Wednesday 31 January 2018

Syurga Allah

Dlm lapan lapan syurga dibawah ni..syurga manakah yg ditarget dan ingini...(pilih satu sahaja)..semoga Allah maqbulkan..karena syurga ..kita hidup di dunia..bukan benda lain

..
Tahukah anda! Nama-nama Syurga yang disebutkan di dalam al-Quran :

 1- Syurga Firdaus ( الْفِرْدَوْسِ ) , iaitu syurga yang terringgi sekali darjatnya di antara banyak syurga. Dari syurga inilah mengalirnya sungai-sungai syurga. Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 107 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."

Syurga ini dicipta Allah dari emas yang merah.

 2- Syurga Adnin ( عَدْنٍ ) . Firman Allah swt :

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
Bermaksud:
"Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;" [Sod: 50).

Syurga ini dicipta oleh Allah dari mutiara yang putih.

 3- Syurga Naim ( النَّعِيمِ ). Syurga ini banyak sekali disebutkan secara tegas di dalam al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." [Surah al-Qalam: 34]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari perak yang putih.

 4- Syurga Makwa ( الْمَأْوَىٰ ). Di antara firman Allah swt tentang syurga al-Makwa ialah:

عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

Maksudnya:
"Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". [Surah An-Najm, Ayat 15]

Syurga ini dicipta oleh Allah dari zamrud yang hijau.

 5- Syurga Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ). Allah berfirman:

لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya:
"Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan." [Sura Al-An'am, Ayat 127]

Syurga ini dicipta Allah dari yakut yang merah yakni sejenis permata yang mahal. Kata 'Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ) bererti tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan, iaitu di rumah Allah dan juga merupakan salah satu dari nama-nama Allah 99 itu.

 6- Syurga Darul-Muqamah ( دار المقامة) . Firman Allah tentang syurga ini terdapat dalam Surah Fatir ayat 34 - 35:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ [Ayat 34]

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ [Ayat 35]

Maksudnya: "Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);" [Ayat 34]

"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal (syurga), dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu". [Ayat 35]

Dinamakan Darul-Muqamah kerana orang-orang yang masuk di dalamnya akan tinggal selama-lamanya dan tidak mati.

 7- Syurga al-Maqamul Amin ( مقام الأمين) sebagaimana yang difirmankan Allah swt :

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa (Syurga). [Surah Ad-Dukhan: 51]

Di Maqamul Amin penuh dengan kedamaian, jauh dari segala keburukan dan hal-hal yang dibenci.

 8- Syurga Khuldi ( الْخُلْدِ ) . Allah berfirman mengenai syurga ini:

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً وَمَصِيرًا

Maksudnya:
"Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi m,ereka sebagai balasan dan tempat kembali." [ Al-Furqan : 15]

Syurga ini dicipta Allah swt dari marjan merah dan kuning.

No comments: