Tuesday 1 August 2017

Hanya krn Dia

Letihnya hidup apabila kita selalu mengharap pujian manusia dalam beramal dan beramal kerana riyak dan sum'ah.

Letihnya hidup apabila kita lebih berharap redha manusia daripada redha Allah.

Letihnya hidup apabila kita lebih berharap pengakuan dari manusia daripada Allah.

Sekiranya kita benar-benar menyedari bahawa Allah itu Maha Kaya dan maha segalanya, maka kita hanya akan berharap kepada Allah saja.

Dipuji atau tidak, diredhai manusia atau tidak, diakui manusia atau tidak, tak akan berpengaruh kepada hati yang selalu mengikhlaskan amal kepada Allah dan berharap hanya kepada Allah

No comments: