Monday 20 August 2018

Mutiara hikmah 9 Zulhijjah

Sesiapa yang tidak dapat wuquf di Arafah, maka wukuflah di batasan Allah.

Sesiapa yang tidak dapat bermalam di Muzdalifah, maka bermalamlah dengan mendekatiNya.

Sesiapa tidak dapat menyembelih hady di Mina, sembelihlah hawa nafsunya supaya capai citanya.

Sesiapa yang tidak sampai rumah Allah itu kerana jauh, maka tujulah ke arah tuhan rumah itu yang lebih dekat dari urat tengkuk.

Ibn Rejab

No comments: