Saturday 8 December 2018

812..rally ummah

Allahuakbar . .

Hanya mampu mengikuti perhimpunan ummah semalam dari jauh..tanpa sedar  air mata bergenang tika mendengar ucapan Tuan Guru..
Tekadku ingin bersama2 hadir, namun niat itu tidak kesampaian lantaran tiada peneman di sisi. .Pun begitu syukur yg teramat bila anakanda tercinta berada di dlm lautan manusia. .Benar,  semangat mama bersama abang! Mama bangga dgn abg. .






```Pantun TGHH```

Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.

Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.

Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.

HAJI ABDUL HADI AWANG
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
8 Disember 2018

No comments: