperbaharui keimanan kepada Allah! Bertasbih memuji Allah! Bertaubat kepada Allah!

Ya Allah Maha Suci Engkau, kami bertaubat kepadaMu, ampunkanlah segala dosa kami, sesungguhnya kami beriman kepadaMu. Aamiin.

والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين


No comments: