Tuesday 30 May 2017

..solat yg betul

SOLAT YANG SALAH

حديث المسيء في الصلاة

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ، وَرَسُولُ اللَّه ﷺ جَالِسٌ فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ فَصَلَّى، ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّه ﷺ:
وَعَلَيْكَ السَّلَامُ، ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ.
فَرَجَعَ الرجل فَصَلَّى كما صلى، ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ على النبي ﷺ،
فَقَالَ رسول الله ﷺ:
وَعَلَيْكَ السَّلَامُ، فَارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ.
فَقَالَ فِي الثَّانِيَةِ أَوْ فِي الَّتِي بَعْدَهَا وفي رواية: فقال في الثالثة:
والذي بعثك بالحق ما أُحسن غيره فــعَلِّمْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ.
فَقَالَ ﷺ:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ، ثُمَّ اقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ رأسك حَتَّى تَسْتَوِيَ (وفي رواية: تعتدل، وفي أخرى: تطمئن) قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ رأسك حَتَّى تستوي وتَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا (وفي رواية: حتى تستوي قائما)، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا، فَإِذَا فَعَلْتَ هَذَا، فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ وَمَا انْتَقَصْتَ مِنْ هَذَا شَيْئًا، فَإِنَّمَا انْتَقَصْتَهُ مِنْ صَلَاتِكَ.

رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه وأحمد

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki masuk ke masjid ketikamana Rasulullah SAW berada di sudut masjid itu dan terus solat. Kemudian dia mendatangi rasulullah SAW dan memberi salam kepada baginda SAW.
"Salam ke atasmu", Baginda menjawab.
"Kembali dan solatlah kerana kamu belum solat!" Baginda memberitahu.

Maka dia kembali dan solat seperti mana dia telah solat. Kemudian datang dan memberi salam kepada Nabi SAW.
"Salam ke atasmu", Baginda menjawab.
"Kembali dan solatlah kerana kamu belum solat!" Baginda memberitahu sekali lagi.

Selepas beberapa kali dia mengulangi solat itu.
"Demi Zat yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku tidak boleh melakukan yang lebih baik dari itu. Maka ajarkkanlah aku, wahai rasulullah!" Dia meberitahu.

*"Jika kamu mahu mendirikan solat maka sempurnakanlah wuduk. Kemudian kamu mengadap kiblat dan bertakbir. Lalu bacalah apa yang kamu boleh baca Al Qur'an. Kemudian rukuklah sehingga benar-benar rukuk dengan tomaaninah (tenang), lalu angkat kepalamu sehingga kamu berdiri tegak (tenang), lalu sujudlah sampai hingga benar-benar tenang, lalu angkat kepalamu untuk duduk hingga benar-benar duduk dengan tegak dan tenang. Maka lakukanlah dengan cara itu di seluruh solatmu. Jika kamu lakukannya, nescaya kamu telah selesai solatmu dan tidak mengurangi sesuatu pun",* jawab rasulullah SAW menerangkan cara solat yang sebenar.

Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad.

No comments: