Saturday 28 November 2020

sederap langkah

 Adakalanya, tidak selalu ceria, sebab setiap anjakan langkah sentiasa menyuruh Aku dan dia belajar dan menyusun cara, bahawa perubahan usia dan lingkungan, beza penerimaan dan beza juga kesan keluarnya dalam bentuk perangai dan sikap. Laksana Tin dan Zaitun yang setiap satu menghibahkan rasa yang berbeza dan perlu dirasakan. Bukan sebatas pada zahirnya, pahit dan manis, namun kesannya selepas merasakannya.

5 tahun ini, bagi sebahagian orang mungkin dinilai terlalu pendek, dan mungkin sudah dirasa lama bagi yang lainnya. Panjang dan pendek usia berumahtangga, biarkanlah, pastikan berapapun lamanya, matlamat dalaman yang dicitakan, sakinah mawaddah wa rahmah itu, terwujud dan dirasakan dengan komunikasi sebagai jambatan. Menyimpan semuanya dalam bingkai ibadah, dan mengharap reda-Nya. 

Laksana masa, ia boleh dimengerti dengan apa sahaja, namun masa itulah bahagian daripada pilar-pilar kehidupan, yang telah bermula dan akan berakhir di dunia ini. Yang padanya, ada pilihan, kepercayaan Tuhan atas manusia sebagai khalifah, ada fungsi dan kerja-kerja tertuntun agama untuk akhirnya pasti akan diminta pertanggungjawaban di hadapan-Nya nanti. 


No comments: