Wednesday 23 August 2017

Dengan izinMu...

Allah ya Rabb..
Betapa tugas ini sangat berat dan mencabar...
Dalam keuzuran yg tersisa.. 

Sedari aku meletakkan noktah terakhir... Tersirna dalam sanubari... Keagungan dan kebesaranNya... Betapa masa menyemak jauh lebih lama berbanding tempoh menulis!

Bukan tidak berusaha... Bukan juga membuang masa... Bahkan rujukan sentiasa dibaca... Doa juga setiap ketika... Nota pula selalu dibawa...
Namun hasilnya tidak seberapa...

Setiap kali bermuhasabah... Ada dua perkara utama... Ilham dan semangat adalah anugerah... Yang tidak datang setiap masa... Bahkan ada masanya ia cukup payah... Sekalipun usaha berganda-ganda... Justeru tawakal kepada Allah...
Tuhan Pemilik alam semesta. ..

Memupuk ikhlas bukannya mudah... Mengatur masa juga tidak kalah susah... Justeru jihad perlukan hati tabah...
Agar aku tidak mengalah... Apatah lagi terus rebah... Kerana beratnya memikul amanah...

No comments: