Friday 9 November 2007

moga ada keberanian...

insyaAllah..esok akan diadakan perhimpunan Bersih bagi menuntut ketelusan pilihanraya
doaku moga Allah melindungi 'sahabat' semua..kuhayati bait-bait puitis lagi bermakna dari Allahyarham Usman Awang..moga ada keberanian..

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani
di jalan sungai besi
se derap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

(Allahyarham Usman Awang)


No comments: