Saturday 27 February 2021

rindu yg tidak berpenghujung

 ..ku pasti kini tiada lagi deringan panggilan dari abah ..sering abah bertanya kabar..

pastinya aku akan sentiasa rindu sapaan abah..

“apa kabar menantu Abah..?” ..”tipah sihat? abg sihat? angah sihat..aiman kat mana?..

Layananmu padaku seperti anak, itu juga yg sering abah lafazkan..tiada beza

..

Abah, bukan shj ayah tetapi seperti rakan dan sahabat..berilah apa shj topik, abah akan melayan bicaraku..isu semasa dan politik kegemaran abah..seringkali d saat aku kesedihan menerima panggilan dari abah..abah spt memahami rasa hatiku, sering Abah memberi nasihat motivasi diri..setiap kali juga abah mengungkap dia amat berbangga dgn aku sbg menantunya..sedangkan aku tiada apa yg dibanggakan..abah juga amat berharap anakandanya yg sorang berjaya sbg graduan ijazah tertinggi itu..kalau boleh abah mahu cucu2nya juga begitu..itulah harapan yg selalu abah bisikkan padaku..bagi abah insan2 yg belajar tinggi perlu dihargai..terima kasih abah 


Abah, walau tidak lama aku bersamamu, namun amat ku syukuri dikurniakan seorang abah yg amat menyayangi dan mengambil berat aku dan anak2 walau bukan darah dagingmu..


Abah, maafkan aku kerana tidak mampu tinggal lama menemani kekasih hatimu..tiap sudut ruang rumah itu mengingatkan Aku pada mu..air mata mengalir laju..sungguh, aku lemah aku sunyi..tiada siapa untuk aku luah rasa ini..berteleku aku di sudut bilik atas..menangisi pemergianmu..


Abah,..

Perjalanan yg jauh, hanya diberi kesempatan menatap wajah suci abah buat beberapa ketika sahaja..untuk terakhirnya kukucup pipi dan dahi abah, ku seka air mata agar tidak tumpah..ku bisik kpd abah..abah tenang ya, lantas doaku..ya Allah Engkau ampuni abah dan tempatkan abah dalam kalangan para auliya..InshaAllah aku juga akan ke sana


Abah..,

Sampai saat ini, adakalanya sukar untuk menerima hakikat abah telah meninggalkan kami. Perginya yang tak mungkin akan kembali. Yang mampu aku tatapi hanyalah foto-foto..


Abah,

Perkhabaran pemergianmu melalui panggilan pada jam 1.30 pagi merupakan suatu kejutan yang tak mampu dihadam oleh minda ketika itu. Tak mampu berfikir apa tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan walaupun sebenarnya pakaian perlu dikemas untuk segera pulang. 


Hembusan nafas terakhir abah di rumah yang dibina hasil titik peluh abah dan mama. Rumah tempat anak2 abah membesar dengan didikan mama abah. Rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang mama dan abah. 


Kali terakhir kubertemu abah ialah pada September yg lalu selepas dibenarkan merentas negeri..walau tidak kerap menziarahi Abah dan mama, namun Allah swt yg tahu betapa aku rindu kalian..


Abah..tenanglah abah di 'sana'. anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah..Terima kasih atas segala kasih sayang abah kepada aku dan anak-anak. Kami akan sentiasa merindui Abah..


Abah..maafkan atas segala kekurangan dan kekhilafan anakmu ini..


al Fatihah untuk abah Hj Mohd Noor yang amat kusayangi dan kasihi..Moga abah ditempatkan bersama soliheen di jannah.


اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأدخله الجنة


***


Catatan ini bukan bermaksud diri ini tidak dapat menerima ketentuanmu,Ilahi.

Hanya sekadar menzahirkan rasa hati yang merindui abah...


Latifah, redakanlah pemergian ini..

😭😭❤️

No comments: