Kes Saman Nasruddin Serlahkan Sikap Hipokrit Lim Guan Eng & DAP

Penyelesaian luar mahkamah kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng (LGE) terhadap Ketua Penerangan PAS YB Ustaz Nasrudin Hassan (UNH) pada Isnin 18 Januari 2016 lalu sebenarnya mendedahkan beberapa lagi fakta yang menarik bagi tatapan rakyat Malaysia. Sebagai ulangan, saman LGE itu adalah terhadap artikel FB UNH yang bertajuk “Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?”.
Dalam fakta kes disebut bahawa projek tersebut akan menelan belanja sebanyak RM4.6 billion untuk panjang terowong 6.3 kilometer. Ini menurut UNH terlalu mahal dengan tidak logik. Mengikut akhbar The Edge melaporkan pada 11 Januari 2016, kos sebenar projek tersebut adalah RM6.3 billion yang melibatkan pembinaan tiga jajaran lebuhraya dan juga terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer.